DADAH DAN MAKNYAH

98 4 0
                                    


Dadah@Drugs secara literal merujuk pada ubat ubatan kimia atau tradisi. Secara semulajadi apabila disalahgunakan (abused) dan membawa mudarat timbullah kata kata nama: Penagih, Kaki, Pembekal, Penjual, Taik Dadah. Sudah tentu ianya bukan sesuatu yang elok.

Maknyah dan salah guna dadah bukanlah hal baru.

Sejak zaman berzaman bermula dari ganja, morphine, kokain sehinggalah pil khayal seperti syabu, amphetamine dan pelbagai nama dadah lain yang direka. Kesannya tetap sama, khayal atau hilang seketika dari dunia yang kacau bilau.

Kau tak sportinglah...so plain...sekali sekala kita lentoklah beb!

Hal ini secara sipi sipi sudah dibincangkan dalam Buku Maknyah terbitan Terfaktab Fine.

Keterlibatan Dadah?

1. melarikan diri dari sesak kehidupan sebagai maknyah.

2. berada di ruang lingkup yang dirasakan kondusif (jual beli, metaliti, mahu diterima)

3. tidak ada sebarang pengetahuan tentang salah guna dadah.

4. Hasutan teman lelaki

5. Hanya mahu menambah pendapatan secara business, tapi terlibat sekali.

6. Hasutan/mitos dari teman Maknyah supaya kekal langsing model

Sama seperti kesan dadah pada cisgender, tidak ada satupun hal yang baik tentang salah guna dadah dapat dilampirkan untuk para Maknyah. Malah kehidupan yang seterusnya akan menjadi lebih menyedihkan.

1. Terpinggir oleh masyarakat dan komuniti maknyah  sendiri secara senyap senyap

2. Di tuduh mahu mencari perhatian dalam media sosial

3. Mencuri secara sedar atau tidak. Kleptomania.

4. Terdedah pada sakit seks (kelamin dan hiv) kerana tidak sedar

5. Terlibat dengan pihak berkuasa secara berterusan

Maknyah yang sedar akan menjauhkan diri sama sekali dari fenomena Salah Guna Dadah sejak mereka remaja lagi. Tidak ada istilah mencuba secara suka suka atau trial and error.

Dalam bab bab awal kita sudah membicarakan hal SEJAHTERA hidup, termasuk HRT yang terkawal, tahap kesihatan dan bagaimana kita harus keluar dari KONSEP SILAP para maknyah. Secara holistik kita semua tahu asas jiwa dan peribadi yang positif itu adalah bebas dari Dadah dan Khayalan. Konsep SEJAHTERA ini tidak ada bezanya dengan para cisgender sebenarnya, hampir sama sahaja, cuma dari segi ketahanan jiwa para Maknyah harus lebih kuat dan tabah.

Ada para Maknyah yang terlibat dengan dadah hanya kerana gagal bercinta. Ini amat menyedihkan. Melihat teman Maknyah yang pernah kelihatan segar, cantik dan jelita mula terganggu saraf otak apabila mula menggunakan khidmat dadah. Ada juga yang tersangkut hanya kerana mahu bersosial, keinginan untuk diterima oleh sesetengah kelompok. Penulis sudah menyaksikan ramai pasangan maknyah dan teman mereka terlibat dalam fenomena yang berantakan ini sejak tahun 90an. Ianya sangat menyedihkan dan dasyhat. SEDIH.

Mahu kekal langsing sebagai ratu dan model? Mitos yang sangat berbahaya. Hal yang satu ini adalah berbalik pada KONSEP SILAP para maknyah. Mereka terbeli dengan paparan sedia ada tentang langsing dan jelita bila kurus. Mereka terlupa apa maksud HAGGARD, cengkung jatuh... semua itu terlihat di mata dan gerak tubuh mereka. Tertarik pada kisah kisah model pujaan yang suatu ketika mengamalkan dadah atau tertipu pada idola yang sememangnya dilahirkan kurus kering secara genetik. Sebagai maknyah mereka buat ketika ini harus realistik, selepas kurus langsung apa dia? Ada kontrak modelling atau endorsement yang nilainya beratus ratus ribu? Fikir fikirkan.

Memasuki tahun 2000 pil pil khayal pelbagai jenis berada di pasaran. Kita jadi terkejut apabila teman teman maknyah yang dahulunya tidak pernah menyentuh rokok atau minuman keras terlibat. Kes kes yang melibatkan kematian juga ada. Dadah sintetik terbaharu sebenarnya sangat menggerikan, kerana ia adalah sejenis salah guna yang sukar untuk PULIH. Pihak PEMADAM (pusat rehablitasi) juga tidak akan bertemu dengan teknik pemulihan terbaik untuk penagih dadah jenis sintetik. Mereka bekas penagih selalunya akan terlibat dalam fasa RELAPSE (kembali menagih apabila keluar).

Berbicara dengan penagih dadah sintetik ramai yang mengatakan bahawa mereka tidak boleh mengatakan TIDAK pada tawaran yang ada. Nikmatnya tidak dapt digambarkan. Jangan lupa, penagih dadah sintetik juga apabila teransang saraf mereka akan menjadi sangat LICIK bila bergerak dan berbicara. Dadah dadah yang pada awalnya dianggap sebagai pemangkin dalam bidang kerjaya dan tenaga untuk hidup itu lama lama memakan diri. Melihat depan mata sendiri fenomena ini sangatlah menggerunkan. Sekali lagi diulangi, ada yang membawa pada kematian.

Kita boleh sahaja berkempen tentang HIDUP SIHAT. Berkempen tentang hidup sihat bukanlah hal yang mudah pada para Maknyah yang tidak dapat menerima hakikat tentang hidup. Ramai yang tamak kerana merasa bosan untuk akur pada disiplin dan waktu. e.g: bersenam dan mengamalkan diet yang tepat untuk diri. (ini belum lagi kita sentuh mudarat tamak HRT - hormone replacement therapy).

Hati hati. Ramai penagih akan memberikan kata kata positif pada kamu tentang indahnya mengamalkan pil pil sintetik. Mereka bijak mempromosikan tatacara tersebut

1. ambil pil ni kena banyak minum air... barulah okay.

2. kulit akan jadi cantik tau...body nanti meletup semua lemak akan hilang

3. bila ambil pil ini, kenalah jaga dengan losyen atau pelembab. Meletop

4. apabila bersenggama dengan pasangan, kesannya wow...out of this world!

5. ambillah waktu malam...pil ni sesuai tau...

6. taklah ini bukan drugs. Ini pil ala ala anti depressant. Dia bagi jiwa tenang.

Kamu yang tidak tahu tentang hal hal Kimia apabila terdesak mungkin terfikir bahawa ini adalah solusi yang terbaik. Kamu selama ini sudah kagum pada cara hidup mereka bukan? Satu pil yang berharga 60 ringgit, konon kononnya boleh di kerat empat itu lama lama akan memohon kamu supaya berlebihan. Kenapa? kerana sudah ketagih. Ketagih pada saraf badan yang membawa ke bahagian otak untuk BERKHAYAL. Begitulah lebih kurang kesan ubat khayal, yang secara sejarahnya direka untuk mereka yang terlibat dalam kemalangan yang teruk.

Tidak ada pilihan, para Maknyah harus menjauhi segala ini. Pupuk dalam diri tentang bagaimana mahu hidup sihat.

1. melihat kelebihan dan kekurangan diri, bermula dari situ rangka hidup kamu sebaiknya

2. mencari kelompok teman teman yang bersifat positif dalam hidup. Hidup sihat

3. sering mahu bersifat realistik dalam hidup yang harus menerima HAKIKAT

4. elakkan LELAKI/TEMAN/KEKASIH yang ada keterlibatan dengan dadah (walaupun secara sipi sipi). Tidak perlulah kamu menjadi begitu miskin sekali dalam membuat pilihan teman hidup.

5. Sentiasa mahu bersoal dahulu tentang apa yang mahu kamu serapkan ke dalam badan. (ini termasuk ubatan kimia HRT)

6. katakan pada diri: Aku mahu hidup SIHAT DAN SEJAHTERA.

Secara amnya kita tahu bahawasanya SALAH GUNA DADAH itu tidak perlu berlaku dalam hidup maknyah yang sememangnya sudah sedia bermasalah. Dadah akan hanya menambah lagi sengsara emosi kamu tentunya. Ini bukan lagi zaman ganja atau morphine/heroien, ini sudah masuk zaman serangan urat saraf manusia demi mendapatkan keuntungan yang cepat. 

HIDUP INI HARUS DIMAKNAKAN DENGAN MENJADI MANUSIA YANG SIHAT FIZIKAL DAN MENTAL. Dadah tidak pernah menjanjikan semua itu!


*Di zaman internet dan media sosial, salah guna dadah juga akan memberi impak buruk pada kamu. Luahan rasa yang begitu berani, tempelan gambar gambar seksi yang begitu yakin sekali dan mungkin juga kata kata yang tidak masuk akal akan kamu paparkan. Jadi kamu seharusnya lebih HATI HATI.


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now