28

10.8K 632 9
                                    

Jin Young tiba di lokasi tempat untuk dia menyiasat jutawan tersebut. Sesekali dia memegang perutnya yang sedikit sakit. Entah makan apa entah agaknya. Boleh sakit. Ataupun ada masalah terhadap kandungannya? Oh tidak! Walaupun dia belum dapat menerima janin yang dikandungnya itu sepenuhnya, tetapi dia masih ada hati perut lagi. Mungkin dulu dia hilang kewarasan sehingga sanggup buat apa sahaja demi menggugurkan anak ini. Tetapi kini mungkin tidak. Tapi entahlah. Tengoklah keadaan nanti.

Baru sahaja tangannya mahu membuka pintu kereta, iPhone5snya yang baru dibeli pagi tadi berdering. Nama Kai tertera pada skrin. Keluhan kecil dilepaskan.

"Helo..." Jin Young memulakan perbualannya dengan Kai.

"Helo, sayang..." Kai menyahut dan seperti biasa, perkataan sayang pasti akan disusuli sekali di belakangnya. Jin Young kadang-kala tersenyum sendiri mendengar suara manja Kai. Tetapi kerana ego, dia memasamkan wajahnya semula.

"Ada apa call?" Soal Jin Young lalu keluar dari perut kereta. Dia berjalan menuju ke tempat yang dia mahu pergi yakni ke Jang Holdings. Seperti biasa, terpaksalah dia menyiasat dan menyamar lagi sekali.

"Rindu." Ucap Kai dengan suara yang penuh menggoda. Jin Young tanpa sedar mengukirkan senyumannya mendengar perkataan itu tetapi seperti biasa yang berlaku, ego. Egonya begitu tinggi melangit.

"Awak kat mana tu?" Walaupun tak suka, walaupun benci, ditanya juga dimana lelaki itu berada.

"Tunggu orang kejap. Ada meeting. Tapi saya tak dapat nak fokus tak ada awak..." ujar Kai lagi. Jin Young mencebik.

"Mengadalah! Saya ada kerja ni. Nanti call lagilah, ya?" Jin Young ingin segera menamatkan perbualan kerana dia sudah ternampak gerangan yang ingin disiasatnya ini. Fokusnya pada telefon hilang sebentar.

"Alah... hmm... okey. Lagi satu, bila dah siap kes je, balik Busan eh?"

"Haa... yelah-yelah. Okey bye."

Klik! Panggilan segera ditamatkan dan telefon dimasukkan ke dalam kocek seluar belakang. Dia memerhatikan wajah orang yang dia mahu siasat sekarang ini. Kerja... is kerja. Okay?

Bersambung...

Sorry pendek! Kbye! Tak ada mood nak taip lagi~~~

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Where stories live. Discover now