APA SEBENARNYA?

157 0 1
                                    

CIRI CIRI MAKNYAH TEGAR. (maklumat pelbagai).

Kerana terbelenggu dengan Pembentukan Sosial (social construct) ramai ibubapa merasakan ada ciri ciri khusus anak Maknyah yang tidak dapat dielakkan.

1. Suka bermain dengan anak patung, main masak masak dan permainan permainan anak anak perempuan yang lain.

2. Tidak selesa bermain dengan kanak kanak lelaki, lebih suka pada anak perempuan atau lebih suka menyendiri tidak kira menggelamun atau melukis lakaran lakaran perempuan.

3. Suka menari, menyanyi dan hal hal hiburan pop

4. Terdorong untuk merajuk dan menangis seawal usia 5 tahun hingga 10 tahun.

Ciri ciri di atas sudah cukup untuk membuatkan ibubapa merasa takut dan berdebar memikirkan apa akan jadi pada anak anak lelaki mereka yang bersifat demikian. Namun bukan semua anak anak lelaki yang berciri ciri sedemikian akan membesar sebagai Ts/Maknyah, walaupun dalam banyak kaji selidik ramai para transgender menceritakan paten kakan kanak mereka yang berbunyi lebih kurang sama.

Ibu bapa menjadi keliru akibat fizikal dan timbang tara hormon dalam badan kanak kanak lelaki yang belum mencapai akil baligh. Maka ramai mengambil jalan pintas menyalahkan persekitaran mereka membesar, jantina kanak kanak menjadi rakan sebaya dan ada juga yang menyalahkan salah laku seks (seksual abuse) sebagai alasan kenapa anak lelaki mereka mahu berubah menjadi transgender M to F.

Memilih untuk bersifat dan berkelakuan perempuan itu adalah MUSTAHIL sekiranya anak anak kamu adalah lelaki sejati. Mana ada lelaki sejati yang mahu hidup seperti perempuan 24 jam? Segala tindak tanduk manusia itu hadir dari pemikiran (cetek atau dalam adalah subjektif). Selalu bagi anak laki laki pergelutan jantina mereka akan bermula seawal usia 15 tahun. Ini adalah waktu yang amat menakutkan sekiranya secara dalaman dia adalah Transwoman. Dikuti oleh tahun tahun berikutnya untuk memastikan adakah dia hanya Gay Lembik, Gay macho atau Maknyah.

Bukanlah hal yang mudah bagi anak tersebut. Pembentukan Budaya Binari (binary cultural construct) akan menghantui dan menekan dirinya.

1.Sifat manusia setempat berinteraksi dengan kaum Maknyah

2.Latar belakang pendidikan halal dan haram dalam agama?

3. Interaksi dan hukum /syarat dalam keluarga

4. Media media sedia ada dan pandangan yang tidak pernah berubah pada kaum Maknyah.

5. Mereka tidak dapat berfikir secara matang tentang tujuan hidup.

Ramai yang mengambil langkah untuk bereksperimen ketika tinggal di asrama, menyewa bila mula berdikari dan mencari cari susuk jiwa yang sama dengan mereka sebagai pergantungan emosi. Ramai juga yang berani bereksperimen secara sendiri sendiri.

Rasa takut, bersalah dan tidak keruan itu adalah akibat dari banyak hal hal maruah dan penetapan awal manusia sebagai polis moral. Ada yang mengamalkan cara hidup dalam penafian seumur hidup atau melakonkan dua watak. Selalunya mereka ini akan merasa PENAT dan TERTEKAN.

Tahap ini merupakan tahap yang paling penting pada pembangunan mental Maknyah. Yang berani dan mempunyai daya ransangan jenaka akan pergi jauh (lebih cepat). Manakala yang lemah akan terkial kial mencari tempat mereka dalam masyarakat. Maruah, Moral, Keluarga, Agama dan hal hal remeh akan membantukan pertumbuhan mereka sebagai Transgender yang sebenar. Penghinaan sedia ada, syarat syarat binari masyarakat, syarat syarat ketat di tempat kerja atau tempat belajar membuatkan mereka bergerak seperti robot tanpa nyawa. Sangat menyedihkan.

Ada Maknyah yang dikatakan terlewat keretapi. Lambat untuk keluar dari ruang lingkup penafian. (Better late than never : menjadi kata kata penyedap). Mereka yang lewat akan menghadapi satu lagi set halangan yang berbeza berbanding mereka yang berani hidup secara terbuka. Tedapat juga kejadian yang menggelirukan, selalunya di barat, bertemu diri setelah menjalani kehidupan normal bersama isteri dan anak anak. Masyarakat sejagat berhak untuk menjadi keliru dalam penentuan apakah situasi yang sebenarnya. (dinasihatkan kembali pada artikel Penafian dan SOGIE).

Maknyah Tegar Yang BIASA akan...

1. Mencari ruang untuk dia bernafas dan hidup seperti wanita. Termasuk mencari kerjaya atau ruang lingkup yang sesuai dengan diri.

2. Berusaha secara berdikit dikit atau drastik mengenai hal hal feminization (facial and chest feminization).

3. Tidak gentar pada apa penghakiman sedia ada. Penghakiman tentang syurga dan neraka.

4. Sanggup untuk berpakaian wanita 24jam (walaupun sewaktu tidur).

5. Memberanikan diri menilai proses HRT

SRS masih merupakan hal yang serious dikalangan para TS. SRS bukanlah penentu bahawa mereka adalah Maknyah Tegar. SRS adalah pilihan yang dibuat secara peribadi. Namun begitu ada pakar pakar sexology yang mencadangkan SRS untuk mereka yang tegar dan tidak melibatkan perilaku seks aktif (apom) apabila bersama dengan pasangan. Ulama ulama di sesetengah negara mecadangkan Ts tegar untuk SRS supaya amalan agama akan ada penentuan dan hal hal Jemaah yang melibatkan agama akan menjadi mudah.

Walau apapun, penilaian ini masih berbentuk Subjektif. Ada para Ts yang hidup bahagia tanpa amalan HRT atau SRS dan juga hal hal feminization seumur hidup. Mereka masih mengakui diri mereka Wanita pada diri sendiri, walaupun tidak pada orang sekeliling.

Secara azalinya pasti semua Ts mahukan perubahan positif dalam hidup mereka. Sejak muda mereka sudah secara peribadi membayangkan imej mereka sebagai wanita yang lengkap secara fizikal. Namun ada hal hal kekangan dunia yang tidak dapat dielakkan. Hal hal yang kamu sendiri maklum.

Memasuki alaf baru, apabila teknoloji semakin hebat dan pemikiran manusia lebih terbuka, para Ts mempunya lebih banyak pilihan dalam hidup mereka. Namun masih ramai yang tidak bernasib baik untuk menerima maklumat tentang kebajikan, perubatan, peluang, pendidikan secara formal dan tidak langsung, segala ini kita longgokan pada hal hal USAHA dan NASIB.

Identiti para Maknyah juga masih lagi diperingkat keputusan yang dibuat oleh Pemerintah negara masing masing. Adalah rigit dalam penentuan kad pengenalan, passport dan ubahsuai sijil kelahiran. Setakat ini di rantau Asia, hanya negara Singapura yang mengamalkan sisten 'hush hush' memberikan kad pengenalan wanita pada ts yang sudah menjalani SRS. Permintaan untuk diberikan id wanita di Malaysia akan ditolak mentah mentah setelah tahun 1989. Ianya adalah satu proses yang rigid dan memakan masa dan wang. Suka atau tidak identiti diri dan kad pengenalan sedikit sebanyak akan memberi kesukaran pada manusia. Satu solusi sudah dicadangkan dalam buku Maknyah terbitan Terfaktab Fine.

Ts tegar alaf baru lebih bernasib baik, kerana ada satu sistem sokongan yang tidak rasmi apabila melayari internet dan laman laman sosial. Hal hal seksualiti yang berat ditanggung itu boleh diringankan dengan usaha mencari sebarang jawapan.

Harus ingat, bukan semua manusia bernasib baik. Atas dasar itulah dalam kehidupan Ts berkongsi maklumat dan pengetahuan itu menjadi sangat penting dan digalakkan.

sj�V^�y�


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now