20

12.5K 704 13
                                    

Jin Young memegang lehernya dan mengusap bahagian itu dengan perlahan. Terasa seperti mahu sendawa, tetapi tidak keluar. Dia juga sejak akhir-akhir ini kerap terlewat bangun dari tidur. Kadang-kala sampai naik jenuh rakan-rakan sebiliknya kejutkan. Tetap juga dia seperti itu. Entah apa benda penyakit yang menyerang, dia sendiri pun tak pasti. Tetapi apa yang pasti, banyak perubahan yang telah berlaku pada dirinya sejak seminggu yang lalu.

"Jin Young, Jin Young sshi..." Xia Lu menepuk pahanya beberapa kali. Jin Young yang pada waktu itu sedang enak berbaring di atas sofa sedikit tersentak kerana leka bermain telefon.

"Keluar jom. Tengok wayang. Bosanlah..." pelawa Xia Lu. Dia sudah merancang-rancang sebenarnya daripada awal lagi, apabila tibanya cuti rehat mereka selama dua minggu ini, dia mahu meluangkan masa dengan rakan-rakannya dengan pergi bercuti. Tidak kisahlah di dalam atau luar negara, janji namanya bercuti.

"Tengok wayang?" Soal Jin Young kembali sambil menegakkan badannya.

"Haah. Kenapa?"

"Penatlah... malas." Keluh Jin Young pendek lantas menyandarkan tubuhnya kembali ke sofa. Penat dan letih. Dua perkara itu selalu membuatkannya terasa seperti mahu ingin meletakkan kepala di bantal. Sebelum ini tak adalah macam ni. Sejak bila dia mula malas hendak buat apa-apa, entahlah. Dia pun tak tahu bila. Perasaan malas tu memang dahsyat. Sehinggakan dia banyak melepaskan kes ke tangan orang lain. Hampir 4 kes dia skip hanya kerana dia malas. Xia Lu, Hannie dan Laxy pun naik pelik jugak. Apa pasal entah boleh jadi macam tu.

"Alah jomlah..." Xia Lu merengek lagi. Kali ini tangan si kawan itu pula digoncang-goncangnya. Bukan main dia menggoncang sampai naik rimas Jin Young dibuatnya.

"Hannie dengan Laxy macam mana? Diorangkan tengah kerja."

"Aku dah call diorang tadi, lepas habis kerja je, tunggu kita kat mall. Diorang kata okey. Jomlah!!!" Naik frust juga Xia Lu memujuk. Jin Young mengeluh berat. Dia menarik nafas kemudian dihembuskannya perlahan.

"Okeylah. Jom." Jin Young memberikan kata putus membawa senyuman di bibir Xia Lu.

"Hahaha!!! Sayang kau, Jin Young!!! Siap-siap tau!" Sebelum dia berlalu, sempat lagi dia merangkul lembut tubuh Jin Young. Dia terus berlari ke atas rumah untuk menyalin pakaian. Teruja betul dia. Dah lama tak tengok wayang pulak tu. Tambah-tambah lagi ada pula cerita best yang ditayangkan. Gila tak teruja?!

Jin Young hanya mendengus perlahan.

"Kawan punya pasal..."

**********

Xia Lu, Hannie, Jin Young dan Laxy keluar daripada tempat menonton wayang. Dua jam juga bertapa di dalam dewan wayang itu. Lagi-lagi cerita yang ditontonnya bergenre romantik dan sedih, banjir dewan itu dibuatnya dengan air mata.

"Sedihnya cerita tadi. Kenapa Lee Min Ho mati?" Kata Hannie kepada rakan-rakannya. Dialah yang paling sedih tadi. Memanglah ramai yang menangis menonton drama tersebut, tetapi esakan itu, yang paling kuat adalah dia. Walaupun tidak meraung, tetapi sedutan air hidung itu, dialah yang bersungguh-sungguh. Dengar macam kelakar, tapi itulah hakikatnya.

"Manalah aku tahu. Dah-dahlah tu. Melebih pula kau." Laxy menumbuk lembut bahu Hannie yang masih dengan perasaannya. Xia Lu hanya menggeleng sementara Jin Young hanya diam. Dia sedang melayan kehendak tubuhnya. Jalannya juga lambat dan sedikit melayang. Hannie, Laxy dan Xia Lu mula perasan akan hal itu.

"Jin.. kau okey?" Tegur Laxy seraya menyentuh lembut bahu Jin Young yang memegang lengan Xia Lu dengan erat. Dia cuba untuk menampung dirinya sendiri yang semakin lama semakin lambat jalannya.

"Aku... aku okey." Tergagap juga Jin Young menjawab soalan Laxy. Matanya seperti ada dua kanta. Bayangan wajah Laxy, Hannie dan Jin Young ada dua dan tiga bayangan sehingga membuatkan dia rasa seperti ingin muntah. Tangan kanan menekup mulut manakala tangan kiri memegang perut.

"Jin Young, kau jangan buat hal. Toilet sana dulu. Hannie, bawa mas..." tak terhabis ayat Laxy, Jin Young sudah meluru dengan sendiri ke tandas tanpa di temani dengan sesiapa. Kebetulan pulak tandas dekat dengan mereka, masuk aje. Mereka bertiga terus ke dalam untuk mendapatkan Jin Young yang muntah di sinki.

"Jin..." kedua-dua Jin Young disentuh oleh rakan-rakannya. Warna dan bau muntah Jin Young juga agak 'wangi' menyebabkan ramai yang mengerumuni. Bermacam-macam pertanyaan diajukan kepada mereka bertiga. Jin Young sudah tidak larat. Tubuhnya lemah. Dia hanya berdiri bertampungkan sinki.

"Minta tolong jangan kerumun, ya?" Kata Laxy, mengharap manusia-manusia yang berkerumun bersurai. Dengan sekali cakap, semua orang bersurai walaupun ada sorang dua masih mahu melihat. Entah tang mana yang menarik, tak tahulah. Orang muntah pun nak tengok.

"Xia.. Xia... Laxy... Hannie... aku..."

"Jin Young!!!" Ketiga-tiga mereka menjerit dengan mata yang membulat. Jin Young jatuh pengsan.

Bersambung...

Macam bosan aje part ni. Kan? Haha... apa² apa pun, enjoy ya? ^^ Wait a next chapter this night...

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Where stories live. Discover now