FUNGSI HORMON

297 4 1
                                    



APAKAH PERANAN HORMON.

Hormon merupakan gerakan/tindak balas kimia yang bergerak dalam salur darah dan mengarahkan organ organ dan tisu badan untuk menjalankan tugas masing masing. Mereka akan mempengaruhi kesejahteraan tubuh badan manusia. (tidak kira jantina apa).

Nampaknya, hormon memberi impak pada tahap kesihatan. Jadi, keseimbangan itu adalah penting secara menyeluruh terhadap cara hidup yang sihat. HRT (Hormone Replacement Therapy) adalah kaedah perawatan untuk manusia apabila perlu. Ingat: HRT bukan hanya untuk Mak Nyah.

Sayangnya, hormon secara mudah boleh menjadi tidak seimbang, jadi kita akan membincangkan 9 tanda tanda yang memberi amaran yang ianya tidak seimbang.

PERUBAHAN HORMON.

Perubahan hormon akan menyebabkan kekalutan/huru hara badan. Liputan meluas selalunya adalah pada keharuan hormon pada remaja dan wanita mengandung, ada perubahan yang terlibat namun ianya lebih berat pada wanita dan transwoman yang mengamalkan HRT.

Hormon dan kesihatan adalah saling berkait, itu sekiranya semuanya lancar, kita akan sejahtera, tapi apabila ianya celaru, ianya melibatkan beberapa keadaaan.

Bagi mengekalkan tahap kesiahatan menyeluruh adalah apabila kita dapat mengesan tahap tidak seimbang hormon. Hormon memainkan peranan penting dalam hidup sejahtera.

Sayangnya, hormone secara mudah boleh menjadi tidak seimbang, jadi kita akanmembincangkan 9 tanda tanda yang memberi amaran yang ianya tidak seimbang.

ANTARA TANDA TANDA APABILA HORMON TIDAK SEIMBANG.

1. BERAT NAIK MENDADAK

Kadang kadang, sekiranya kamu naik beberapa kilo, ianya bukan bermaksud diet kamu silap, boleh jadi satu signal tidak seimbang hormon. "hormon stress"

Cortisol dirembeskan oleh salur darah. Apabila pengeluaran Cortisol diganggu, samada melalui tekanan atau sebab sebab lain, ia akan menyebabkan kegemukkan, ia akan menetapkan di mana bahagian gemok berkumpul di badan kamu.

Penemuan yang kenaikan tahap Cortisol akan menyebakan "lemak tosik" yang berkumpul di bahagian perut. Ini meningkatkan risiko sakit kardiovaskular, yakni serangan jantung dan strok.

2. RAMBUT GUGUR

Sebelum ini, sering kita dengan sebab utama lelaki gugur rambut adalah disebabkan kurangnya Testosterone, ianya mungkin benar kerana hal hal akar umbi rambut. Bagaimanapun, sekarang kita tahu sebab sebenar adalah Dyhyrotestostrone atau lebih dikenali sebagai DHT. Wanita mempunyai tahap testo yang rendah dalam sistem badan mereka, ianya cukup untuk menyebabkan keguguran rambut. Transwoman yang mengamalkan HRT juga kehilangan testorone. Jadi rambut akan gugur sekiranya tidak diseimbangkan.

3. PELUH BERLEBIHAN

Satu lagi indikasi tidak seimbang hormon. Wanita akan melalui menopause atau pre menopause, selalunya berpeluh. Sewaktu tidur ianya dikenali sebagai peluh malam. Ianya tanda tanda menopause hampir mencapai tahap penuh.

Peluh malam, lelaki dan perempuan, adalah akibat terLEBIH atau terKURANG produksi hormon SEROTONIN.

4. MERASA LETIH

LETIH satu lagi tanda hormon tidak seimbang, walaupun tidur cukup, kamu masih bangun dengan rasa letih. Ini juga akibat Cortisol. Cortisol menjana pada langkah berjaga jaga manusia, sewaktu bergerak, apabila stress dilalui terlalu kerap ia mengakibatkan rasa letih.

Dalam kes stress yang kronik, manusia sering mengalami letih adrenalin, yang merembeskan tahap tinggi Cortisol. Cortisol sebenarnya menguasai sesuatu yang digelar Circardian Rhythm. Apabila irama ini terganggu, proses ini menjadikan cortisol menjadi rendah. Ini akan memberi kesan kekosongan jiwa dan rasa letih.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now