FASA HAMPIR TELANJANG

46 0 0
                                    


FASA TELANJANG ADIQUE ADIQUE GT (Gay dan Transnita)

Kita sudah mengenali hal hal narsis, ultra-feminin dan idola sensual adik adik. Fasa tersebut sebenarnya sama sahaja dengan laluan para cisgender lelaki dan perempuan, melibatkan latar belakang tumbesar merangkumi mentaliti masing masing.

"Mak kalau perempuan ori, mak akan jadi pelakon porno di luar negara, balik nanti heboh... Ziela wanita Melayu pertama bebogel di Perancis, gitu...," Ziela Mak Nyah 20 tahun yang bergaya sensasi di pesta harijadi sewaktu berbual. Bajunya yang longgar sengaja di jatuhkan dari bahu, "off shoulder you...," tambahnya lagi

"Sebab tu Tuhan bagi hang jadi pondan!" Jerkah mak ayam 

Medsos sudah memperlihatkan segala gaya sensasi para Mak Nyah, Trans feminine dan Gayboy yang gemar memuatnaik gambar gambar seksi masing masing. Seksi adalah nama kedua mereka. Masing masing mencari jalan untuk dipamirkan sebaik mungkin.

Sexual exploration di zaman ini adalah hal yang biasa. Masing masing membesar mengidolakan personaliti tertentu. Mak Nyah yang di kampung mungkin terpesona dengan Siti Liza manakala yang di kota pula mungkin gemarkan idola seksi yang terpilih tidak kiralah dari timur atau barat. Pokoknya adalah...

Bagi yang sudah menjalani operasi atas mereka mungkin sedang berada di fasa ciwi berdada montok dan yang sudah SCS secara total termasuk pemulihan feminization juga sedang menikmati apa yang tidak ada sebelum ini.(buat mahal mahal kenalah tayang kan?) Fasa tayang menayang akan berlangsung selagi mereka belum cecah rasa bosan. Itu adalah biasa, yang jadi tidak biasa pula adalah rungutan bahawa mereka banyak dihubungi oleh rama jejaka hidung belang. Berpura pura marah atau marah marah sundal manja dimuatnaik status mukabuku, tweet atau Instagram. Merekalah mangsa yang syantik! Tidakkah kamu rasa seperti mahu memberi penyapu bersalut tahi pada mereka?

Atas nama seni fotografi si gayboy meliuk lendik terbaring dengan badan berketak ketak dibentuk setelah berhempas pulas berolahraga. Teringat layout majalah Mangga terbitan Utusan Malaysia. Paling tidak sang editor ponen menyuruh para model yang terdiri dari artis, ahli sukan dan sebarang personality terjun atau berbaring di tepian kolam mandi. Yang boyot dan kurus kering juga sudah tentu tidak mahu ketinggalan. Sama seperti fenomena di atas (marah setelah dikutuk atau diurat) kini ia adalah lumrah untuk dibaca oleh para netizen.

Fasa ini bolehlah dikatakan menganggu sang pelihat. Sang pelihat yang menghakimi mungkin terpana melihat keseksian mereka yang separuh terlanjang. Manusia sepi, segalanya dilampiaskan dengan cara yang macam macam. Kutuk juga petanda peduli, menghubungi si model internet itu juga petanda sang pelihat menghargainya. Pura pura marah dan salin lekat juga petanda mereka peduli atau Nauzubillah cemburu kerana itu imej yang tidak mampu mereka capai?

Sesama kami dalam komuniti sering dikatakan tentang, "sudah berumah ditepian pantai, pandai pandailah berjaga apabila taufan ribut datang melanda, rumah reban jangan sampai menghempap rumah orang lain ya..."

Berbikini di tepian pantai adalah hal yang biasa untuk orang orang yang bertamadun. Sayangnya, bukan semua mampu tampil bergaya dan terlihat seksi bersih. Ada yang tampil ala ala pelakon porno murahan tanpa sebarang kelas sebenarnya. Hal subjektif ini sukar untuk dihuraikan. Serba salah...

Adalah tidak adil untuk kita memberi garis pandu pada manusia tentang bagaimana dan apa yang harus mereka pakai. Dibuatnya kalau kita dihamburkan tentang frasa "My body is my temple! Kamu peduli apa?" bagaimana? Jadi kita hanya mampu melihat sebenarnya, atau boleh sahaja di CCKSKB (cepat cepat kita skrol ke bawah).

Tahap sensitif negara, perlukah kita baca, telaah dan patuhi? Apa garis pandunya? Sukar bukan?

Berani pamir, beranilah pula para adique adique menghadapinya. Harapan agar mereka tidak tampil murahan bermaki hamun tidak tentu hala. Pakailah apa yang kamu rasa sesuai dengan nawaitu yang masing masing. Perihal pakaian sudah kita bincangkan awal awal lagi dalam Buku Mak Nyah. Penulis mengenali seorang rakan Mak Nyah yang gayanya seksi bagaikan model. Dia jenis yang kool, dia tidak marah marah apabila diberikan siulan kucing atau dijerit jerit oleh jejaka hidung belang apabila keluar.

Katanya," I tahu siapa diri I, pakaian I dan stail diri, untuk apa menghabiskan waktu untuk marah marah?"

Begitulah seadanya fasa bagaikan mahu bertelanjang para GT di Malaysia. Rata rata mereka yang veteran sudah melalui fasa tersebut dan mula bersantai dengan pemilihan pakaian. Lebih relak, sopan dan kena majlis. Ini antara kes 'been there done that' mungkin zamannya sahaja yang sudah berubah.

Sesekali kami akan berjenaka," nasib baik la zaman mak dulu medsos tidak wujud, kalau ada matilah mak akan dikutuk hidup hidup"

Mengambil jalan tengah rasanya sifat berpada pada harus diamalkan. Namun segalanya terpulang, kerana pemilik badanmu tetaplah hanya kamu dan yang Maha ESA. Siapa tahu dengan mempamirkan tubuhmu yang seksi akan membahagiakan? Mendapat banyak LIKES dan dipuja puji? Saham duniawi bertambah?

Dalam kita membicarakan hal ini, masa sudah membuktikan bahawa manusia lambat laun akan menjadi bosan. Saya fikir dan tetap dengan pendirian bahawa badanmu adalah kuilmu, lakukanlah apa sahaja yang dirasakan terbaik. Manusia sekeliling tidak akan mampu kamu puaskan. Mana mana yang menarik akan kita ketik Likes dan puji. Mana mana yang bergerun kita cepat cepat beredar, atau mungkin kita akan mengumpat dalam group wechat? Whatapps? Ahhh! Semuanya sudah terhidang di depanmu dan ia tidak seharusnya menjadi isu besar.

Awas juga dengan pujian palsu sesama adique adique... ya, pujian palsu dan perlian wujud dan dilakukan dengan penuh berhemah.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now