16

13.5K 713 21
                                    

Tersenyum senget dia dibuatnya memandang berita yang semakin hangat diperkatakan di media sosial dan menjadi modal bergosip buat orang dewasa di luar sana. Popular sungguh orang itu. Suka dia jadinya.

"Aku belum puas hati lagi selagi kau tak terduduk. Selagi kau tak kalah. Aku akan terus buat dan merancanga selagi aku rasa, kau masih bahagia dengan 'dugaan' ni." Kai bermonolog di atas katil biliknya. Dia berbaring sambil melihat skrin telefon yang memaparkan page yang mengongsi berita hangat itu. Yakni, berita pasal Jin Young. Sebenarnya, ini semua rancangan Kai. Kai telah mengupah seseorang untuk membuat publisiti yang membuatkan seluruh pages di media sosial tertarik untuk mengongsi dan mengetahui lebih lanjut tentangnya.

Kini, seminggu berlalu. Berita itu masih hangat. Bayangkan, dirogol. Siapa yang tidak terkejut. Nama ahli pasukan penyiasat persendirian yang disyakinya pula tidak dinyatakan sekali, hanya orang besar sahaja yang disebut, semakin rancaklah orang hendak mengambil tahu. Walaupun perkataan 'disyaki' ada, tetapi orang lain sudah mula fikir, berit itu benar. Tetapi, memang benar pun. Memang itu kenyataannya.

"Ini baru sikit, Hye Jin Young. Belum lagi kalau kau dapat tahu yang kau.. pregnant. Anak aku pula tu..." Kai ketawa. Ketawa jahat. Dia menanti itu sebenarnya. Menanti berita itu berlaku. Telinganya mahu sangat tahu yang Jin Young mengandungkan anaknya. Apabila Jin Young mengandung, penguasannya terhadap gadis itu semakin kuat. Dia yakin, gadis itu tidak akan menggugurkannya. Kalau nak jugak gugurkan, dia akan mengugut. Macam-macam benda yang dia boleh buat. Dia berkuasa. Apa sahaja!!!

"Aku sanggup bergelar ayah waktu muda. Asalkan aku puas hati tengok kau. Itulah. Hal yang kecil, kau besar-besarkan. Kau larikan diri, kau pijak... aku punya. Siap kutuk suruh mandul lagi. So now, kau tahu sendiri apa yang akan berlaku nanti. Semua aku dah aturkan. Kau tinggal main je 'game' ni. Kita tengok, siapa yang game over..."

Drtt... drtt..

Telefon bimbitnya yang berada di tangan bergegar perlahan dan mula menunjukkan isyarat pemanggil. Dahinya berkerut sewaktu melihat nombor yang tidak bernama itu.

"Siapa ni?" Kai menggumam perlahan. Ibu jari menswipe skrin ke kanan. Panggilan terangkat dan telefon dibawa ke telinga.

"Helo?"

"Helo, Kim Jong In..."

Bersambung...

Nah, 4 part dalam masa yang singkat. Tak sampai 1000+ word pun. Sikit je. Hope enjoy ya? Kalau tak best, mungkin dah tak ada idea kut. Ayat pun tak power agaknya. Sorrylah, dah malam. Haha... so, happy reading, guys! Night ya and selamat hari raya. Maaf zahir dan batin ^^

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.حيث تعيش القصص. اكتشف الآن