32

11.7K 676 34
                                    

Hannie sedang mengupas buah epal hijau yang akan diberikan kepada Jin Young nanti manakala Xia Lu pula bersama Laxy keluar. Mahu mencari makanan sebentar. Perut masing-masing berbunyi terutamanya Jin Young. Tekaknya terasa mahu makan sotong goreng halia dan bawah putih tetapi masalahnya, Jin Young alergik sotong. Nanti badannya akan berpeluh dengan dahsyat. Tapi tekaknya betul-betul terliur gila bila teringatkan sotong. Lagi-lagi yang besar tu. Fuhhh.... terliur rasanya.

"Han..." seru Jin Young yang sedang bersandar pada kepala katilnya. Sesekali dia terbatuk kecil. Tekak gatal.

"Ya?" Sahut Hannie yang sedang memotong epal kepada bahagian yang lebih kecil.

"Tolong aku boleh?"

"Apa dia?"

"Callkan Laxy, belikan sotong goreng halia dengan garlic. Aku nak..."

"Mwo?!!!" Bulat mata Hannie dibuatnya mendengar permintaan Jin Young itu. Terkebil-kebil matanya merenung Jin Young yang memandangnya dengan pandangan kasihan itu. Berharap sangat yang Hannie akan call Laxy.

"Kau gila ke apa ni? Sotong, kau mana boleh makan. Kau kan alergik." Marah Hannie. Pening juga dia dibuatnya. Kalau tak alergik tak apa, ni alergik. Mati anak orang kang, tak pasal-pasal aje pulak kang.

"Alah, Hannie..." rengek Jin Young perlahan. Perangainya sejak mengandung memang bermacam-macam. Kejap barannya keluar, kejap menangisnya kerap juga. Kejap dingin, kejap dengki. Ayoyo... pening ah.

"Nope! Aku tak izinkan. Nanti kalau kau berpeluh macam mana? Susahlah nanti..." ujar Hannie lalu mendekati birai katil Jin Young sambil membawa piring berisi epal tadi yang telah dikupas.

"Kau ni! Jahatlah!" Protes Jin Young geram. Nak je dia cubit-cubit badan Hannie. Biar lebam-lebam. Puas sikit hati rasanya. Untung pergerakan dia sedikit terbatas. Kalau tak.. dah lama dah ketamnya dikeluarkan.

"Eh, jahat kau kata? Kalau aku jahat, dah lama aku biarkan kau kat sini sorang-sorang. Aku tak pergi ikut kata husband kau tadi suruh teman kau kat sini. Hish... sabar ajelah." Bebel Hannie dengan penuh perasaan. Jin Young hanya dengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Malas dah nak dengar itu ini. Ibu dan ayahnya tiada, Hannie pula ganti bebel. Memang taklah dia dengar.

Ibu dan ayahnya? Kini mereka berdua di Kanada. Sudah lebih enam bulan mereka di sana kerana nenek Jin Young sakit tenat. Mungkin sekarang Puan Hye sedang menjaganya manakala Tuan Hye pula menguruskan syarikatnya di sana. Setiap minggu juga, Jin Young akan berskype dengan Puan Hye atau Tuan Hye tanpa Xia Lu, Hannie dan Laxy tahu. Biarlah ini menjadi rahsianya sendiri.

"Makan ni. Kejap lagi aku rasa doktor sampai nak check kau." Arah Hannie sambil memberikan piring epal kepada Jin Young. Jin Young mencapai seketul dua lalu dimasukkan ke dalam mulut. Kemudian dia menggeleng tanda tidak mahu.

"Aku nak ke tandas kejap. Kalau kau nak apa-apa, tekan butang ni. Ingat. Jangan nak bertindak sesuka hati." Pesan Hannie tegas lalu pergi setelah Jin Young mengangguk. Dia sedang berfikir sebenarnya, macam mana untuk dia mendapatkan sotong goreng halia dan bawang putih tu. Tekaknya benar-benar mahu makan makanan tersebut.

Jin Young mencapai iPhone5snya yang berada di atas meja sebelah kepala katil. iPhone5s berwarna grey itu dipandang sekejap.

"Kalau suruh Laxy memang taklah. Sama je dengan Xia semua tu." Keluhan berat terlepas jua. Otakya mengakses dan terus mengakses sebelum sebiji mentol keluar di atas kepalanya.

"Tak apalah. Kali ni je. Esok lusa dah tak minta tolong dah." Omel Jin Young lalu menaip sesuatu pada laman perbualan aplikasi LINE milikya. Setelah itu, petak SEND berwarna biru disentuh perlahan. Chat tersebut pun terbang.

"Hopely he read my chat and... help me."

**********

Mata Kai yang sedang fokus ke hadapan sedikit terganggu apabila iPhonenya berbunyi. Kebetulan waktu itu keretanya mendekati lampu isyarat merah, jadi dia berhenti dan mencapai sebentar gajet itu. Puan Kim memerhati.

"Siapa, Kai?" Soal Puan Kim ingin tahu.

Kai diam sebentar. Fahamlah Puan Kim yang anaknya sedang membuka mesej tersebut.

Kai menyentuh petak VIEW pada mesej yang terpapar pada skrin. Lalu, dia baca siapa penghantarnya dan apa isi mesejnya.

"Omma, kita singgah restoran kejap ya nanti?" Beritahu Kai. Matanya tetap pada skrin. Pelik pun ada juga tetapi hatinya berbunga gembira.

"Kenapa? Siapa yang mesej tu?"

"Jin Young. Dia nak sotong goreng halia dengan bawah putih." Jawab Kai lalu meletakkan semula gajetnya pada tempat asal tanpa sempat dibalas. Dia meneruskan perjalanan tetapi bukan ke hospital, ke restoran sebentar.

"Lah yakah? Tak payahlah ke restoran." Bantah Puan Kim menyebabkan Kai memperlahankan sedikit keretanya. Senang nanti nak pusing ke apa.

"Kenapa pulak? Kesian dia, omma."

"Kita beli bahan aje kat supermarket. Biar omma masak sendiri untuk bakal menantu tu." Amboi Puan Kim. Semangatnya membara betul. Siap cakap bakal menantu lagi. Senyuman Kai, kalau boleh sampai ke belakang telinga. Gembira sungguh dia mendengar pelawaan ibunya mahu memasak sendiri sotong goreng tersebut untuk Jin Young. Alahai, omma. Bestnya...

"Okey. Kita pergi sekarang."

Puan Kim senyum. Dia memandang Kai dengan hati yang gembira. Dia tidak kisah dengan pilihan Kai, asalkan anak lelakinya itu bahagia. Kai bahagia, dia lagilah bahagia.

Bersambung....

Apa yang saya merepek kat bab ni? Pelik je kan? Haha... hope enjoy lah ya? And one more, ada berita sedih sikit. Saya dah nak pt3, dah nak dekat dah pun. So, semua FF saya stopkan dulu termasukllah IAROL (singkatan) ni. Tapi kalau saya tak sibuk, ada masa sikit, saya update insha Allah. Tapi dah tak selalulah. Dah jarang sangat dah. Harap faham lah ya? Enjoy2! Tata~~

p/s: korg baca bab 7 dgn 8, ada x storynya? Sebb saia tgok kosong. Tapi kat acc saia yg lain, saia tnya readers lain, ada. Saia risau ni. Tolong tgok ada x... kalau ada, kasi komen. Thanks ^^

p/s: sorry x balas komen yg balance kat chap preview.. x sempat nk balas and line menganjing. ^^

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Where stories live. Discover now