JENIS JENIS LELAKI YANG HADIR DALAM HIDUP MAKNYAH

735 6 2
                                    



TYPES OF MAN IN TS LIFE

Manusia mana yang tidak mendambakan cinta? Dari secantik cantik hinggalah ke seburuk buruk manusia, cinta dan perkongsian hidup itu adalah hal yang sangat manusiawi. Ramai yang tertanya tanya dengan siapa Maknyah bercinta? Apa betul ada lelaki yang mahukan mereka? Atau kaum Maknyah bercinta sesama mereka?

Cisgender yang dangkal akan tertawa berdekah dekah kerana bagi mereka hubungan cinta antara Maknyah dengan lelaki adalah satu hal yang lucu dan automatik boleh dipersendakan. Secara tradisi watak Maknyah dalam media penyiaran diujudkan untuk menjadi badut. Maknyah dan lelaki bercinta itu sememangnya tidak masuk akal bagi mereka.

Dalam kajian sosiologi oleh Martin S. Weinberg and Colin J. Williams 26 lelaki telah diwawancara tentang ketertarikan mereka terhadap trans M to F. 13 mengindeitifikasi diri sebagai Lelaki Hetero dan 13 lagi mengatakan mereka adalah bi-seksual atau mungkin bi-seksual. Pengkaji beropini bahawa label tersebut (bi-seks) hanyalah senjenis kepalsuan/penafian akibat takut pada stigma identiti diri. Sebagai contoh: Mereka para lelaki yang mengaku bi-seks berbanding gay kerana dia katanya mampu berfikir bahawa transnita adalah wanita.

Lelaki bagaimana menjalinkan hubungan dengan maknyah?

Terdapat pelbagai andaian yang subjektif dalam hal ini. Selalunya bermula dengan niat lelaki ingin mencuba atau menerokai kemahuan nafsu dan seksualiti mereka. Jangan lupa lelaki selalunya akan membandingkan hubungan mereka tidak kira dengan cisgender atau Maknyah.

Sukar untuk mendapatkan objek lelaki yang mahu berterus terang tentang hubungan secara emosi dengan Maknyah. Sifat Asia yang perahsia masih tebal, walaupun ada dua tiga objek yang sangat terbuka sifatnya, mereka jarang mahu berkisah secara panjang lebar kenapa mereka menjalinkan hubungan cinta dengan Maknyah.

Artikel ini TIDAK merujuk pada pekerja seks Maknyah dengan pelanggan mereka. Ini adalah hubungan cinta (lelaki dan maknyah) tidak kira bagaimana bentuk cinta tersebut. Maknyah dalam konteks ini pula tanpa mengira samada mereka Post atau Pre opt.

1. Lelaki tersebut mungkin Pan Seksual. Pan Seksual merujuk pada tarikan yang tanpa mengira jantina manusia. Ada tarikan lain seperti fizikal, budi, penampilan yang membuatkan lelaki tersebut boleh bercinta dengan Maknyah.

2. Lelaki tersebut mungkin Skolio Seksual yang tidak peduli pada aturan jantina binari tradisi (lelaki + wanita) non binary indetified sex. Dia lebih tertarik pada manusia yang indentiti jantina berlawanan dengan genetalia sewaktu dilahrikan. Maknyah pula dianggap bukan lelaki dan juga bukan perempuan.

3. Nafsu yang agak fetish. (perilaku seks aneh yang tidak mampu dilakukan oleh cisgender perempuan). Komponen komponen fetish ada menyumbang dalam hubungan cinta ini.

4. Lelaki yang jatuh hati pada sifat ULTRA FEMININE yang sudah digambarkan sejak mereka meningkat dewasa. Apa itu ultra feminin? Jarang wanita cisgender mampu menjadi ultra feminine dalam jangka waktu yang panjang..jadi....Antara sebab termasuklah citarasa pada wanita ultrafeminine. Berdandan rapi, kasut tumit tinggi, pinggang kerengga, bibir merah, dada mengkal, bercakap lembut, kuku sentiasa rapi berwarna. Lelaki lelaki ini sudah terpahat di minda mereka bahawa itu adalah wanita impian kerana membesar dikelilingi oleh imejan awal ibu, makcik, jiran, watak dalam media dan bintang bintang filem (biasa atau porno) yang ultra feminin. Kesan ini boleh menjadi kayu ukur jangka panjang mereka dalam menentukan pasangan. Pilihan mereka siapa lagi?

5. Lelaki yang gagal mendapatkan wanita cantik bergaya kerana mereka juga sederhana penampilannya. Nafsu lelaki ini hanyalah untuk wanita wanita cantik bergaya, sedangkan cisgender jelita mempunyai pilihan yang lebih luas. Jadi maknyah menjadi pilihan seterusnya.

6. Lelaki yang hidupnya terpidana, bekas banduan, penagih dadah, mereka yang dibuang oleh masyarakat setempat, lelaki yang dibimbing hidup oleh maknyah, dan sebab sebab survival lain e.g baru tiba di kota dan sesak untuk bantuan.(sudah dibincangkan dalam buku Maknyah).

7. Lelaki yang gemarkan perilaku seks yang berposisi menerima sewaktu hubungan seks (mereka bukan gay atau bi seksual)

8. Lelaki yang lebih menyukai hubungan secara anal.

9. Jatuh cinta secara semula jadi dan mula menyemai dan mempelajari bagaimana melayari hidup dengan Maknyah yang dianggap sebagai wanita.

10. Walau apapun cinta tetap cinta. Lelaki lelaki ini telah menemui bentuk wanita yang bagaimana yang mereka mahukan. Maknyah mungkin terpilih berada dalam ranking pertama di hati mereka.

Bagi Mak Nyah yang tertarik pada lelaki, hubungan dan berdating dengan lelaki secara amnya adalah satu cabaran, tidak kira samada kamu pre atau post opt. Ramai lelaki yang tidak akan sudi untuk bersama kamu disebabkan oleh pelbagai alasan. Ini bukan atas alasan yang Mak Nyah itu cantik, tidak cantik, maskulin atau feminin.

Banyak lelaki menolak hubungan dengan Maknyah atas alasan bahawa Mak Nyah bukan wanita asli. Mereka juga takut sekiranya seksualiti mereka dipersoalkan oleh masyarakat awam. Mereka takut dilabelkan sebagai PONDAN dalam konteks ini.

Mereka juga mungkin jatuh dalam kategori Transphobia, takut atau mereka masih naif tentang terjemahan hubungan badaniah antara lelaki dan Mak Nyah.

Dalam artikel ini kita tidak menyentuh hubungan secara rahsia yang dilakukan oleh ramai lelaki bersama Mak Nyah. Hubungan cinta dan kasih sayang yang sebenar dalam konteks ini adalah hubungan yang dilihat secara luaran dalam masyarakat sekeliling kita.

Ramai juga lelaki yang tidak dapat menggambarkan bagaimana hubungan dengan Maknyah? Adakah mereka akan terus digunakan sebagai bahan pelepas nafsu apabila terdesak? Hubungan cinta rahsia yang seperti pencuri malam hanya kerana ketakutan yang ujud dalam diri?

Ada juga yang menggelakkan sama sekali rasa cinta terhadap Maknyah atas desakkan masyarakat sekeliling yang menghakim kehidupan Maknyah?

Kamu sendiri pasti terfikir kenapa lelaki yang dianggap Straight bukan bi atau gay masih memilih Maknyah sebagai pasangan kekasih mereka?

Kamu juga harus tahu Maknyah tegar tidak akan meminati gay atau lelaki yang bernafsu seperti perempuan.

Para cisgender perempuan naif yang sering ketawa juga harus melihat CINTA secara universal selepas membaca artikel ini.

*HAL INI AKAN MENJADI SEOLAH OLAH SATU PERTANDINGAN. ADA PEREMPUAN CIS YANG MERASA SANGAT TERPUKUL DAN MARAH APABILA MENGETAHUI BAHAWA SUAMI, KEKASIH ATAU ANAK LELAKI MEREKA PERNAH BERHUBUNG DENGAN MAK NYAH, ia tidak dapat dielak apabila memasuki alaf yang serba terus terang ini. Mungkin ini juga mewujudkan sejenis kebencian yang berterusan apabila masuk isu Mak Nyah.


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now