MAKNYAH DAN POLISI INSURAN

132 2 0
                                    

"Beli nok...sebulan potong 10 ringgit saja...kalau jadi apa apa at least ada jugakan bantuan?" Hasut teman kamu si agen insurans.

Pelbagai jenis polisi dijual oleh syarikat syarikat insurans di negara ini. Ada yang memberi perlindungan untuk hal hal jalanraya, kesihatan dan tentunya lebih banyak yang mengwar warkan bahawa mereka bersifat COMPREHENSIVE (MENYELURUH - tanggung semua).

Ramai yang membeli polisi dari agen yang tamak jualan. Para transwoman pula gagal mendapatkan penerangan khusus tentang polisi, apatah lagi sekiranya menggunakan kad pengenalan berjantina lelaki. Nah! di sinilah kamu akan dipermainkan oleh Syarikat Insuran yang tidak bertanggungjawab. Dia akan mula memberi pelbagai alasan dan rujukan pada terma terma yang tercatat kecil sekali di bawah polisi yang sudah kamu tandatangani.

Frasa kecil 'syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada sebarang penipuan tentang identiti pemegang polisi ini'.

1. jantina maknyah boleh dianggap sebagai penipuan (walaupun sudah bertukar kad pengenalan wanita - kalau mereka mahu)

2. hal hal kesihatan akan diremehkan dengan hal hal HRT yang dianggap sebagai proses memudaratkan diri secara sukarela

3. Syarikat akan memberi pelbagai alasan setelah situasi kamu diselidik oleh Inspektor Insurans.

Bagi syarikat insurans ini adalah hal hal biasa. Manipulasi terhadap cisgender juga mereka boleh lakukan, bertambah mudah bagi para TW (post opt or pre opt). Terdapat kes kes di mana jantina asal kamu diambil kira walaupun sudah memiliki kad pengenalan wanita. Ya, memang ada suatu ketika dulu sekitar awal 80an dan 90an.

Justeru dengan itu, sekiranya kamu mahu membeli sebarang POLISI insuran pastikan agen memberi penerangan yang lengkap. Itu tugas mereka. Kalau agen sendiri kurang pasti kamu berhak untuk menolak pembelian polisi ini. Sebaiknya berurusan secara langsung dengan pejabat insurans tersebut.

Nyatakan dengan TERANG dan JELAS kedudukan kamu sebagai TW pada mereka yang menawarkan sebarang polisi perlindungan. Tanya mereka untuk klausa klausa tambahan yang akan mencatatkan kedudukan kamu sebagai Transwoman, tambah tambah lagi untuk Perlindungan Menyeluruh.

Secara asas Insuran zaman sekarang mempunyai polisi yang berbeza. Namun asasnya adalah sama

1. Perlidungan mengikut tempoh singkat (insurans penerbangan destinasi, insurans lawatan, insurans ketika di luar negara) yang akan tamat sebaik sahaja tugasan kamu selesai

2. Perlindungan yang mempunyai tarikh lupus. (contoh: insurans nyawa untuk tempoh 1 tahun atau 6 bulan)

3. Perlindungan yang bersifat accumulative (betokok tambah). Pembayaran polisi bulanan/tahunan dianggap sebagai simpanan dan diberikan kadar bunga.

4. Insuran kesihatan sahaja (yang melibatkan penyakit atau kecederaan dan pembayaran pusat rawatan)

Dalam hal ini TW pre opt yang tidak menjalani apa apa pembedahan akan lebih selamat, mereka dianggap masih berjantina secara binari. (lelaki). Mereka juga boleh berhenti berpakaian wanita sewaktu terkena musibah. (inspektor insurans tentunya akan menyiasat sebaik mungkin).

Terdapat klausa klausa yang menyatakan tidak ada perlindungan untuk rawatan HIV dan Aids. Jangan tidak tahu demi keuntungan ada syarikat insurans yang menidakkan gantirugi kemalangan jalanraya hanya kerana kamu adalah MAKNYAH.

Maknyah juga harus peka dengan terma terma berikut:

PREMIUM - membayar sejumlah wang yang dipersetujuan untuk perlindungan

POLISI - perjanjian yang dibuat antara pelanggan dan syarikat insurans. Bentuk lindungan apakah yang ditawarkan. Serta syarat syarat yang dimaktubkan. Terma dan syarat dalam cetakan kecil itu harus diberikan tumpuan.

INDEMNITI - gantirugi hanyalah untuk kejadian bukan untuk keuntungan (tidak ada sebab manusia membeli dua tiga polisi dalam hidup, cukup dengan insurans COMPREHENSIVE dari syarikat yang benar benar telus dan dipercayai).

COVERAGE VALUE - sejumlah gantirugi yang sudah dipersetujui oleh dua dua pihak. insurance company dan inusred (kamu pemilik polisi)

Soalnya di sini BERHATI HATI apabila membeli sebarang POLISI INSURANS dapatkan penerangan yang sebaiknya. Agen yang baik dan prihatin akan berusaha mendapatkan penjelasan tentang kedudukan kamu berkenaan POLISI yang mahu kamu beli.

*ada syarikat syarikat yang mengisytiharkan bahawa Mak Nyah tergolong dalam kumpulan High Risk group. Ada juga polisi polisi yang menidakkan kos rawatan untuk HivAids Related. Pokoknya dapatkan penjelasan dari pihak berwajib di syarikat insurans. Kamu juga harus jelas tentang indentiti jantina kamu sewaktu membayar premium.

BUKU MAKNYAHHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin