MAK NYAH MUDA.

87 3 2
                                    


Saya pernah muda, kamu pernah muda, mereka sedang muda.

Dunia pula sedang menuju ke arus kepesatan, sehinggakan tiada ruang untuk kita berkhayal lagi. Saya berpeluang menemukan dua tiga adik adik muda dalam acara dan selalunya apabila di PM dalam medsos. Saya gemar bertanya dan bersembang.

Sambil sambil itu saya kaji dan melihat gelojak mereka dalam dunia Transgender. Saya amat memahami bahawa kita hadir dari pelbagai latar belakang. Transisi dari anak remaja lelaki lembik dan ada ciri ciri mahu menjadi wanita. Ini antara fasa yang sangat meruntun hati kalau kita tercari cari dan terkial kial sendirian. Saya melalui zaman itu tanpa bantuan, sedih sebenarnya (bukan hal untuk diangung angungkan).

Tumbesar kita tidak sama. Nasib juga berbeza beza. Saya paling takut kalau anak anak transgender bertemu rakan bimbing yang silap. Leka dalam keghairahan duniawi, seks tanpa batasan dan paling sedih terlibat dengan DADAH. Apatah lagi ketika ini dadah sintetik sedang bermaharajalela.

Apa yang adik mahu apabila sudah menjalani hidup sebagai Maknyah?

1. mahu meletop tubuh badan dan kelihatan vas vis vas.

2. hormon apa nak bagi naik tetek makayam? Soalan wajib

3. meletopnya dia...ditekan hp untuk menunjukan dua tiga personaliti tempatan dan luar negara yang cantik jelita dan vogue. Kekaguman diperlihatkan seperti taksub. Kagum. Ada yang ditunjukan itu sudah melalui beratus kali pembedahan aestatik kecantikan.

4. mahukan laki, suami dan kekasih. Teringin mahu main masak masak.

Saya pernah muda, kamu pernah muda. Jadi setekat itulah sahaja nampaknya aspirasi mereka, jarang sekali (bukan tidak pernah) saya ketemukan adik adik yang mahu berjaya dalam bidang akademik, menjawat jawatan dan menelusuri kerjaya selari dengan para cisgender. Ada. Saya jumpa dan mereka sudah membuktikannya.

80% yang saya ketemui tidak kira di desa atau di kota, rata rata aspirasi dangkal mereka hampir sama. BUKAN SALAH MEREKA. Mereka sudah membesar dalam lingkungan sebegitu, tidak kira cisgender atau transgender yang rapat dengan mereka jarang berkisah bagaimana realistiknya hidup ini. Bagaimana kita dari waktu ke waktu harus mengukuhkan diri/fizikal/mental/jiwa demi kelangsungan hidup. Ditambah pula dengan gangguan HRT yang pelan pelan menguasai diri. Ini satu fenomena yang menyedihkan. Maka telunjuk jari menyalahkan dunia jadi lebih mudah. Disokong pula oleh kakak kakak veteran yang sama naik pemikiran dengan mereka, kakak kakak yang pahit pada kehidupan di tahun 80an dan 90an.

Jarang sekali kita bertemu, hampir tidak ada sebenarnya mereka yang mahu tampil, bercerita dan berkata: Since you are a transwoman, let me guide you according to your capability. Now let see what need to be done.

1. Get a good job. Work hard. Excel. Prove it to yourselves.

2. Have a good social circle. Stay pleasant

3. See what we can do about your appearance

4. This is how we deal with this cruel world.

5. Come on build yourself, respect it in order to be respected.

6. come use the correct language when we communicate with the world

7. have you really understand what are the correct terms in trans world?

8. This is how we deal with our parents, families, sisters, our culture and our religion.

Sayang sekali, memikirkan suasana yang kacau bilau ini. Ada adik adik bertemu dengan kakak kakak yang separuh masak yang mahu semuanya sekali, masuk ratu mahu, jual badan mahu, suami mahu, ikat tetek untuk tampil insof juga mahu. Sedih sekiranya adik adik jatuh ditangan manusia seperti ini. Dia akan tertekan memikirkan tentang hidup.

Kita sudah berbicara tentang shemale, drag queen, transvestite dan lain lain. 

Ada waktunya apabila bertemu adik adik baru, saya diam diam terfikir, dia ini gay lembik atau crossdreser? atau Shemale atau apa? Apabila disoal sipi sipi, ada yang mengatakan. biasalah makayam...kita apom jantan ya? Kita kasi dia hisap puas puas...kita minta duit. Di hujung hari apa agaknya? Bagaimana mereka berurusan dengan diri mereka? 

Dalam suasana sebegini kita merasa ralat mahu berbicara tentang SOGIE dan hal hal sejahtera manusia maknyah. Saya kalau bercakap banyak, susah. Susah hati memikirkan apalah agaknya sedang mereka fikir? Seperti yang mahu dikatakan, mereka mahu penjelasan dari si cantik jelita. Si cantik jelita pula pendiam... atau tidak tahu menyusun ayat, aduh! bertambah rumit dan membimbangkan.

Kalau berbicara tentang hormon HRT, masing masing jadi ghairah, sehingga saya anggap mereka bagaikan orang kemaruk. Bila berbicara tentang seks...pergh!!! terluap luap keluar nafsu jantan mereka... cisgender kalau dapat melihat pasti akan jadi keliru, walaupun diparas awal akan dianggap lucu. Ini belum lagi kita mendengar gossip sesama mereka, seolah olah mereka itu bintang hollywood.

Berpakaian? Saya pernah muda, kamu pernah mudah. Kita jimatkan air liur untuk segmen berpakaian maknyah.

Kesimpulannya carilah rakan pembimbing yang boleh kamu percayai, yang boleh menjurus kamu ke landasan realistik tapi membahagiakan diri. Kenal kenal juga dengan sistem SEJAHTERA manusia. Kalau kamu rasakan bahawa dunia maknyah itu bukan kamu, baiklah berundur diri cepat cepat.

Hidup yang teratur, selamat, bahagia dan tenang itu sama saja aras ukurnya kalau dibandingkan dengan para kaum cisgender.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now