STEREOTYPING

68 2 0
                                    


Adalah sifat biasa manusia. Memasuki alaf baru, masih ramai yang berpenyakit sedemikian. Awal awal lagi mereka sudah membentuk pemikiran terhadap para Transwoman. 

Tidak dapat dinafikan kita manusia merangka semua dengan pengalaman sewaktu membesar, melihat, mendengar atau membaca lapuran tentang para Maknyah. Semuanya tentulah berita berita yang berbau NEGATIF.

Maka dalam kehidupan seharian, kita awal awal lagi sudah membuat telahan yang stereotaip terhadap mereka, ini termasuk golongan LGBTsendiri atau dalam komuniti maknyah sendiri.

Tidak kira dalam konotasi biasa atau menghina, ada waktunya para cisgender hanya mahu memulakan perbualan yang lebih mesra. Supaya kamu merasa lebih selesa, cuma mereka terlupa bahawa jantina itu bukan penentu pada hal hal stereotaip manusia.

"Malam ni tak kerja ke?"

"Ramai customer malam ni?" kamu baru saja melangkah untuk pulang dari menemui teman

"Akak kawin nanti kau make upkan akak yer"

"wah...lawanya you...ajar akan buat kening!"

"Ina operate kat mana? bawah dah buang?"

"kenapa Ina tak simpan rambut panjang?"

"Hai ...you all kerja salon ek? bagilah kad, nanti boleh dapat diskaun"

Termasuk tidak dapat membezakan sakit kulit dengan Aids/Hiv. Ini juga sifat termasuk dalam sifat yang kita bincangkan di atas.

Di kalangan komuniti, terdapat juga hal hal yang streotaip.

1. maknyah harus terlibat dalam pelacuran. (ambik duit nyah...kata makayam)

2. maknyah harus masuk pertandingan ratu cantik berbayar.

3. apa guna berpakaian seperti kakak kakak? awak tu maknyah

4. Maknyah yang bahagia harus mempunyai suami/laki/kekasih

5. Gemok tidak boleh jadi maknyah. Harus berhempas pulas kurus model.

6. Semua maknyah harus mempunyai tetek dan berambut panjang

7. Harus tampil seperti bintang bintang glamer.

8. maknyah harus bermulut celupar, lucah dan gatal gatal

9. Harus jelita 'woman' dan seksi

.... dan macam macam lagi. Zaman sudah berlalu, sama seperti para cisgender, kaum Transwoman sudah melangkau ke bidang bidang yang lebih mencabar. Sesekali mereka akan terkejut apabila harus berurusan dengan maknyah yang mejawat jawatan yang tinggi dan menguasai mesyuarat, memberi arahan dan membuat keputusan syarikat.

Ada satu macam perasaan bermain dibenak hati mereka. Ada yang boleh menerima para transwoman atas dasar kerja, ada yang menolak mentah mentah tidak kira pada persembahan/performance maknyah tersebut. Kita terus menerus membayangkan hidup maknyah tersebut sama seperti yang digambarkan di media. Gila jantan, melacur, bermulut celupar, mental dan lain lain lagi sifat buruk mereka.

Bertuahlah mereka yang pernah berhubungan secara sosial, kerja atau apa apa sahaja secara professional dengan para Transwoman. 

Semoga masing masing kita boleh menukar persepsi yang berbentuk stereotaip negatif ini.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now