KEBENCIAN DALAM DIAM

21 0 0
                                    

KEBENCIAN DALAM DIAM (terhadap LGT)

Antara sifat bijak manusia alaf baharu yang bermain selamat. Kita juga mungkin sudah lama ikut serta tetapi tidak perasan.

-----------------

Bermain selamat bagaimana?

Kerana kita mungkin sudah membaca dan menyaksikan bagaimana progresifnya cara hidup mereka (khidmat, pekerjaan, buah fikir, ringan tangan dan kerjasama). Kita masih benci, meluat dalam hati pada cara hidup mereka sebenarnya. Cuma ada ketikanya tidak berarah, khidmat mereka diperlukan... just be nicelah.

Kenapa mereka kita benci?

Geli. Jantan dengan jantan, tak dapat dibayangkan bagaimana mereka hidup begitu. Mereka adalah pendosa, tidak sama cara hidup seperti kita. Hati semakin jadi meluat, jengkel dan melihat mereka membuatkan kita banyak fikir. Kita takut kalau kalau orang terdekat yang kita kasihi jadi begitu. Itu adalah penyakit. Pokoknya hidup mereka tidak samalah dengan kita, bukankah cara hidup kita normal dan sebaiknya? Cuba dicari agama mana yang menerima cara hidup mereka? Tidak ada satupun kan?

Tetapi kita orang beradap, rasa benci itu kita pendam sahaja. Di alaf baharu yang sensitif kita juga ada personaliti yang harus kita jaga kan?

Kenapa kita tidak maki mereka atau serang mereka secara terbuka?

Bukankah kita manusia terpelajar? Jangan main main, mereka didukung oleh ramai NGO kemanusiaan. Ada sahaja saranan tentang ilmu seksualiti, SOGIE, hak sama rata dan selain dari itu mereka kerap tampil membantu hal hal kemanusiaan yang lain. Serangan terhadap mereka jangan dibuat main, silap hari kamu akan diserang balik satu kerja pula kan? Zaman internet ini nanti tular, malu satu famili dan tanpa sebab kita akan dihencap oleh seluruh komuniti mereka yang sudah sedia terkutuk di mata Allah. Cisgender yang butapun ramai tau yang ada dibelakang mereka..

Jadi apakah pilihan kita demi menangani mereka?

Sekali lagi diulangi, kita manusia bijak.

Dalam diam kita boleh sahaja tidak sokong mereka. Kalau mereka berniaga, kita boikot dalam diam. Tak matilah kalau kita tidak menyokong pondan! Kecantikan? Siapa kata mereka sahaja yang bijak? Berlambak cisgender yang pandai tentang hal hal kecantikan. Kalau kita penulis kita boleh sahaja mencari jalan untuk memastikan masyarakat tahu bahawa kehidupan mereka itu berada di landasan tidak betul. Pokoknya jangan sokonglah... tapi janganlah diuar uarkan. Cukuplah kalau kita nampak mereka pelik, janganlah dilayan... kalau layan nanti mereka fikir kita okay dan menyokong. Berdosa tau...

Pendirian kamu yang sebenar terhadap mereka?

Manusia Trans, mereka ni sakit yang harus dirawat. Ada caranya. Bukankah banyak kisah keinsafan? Ada yang sesal tau sebab potong anu mereka... Mereka harus kembali pada Tuhan. Jantina tetap hanya ada 2 sahaja, ini semua pengaruh barat yang cuba memecah belahkan dunia. Tetapi kita tidak mahu tampil sebagai manusia Muslim yang berhati keras, tidak elok dipandang nanti... kita secara halus tidak mahu menyokong mereka..., kalau mereka merasa bagai disokong nanti mereka melampau. Sekarang tak melampaukah? Cuba tengok sekeliling kita, mereka tetap ada... dari sekodi kodi kerja biasa sampailah ke peringkat dunia politik..bahaya tu... rosak otak semua ni... lagi bahaya di zaman ini, tak tengok video jantan dengan jantan tu? Pengasas kecantikan yang dipuja puja, kejap kejap cerita dorang... aduhai, ini semua nak kena sokongkah?

Alah... sesekali kita pakailah lingo mereka demi memudahkan suasana. Anggaplah mereka badut penghibur. Kita gaduh gaduh taknak, nanti nampak bodoh. Kita boikotlah dalam diam... Berdosa mendukung pada hal yang mungkar.

Bagaimana kalau salah seorang ahli keluarga kamu Transgender?

Soalan merepek... mana mungkin? Jantan buat cara jantan. Pokoknya saya tak boleh terimalah semua ini, hidup merapu! Sebab tu saya kata dalam hidupnya kita berpada pada sahaja...kembali pada agama.

NOTA: Cisgender yang penuh pemahaman dan toleransi memang ada, ramai sebenarnya. Namun, hati hati dengan mereka yang rapat dengan kamu tetapi masih ragu dan bersoal penuh harapan.

Sesekali di ruang maya akan muncul perkongsian yang menggambarkan keresahan mereka yang secara palsu mengaku sporting dan tidak kisah pada cara hidup/pilihan orang lain. Perkongsian lucu jenaka tentang kehidupan LGT – apa sahaja kisah aib memalukan. Kisah tentang suami yang silap terbeli baju berbendera warna perjuangan LGBT dari luar negeri. Video lucu pondan tua siam. Pondan cucuk muka kelihatan seperti biawak. Lawak lawak tidak lucu tentang masalah sosial melibatkan manusia transgender. Kita para transgender pula dengan segala kebodohan merasakan bahawa video tentang lelaki yang rakus pada wanita cantik yang tiba tiba berkonek itu lucu... video dihasilkan dengan baik sekali, skenario tersebut lengkap dengan gambar di sebelah katil, gambar budak lelaki pakai baju sekolah.

Transgender lebih tahu akan laluan mereka. Atas dasar itu sebarang kenyataan dari mulut para trans itu harus difikirkan berkali kali sebelum disalah ertikan oleh mereka para cisgender. Jangan silap, ada yang secara rela menjadi ally (sekutu) demi untuk tahu apa sebenarnya kehidupan kamu. Mereka teruja... bukankah sudah kamu baca artikel artikel tentang trans dari mereka? Ia berbunyi sangat molek dan mulus mahu membantu dan diakhirnya terpampang jelas bahawa mereka mahu membantu kamu kembali pada FITRAH. (cuba kamu semak kenalan cisgender kamu bila mereka berkomentar di dinding orang lain – tidak mustahil kamu mampu melihat pendirian mereka di situ).

Atas dasar itu penulis sangat berhati hati bila berhubung dan berkomunikasi dengan para cisgender. Di mata mereka (bukan semua) dan kata kata mereka ada gambaran tidak senang dengan kehadiran kamu sebagai Mak Nyah dan ramai yang pura pura sporting!

Sekarang kamu tepuk dada silikon dan tanya selera kamu!

Sekarang kamu tepuk dada silikon dan tanya selera kamu!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now