PENERANGAN RENTETAN

68 1 0
                                    



Setelah terjadinya pergeseran antara para transgender baru baru ini tentang TERMA panggilan PONDAN dan keyakinan dua tiga yang belum tentu lagi transwoman (kita juga tidak pasti samada mereka adalah crossdresser/shemale atau lelaki pasang siap). Para mak nyah yang berlatar akademik dan berpengetahuan mengambil langka pro aktif memuat naik penerangan masing masing berikut adalah 3 contoh tersebut.

Luahan mereka tidak diEDIT supaya kita mendapat gambaran yang sebenar tentang TRANSNITA/TRANSWOMAN/MAK NYAH.

1. Pondan membawa maksud lelaki yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita. Definisi ini dicipta oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan WUJUD dalam kamus DBP Bahasa Malaysia.

2. Mak Nyah adalah gelaran pilihan komuniti sendiri dari zaman 70an, maka ia bukan dikenali oleh DBP.

3. TransWanita adalah terma "urban" serba moden yang diubahsuai daripada istilah Bahasa Inggeris Transwoman yang merupakan singkatan untuk "Transsexual Woman".


4. Kerajaan Malaysia, selepas tahun 1983 mulakan agenda memberi pandangan serong terhadap kaum Mak Nyah kepada masyarakat. Sebab itu lah mereka enggan menyentuh istilah Mukhanattun, dimana telah dijelaskan oleh An-Nawawi bahawa mukhanas al-kalki tidak haram kerana individu dilahirkan dengan badan lelaki tetapi mengenali diri sebagai perempuan sejak usia yang muda dan tidak menggunakan identiti dirinya untuk melalukan perbuatan yang haram seperti melacur.


5. Yang dipandang HARAM di sisi Islam adalah Mukhanas Al-Mukmin, iaitu " lelaki" yang sedar dirinya lelaki, yang sedar dia bukan perempuan, dan cuba untuk berperwatakan seperti perempuan. Perbuatan ini berdasarkan nafsu dan kehendak hanya semata-mata untuk menyerupai wanita dan adalah HARAM dan dipandang hina di sisi Islam. Erti kata, ia selaras dengan istilah PONDAN yang wujud di dalam Kamus DBP.


6. Undang2 Persekutuan Negara melindungi hak asasi kesemua rakyat Malaysia dengan adil, tetapi penguatkuasaannya tidak adil oleh pihak pentadbiran negara. Satu daripada contohnya adalah sikap enggan membetulkan jantina pada kad pengenalan transwanita yang mempunyai pengiktirafan dari doktor pakar bahawa dia melalui Gender Dysphoria (seperti dalam panduan DSM edisi ke-5 yang diiktirafkan oleh WHO dan pakar medik sedunia).


6. Memang wujud golongan Pondan, iaitu laki yang berpakaian wanita di kalangan masyarakat. Mereka tidak mengalami Gender Dysphoria dan mereka tidak dilahirkan dengan otak perempuan seperti wanita transeksual (juga dikenali sekarang sebagai transwanita).

7. Bila masyarakat memanggil seseorang itu Pondan, ia adalah sebab mereka melihat individu tersebut seperti seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita. Bukan melihat pondan sebagai seorang individu yang bukan lelaki dan bukan perempuan.

8. Individu seseorang bukan perempuan kerana dilahirkan dengan faraj dan boleh beranak. Itu dikatakan "social construct" atau kelayakan yang ditentukan oleh masyarakat bagi mengenali seseorang itu sebagai individu lelaki atau perempuan. Ini adalah salah kerana setiap manusia berbeza dan tidak boleh dikategorikan bagi indivindu lain memberi kelayakan bagi identitinya. 

Erti kata lain, kalau saya kenali diri saya sebagai wanita, sepatutnya tiada siapa yang boleh menghalang saya atas alasan persepsi orang lain dan juga apa yang tertera pada kad pengenalan dan dokumen kelahiran. Dokumen2 tersebut hanya dedahkan anatomi kelahiran saya (anatomical sex) dan bukan gender identiti saya yang termasuk cara otak saya mengenali diri saya. Itu adalah sebuah pengalaman individu.


9. Sebuah komuniti terpinggir hanya wujud kerana sistem dan cara pentadbiran negara tersebut tidak kukuh. Sebuah negara yang maju tidak akan membenarkan ruang untuk mewujudkan komuniti yang terpinggir.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now