LAGI PESANAN MEDSOS

19 0 0
                                    


FIKIR FIKIRKAN.

Di zaman kaya teknologi komunikasi, tular pelbagai video. Para LGBTQ juga tidak mahu terlepas. Kitapun bergelak ketawa pada video video buatan sendiri itu terkehek kehek, seronok. Dipaut kongsi tanpa mengira apa lagi kesannya. Kalau ditegur tentulah marah, my wall is my right katanya.
Komentarpun masuk berjabu jabu, sehingga terlupa apa identiti gender kita para Mak Nyah seronok berkongsi video video aib orang lain. Maklumlah tularan itu bukan diri sendiri.
Kaum Mak Nyah harus tahu membezakan mana satu yang lucu, mana satu yang akan memercikkan air parit ke muka sendiri. Bukan tidak ada sense of humor, citarasa itu harus dibentuk.

Video Mak Nyah tua terkodek kodek menari, lakonan lakonan yang tidak jadi, berbicara hal hal yang salah konsep... harus kamu teliti sebelum berkongsi.

Begitu juga sifat sifat tidak peka sesetengah Mak Nyah. Bersifat sangat penting diri dan memalukan kaum. Ingat, sedang kamu bersuka ria berkongsi video video aib kaum sendiri, ada orang sedang memerhati dan menilai peribadi kamu. Para NGO yang bertungkus lumus membentuk semula shasiah Mak Nyah jadi tidak keruan.

Namun begitu adalah dipercayai bahawa mereka yang ghairah terlampau mencari publisiti murahan tersebut keliru dengan hal hal identiti gender dan bentuk ekspresi mereka. Dimudahkan kata SELFISH orangnya.

Langkah kamu para Mak Nyah sangat mudah. Pilihlah sebaik mungkin apa sahaja bentuk bahan muatnaik di dinding peribadi kamu. Fikir sebelum dipaut kongsi. Dinding medsos kamu adalah lambang siapa kamu sebenarnya. Berniagalah, berjenakalah, luahkan perasaan kamu sebaiknya.

Semoga kita mendapat sedikit pencerahan ya...dinding medsos kamu tetap jadi milik hak hakiki kamu.

dinding medsos kamu tetap jadi milik hak hakiki kamu

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.
BUKU MAKNYAHحيث تعيش القصص. اكتشف الآن