TRANSFORMASI RAZAK M TO F.

73 0 0
                                    


Razak adalah nama samaran yang dipilih untuk artikel ini.

Selama ini Razak merupakan manusia yang pemendam. Meski tahu apa kemahuannya, masa dan situasi tidak membenarkan. Dia hidup seperti remaja remaja lelaki lain, meskipun disudut hati tersemat sejenis rasa yang pelik. Dia tidak gemar digelar Gayboy, pernah mencuba  berkenal kenalan dengan para gayboy yang ada, tamat aksi ranjang diminta pula untuk memegang watak TOP. Sekali dua,  dia tidak suka,  tidak selesa dan bosan.

Bereksplorasi pula pada dunia Mak Nyah. Menaiki motorsikal ke lorong dan sarang Mak Nyah untuk mengenali mereka lebih dekat. Dia yang jambu tampan dan kelakian menjadikan ramai para Transwoman tidak keruan. Dia tidak tahu bagaimana mahu merapati kaum Mak Nyah. Mereka ramai yang bermulut jahat dan bercakap lepas. Dia takut mereka salah faham dan maruahnya nanti bakal tercemar. Dia cuba lagi, melihat gerak geri mereka. Rasanya dia salah tempat. Dia tidak suka pada giat kerja seks dan cerita cerita aneh yang didengari dari mereka. Jeritan jeritan bahawa dia jantan apom sangat memalukan. Pernah membayar 20 ringgit hanya untuk mendengar cerita sahaja, bertanya bagaimana perasaan dan cara hidup sebagai Mak Nyah. Sayangnya Mak Nyah tersebut bagaikan naik tok syeh bila dia menolak aksi seks dan menyatakan bahawa hanya mahu bersembang.

Razak tidak selesa dalam dunia Gay Feminin. Mereka lebih kurang sahaja dengan sikap para Mak Nyah yang celupar dan kasar bahasa. Susah mendapatkan kawan baik di kalangan Gay Feminin kerana masing masing bagaikan kecanduan mahu berkasih atau bersuami. Dia lemas bila dicurah curahkan perasaan dan keinginan mau bercouple dengan dirinya. Ada Gay Feminin dan Gay Daddy Daddy berusaha keras mahu merapatinya. Dia jatuh meluat pada fenomena seperti ini.

Jawatan sebagai Pegawai Akaun di pusat kewangan tetap dijaga rapi. Tidak ada masalah pekerjaan. Namun, manusia cisgender di sekeliling sifat mereka sangat menjengkelkan. Gemar berkisah tentang jodoh, mahu diregu dia dengan kerani baharu, anak saudara, anak sendiri dan ada sahaja teknik digunakan. Rakan sekerja cisgender lelaki kerap menuduh dia homoseks kerana tidak pandai berbicara kisah kisah sukan atau bola sepak, ini belum masuk perlian kerani kewangan popular ala ala lembut glamer yang bermulut celupar juga, dia tidak selesa bila perlu berinteraksi dengan Cik Zie yang gemar berdialog seperti diva diva Inggeris, ada konotasi lucah. Kejadian digoda oleh pegawai wanita isteri orang menjadi igauan buruk dalam hidupnya. Jawapan ringkas bahawa dia tidak bersedia, tidak berminat, tidak boleh diterima oleh pegawai gatal yang betudung itu. Kacau bilau jadinya apabila ada kursus, menghadiri mesyuarat dan urusan projek syarikat, isteri orang itu terus mengganggu mahu ambil kesempatan. Semua ini penat ditanggung sehinggalah dia mendapat tawaran untuk sambung belajar di Universiti X. 

Sewaktu melanjutkan pelajaran di usia hampir mencecah 28 barulah dia menemui dirinya sebenar. Diterjemahkansebagai 'mahu jadi perempuan'. Tinggal serumah dengan Julia.nyah yang juga pelajar di tempat yang sama. Perlahan lahan dia mula menukar tampilan diri. Julia memberi ingatan bahawa dia tidak ada tauliah langsung di dalam bidang ini, tetapi boleh diperkenalkan dengan Mak Ayam yang aktif bersama NGO agar Razak melalui proses transisi yang sempurna. Julia juga sudah memperkenalkan Razak pada teman teman Mak Nyah yang progresif di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Untuk manusia yang bijak dan terbuka seperti Razak dia mampu untuk mendengar penerangan penerangan berilmiah seperti SOGIE, HRT, Tularan HIV dan UNDANG UNDANG terhadap Mak Nyah di Malaysia. Daripada sumber yang baik hal-hal remeh seperti Keluarga, Masyarakat, Fizikal, Program Sundal Maknyah Malaysia, Razak mula melaluinya penuh sabar. Dia bertuah di zaman teknoloji di hujung jari, mampu untuk berinteraksi dengan para Mak Nyah yang tidak berselubung ilusi. 

"Hal hal hidup sebagai Transwoman, sebaiknya ditangani dengan cermat, termasuk kisah kisah cinta Mak Nyah yang tidak kemana itu, if you have it cherish it!" Terang Mak Nyah Tua bernama Xuxie.

Razak kini lebih kenal siapa dirinya. Tidak ada istilah mahu jadi perempuan lagi. Dia bahagia menjadi dirinya yang sebenar. Mak Nyah Feminin atau Darai Tegar seperti kata orang orang Kedah. Katakata hujatan kenalan lama yang terlopong mulut terkejut tidak dihiraukan. Dia tetap menjadi dirinya, mereka tidak pernah menanggung segala duka lara emosi dan kesepian yang dilaluinya bertahun tahun dahulu akibat takut dan tidak ada akses pengetahuan tentang dunia Transwoman. 

"Sayangnya elok elok pi jadi pondan...," rungutan ini mebuatkan dia memadamkan sahaja beberapa pertemanan  lama di medsos.

Ugutan dari ibubapa dan ahli keluarga tetap ada. Dilalui penuh sabar. Dia tidak mencuri, merompak, merogol anak orang atau mengamalkan dadah berbahaya (dadahnya kini hanyalah pil dan suntikan hormon yang dikawal selia sang endokrinologis tanpa rasa tamak).

Begitulah lebih kurang kisah yang menggunakan nama samaran RAZAK. 

Penulis sepanjang usia 58 tahun kerap menemui insan insan seperti ini. Mereka selalunya memiliki esteem/jati diri yang rendah sekali di dalam dunia Mak Nyah, kerana tidak diberikan penerangan  betul tentang sistem sistem tidak tertulis saat menjalani kehidupan sebagai Transwoman. Ada yang masih diganggu oleh hal hal syurga dan neraka. Ada yang tertekan kerana memilih teman teman yang salah, terlibat dalam kancah dadah dan secara fizikal terus tidak mampu hidup sebagai Transwoman positif. Sangat menyedihkan.

Jika kamu berperasaan begini, kita tidak mahu bercerita tentang ada PILIHAN atau tiada PILIHAN. Naluri, Gerak, Kemahuan Emosi dan Perasaan kamu sudah ditetapkan oleh yang Maha Esa yang tidak pernah memilih atau kejam pada hambanya. Tukang timbul masalah hanyalah MANUSIA biasa (cisgender) yang taksub pada pegangan mereka dan mahu menjadi TUHAN atau paling tidak sebagai pembantu Nabi sewaktu menjalani kehidupan mereka.

Harus ingat, TUHAN tidak pernah meminta bantuan dari manusia demi kehidupan hamba hambanya yang sah sah bervariasi. Tuhan tidak seMISKIN itu untuk menidakkan kamu sebagai hambanya.

NOTA: Pernahkah kamu melihat transwoman yang rebel? marah pada agama, marah pada pemerintah, marah pada sistem negara. Rebel bagaimana? Seperti orang mental mula mengatakan dia adalah athies, dia tukar agama, dia tidak percaya lagi pada Islam atau Kristian kerana ianya menyusahkan. Fikir... atas desakan apakah itu, kalau bukan kamu jatuh dalam kelompok sakit apa orang kata....

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now