YA..SAYA PONDAN, ENCIK NAK TANYA APA APA?

198 1 0
                                    


PONDAN adalah istilah yang diguna pakai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia untuk menggambarkan situasi di mana susuk tubuh lelaki yang menggenakan busana wanita. Mereka juga tidak ada waktu mahu membuat pembahagian istilah atau terma terma yang sudah diiktiraf secara global. Trans Women? Apa? Mereka semua itu hanyalah badut dan masuk nerakalah jawabnya.

Bagi memudahkan suasana, kita secara umum akan jadi mangli pada istilah PONDAN.

Sebelum kita mahu tersenyum damai menjawab semua persoalan mereka para Trans Woman atau Maknyah tegar haruslah mempunyai ilmu. Tanpa ilmu, kita akan berterusan dibadut badutkan oleh orangramai yang nakal, kurang ajar, alim terlalu dan menidakkan kehadiran kamu sebagai manusia yang tidak skema dalam masyarakat.

ILMU APA KALAU SETAKAT MENJADI PONDAN?

1. penerangan tentang Mukhannas dan Mukhanatun (bagi yang beragama Muslim)

2. hal hal yang melibatkan Gender Diaspora manusia

3. Pembentukan Sosial (social construct manusia) dan pentingnya deconstructing otak lama.

4. Penerangan tentang SOGIE (SEXUAL ORIENTATION GENDER IDENTITI DAN EXPRESSION) - hal ini merangkumi banyak hal hal manusia. Ia dianggap paksi asas dalam menentukan perjalanan hidup manusia demi kebahagian sejagat.

5. HRT  - hormone replacement therapy. Termasuk kadar hormon dalam badan yang menentukan fizikal dan pemikiran mansia. ada transwoman HRT/terapi gantian hormon pun dia akan terkedu tidak tahu.

6. Pencapaian akademik (yang akan mendiamkan mereka dari berkurang ajar). Paling tidak mereka akan malu alah pada pencapaian hidup kamu.

7. Menyanggah tanggapan mereka yang silap tentang keujudan Trans Woman yang sering dituduh sebagai penjana maksiat, perosak rumahtangga orang dan mengamalkan seks aneh.

8. Berbicara tentang HAK HAK KEMANUSIAAN yang termaktub dalam perlembagaan negara dengan jelas supaya diri tidak dikotak katikkan oleh mereka.

9. Ilmu yang diperlukan untuk menghadapi keluarga dan tidak jatuh dalam kategori Self Pity dan Bermain Mangsa seumur hidup.

10. Ilmu apa apa sekali pun yang mengukuhkan kekuda diri kamu sebagai manusia.

Bersandarkan pada 10 hal di atas barulah kita boleh berbicara dengan tenang, jelas dan tepat dengan manusia yang juga waras berperasaan.

Masyarakat cisgender seperti manusia lain, tertakluk pada sifat CURIOUSITY. Bukan semua mereka itu bijak pandai dan berfikiran waras. Harus ingat ada ramai orang orang  yang kononnya sempurna mempunyai kelemahan masing masing. Mengacuankan kehidupan selaras dengan kemahuan binari.

Ada juga yang cuba memahami fenomena transgenderism.

Ramai juga yang menggunakan agama sebagai senjata halal haram sebagai jalan pintas bagi memudahkan hidup dan perdebatan hidup mereka seharian. Hidup sebagai Transwoman dianggap berdosa, meyalahi syarak dan penuh kegiatan MAKSIAT. (tidak lama lagi kamu akan dituduh sebagai tukang buang anak di perdu pisang)

Trans Woman yang bijak, pintar dan waras akan mudah menggenali suasana ini. Kita tidak meminta kamu untuk menyanggah secara kurang ajar dan memalukan pihat cisgender, tetapi boleh memberi penerangan secara waras bagi mempertahankan diri sebagai manusia.

Cisgender mempunyai banyak waktu dalam hidup mereka. Ada kalangan yang cuba untuk mereka bentuk suasana sebagai penyelamat (selalunya NGO yang bergerak sebagai pejuang AGAMA). memasuki alaf baru banyak pihak pihak Agama yang akan cuba merawat seksualiti kamu, ada yang menggambil kesempatan untuk mengguruskan bantuan rohani pada kamu. Ada yang mahu naik pangkat, ada yang mahu menjadikan kamu sebagai alat uji seksualiti.

Ramai Cisgender mengambil jalan pintas, menghakimi kehidupan kamu (mereka banyak waktu) dan alasan masing masing.

Dalam soal ini para Trans Woman harus berhati hati, mereka yang lemah akan menjadi lebih keliru, keliru yang melibatkan MENTAL dan EMOSI. Ini keadaan yang sangat berbahaya. Kita akui ramai para Trans Woman dihujung cerita akan menyalahkan diri, merasa berdosa dan cuba untuk insaf akibat diacuankan oleh kriteria manusia manusia cisgender.

Ada yang insof akibat usia tua, sakit, menerima zakat, gagal dalam teraju hidup.

Tanpa mengira jantina dan bentuk seksualiti, manusia sememangnya akan jadi lemah semangat, ketika inilah pihak pihak tertentu akan menjalankan jarum mereka.

Ya, saya pondan, encik ada apa apa mahu tanya? Bukanlah ungkapan sombong yang disarankan oleh penulis. Ianya boleh dilakukan sekiranya kamu berterusan dihentam, diganggu gugat hidup, dipersoalkan kenapa mengapa. Penarangan tentang diri itu sebenarnya bukanlah tugas kita tidak semena mena, ianya harus dilakukan kalau perlu dengan penuh sopan dan terang jelas.

Selain dari ilmu ilmu seksualiti, kamu juga harus mempunyai ilmu ilmu lain supaya tidak dipandang lekeh oleh sesiapa sahaja termasuk komuniti sendiri.

Terlalu ramai Trans Woman, tidak memberi tumpuan pada hal hal Transgenderism. Mereka leka menikmati hidup dan cepat marah marah pada kutukan sedia ada. Sama seperti segmen segmen lain dalam hidup, hal seksualiti itu harus lebih kamu kenali jelas, supaya mudah untuk kamu memberi penerangan pada yang bertanya.

Tidak dapat dielak, sifat mahu bekerjasama dengan manusia disekeliling harus ada demi mengujudkan suasana yang harmoni. Tetapi sekiranya terlalu menekan hidup, baik kita lupakan sahaja.

Buat masakini terdapat ramai yang memahami, itu sudah cukup selagi mereka menghormati kita sebagai manusia. Penerimaan adalah kata yang BESAR. Toleransi itu sebenarnya sudah cukup. Apa apa sahaja selagi tidak ada percubaan mengguris hati kita sebagai Transwoman. Alhamdulillah.

INGAT: ada dua bentuk NIAT soalan dari para cisgender

1. mereka benar benar ingin tahu tentang diri kamu sebagai transwoman, selalunya mereka yang sebegini hanya ingin tahu, supaya mereka boleh bekerjasama dengan kamu dalam hidup.

2. mereka mahu mencari kesempatan supaya kamu merasa bersalah dalam hidup. Menang debat diri mereka akan merasa GAH. Sedangkan masa depan mereka dan syurga neraka mereka masih dalam situasi Wallahualam.

Difikirkan kembali, manusia akan menekan sesiapa sahaja yang lemah. Sifat sifat binatang ini tidak akan lari dari hidup mansuia. 

Jadi sebagai Transwoman, kamu harus punya ruang untuk terus mencari ilmu tentang Transgenderism supaya hujah kamu lebih bernas dan berbunyi tidak bodoh menurut NAFSU. Sekiranya ragu ragu tidak pasti baik DIAM sahaja.

*JADI PONDAN? MEMILIH UNTUK HIDUP SEBAGAI PONDAN? dua ayat jadi/pilih itu sendiri sudah terpesong jauh!!!!



BUKU MAKNYAHDonde viven las historias. Descúbrelo ahora