1

47.7K 837 16
                                    


"Alright boss!" Aku dengan bangganya angkat tabik kat boss. Boss senyum. Seperti biasa, asal tengok dia senyum sambil pandang kat pintu maknanya dia nak pergi tengok site lah tu. Aku cepat-cepat buka pintu mendahului boss.
"Fif, jangan lupa bawa fail hijau yang Mr. Haizrill beri tadi." Aku angguk lagi . Hah, dah selamat dah kat tangan aku. Mr Haizrill tu orang yang aku suka. He he he. Taste aku ni memang classlah. He he he. Sebenarnya, Mr Haizrill tu anak boss, tapi kalau kat pejabat biasanya boss akan tambah mr atau miss kat hadapan nama klien atau staf penting kat company ni. Walaupun orang yang bekerja kat pejabat ni anak dia, dia tetap akan tekankan perkataan Mr di awal nama. Kecuali kalau dia bercakap sendiri dengan orang tu. Contohnya macam aku, bila dengan staf lain dia akan panggil aku dengan panggilan miss kat depan nama aku. Tapi bila dengan aku sesuka pancreas dia je tukar nama aku jadi Fif.

Nama aku sedap-sedap mak aku beri. Ehem, ehem, perkenalkan diriku sendiri, nama aku Nurafifah Alia Aqilla. Hah! Panjangkan? Kan? Kan? Nama singkatan yang boss beri kat aku selama setahun kerja kat sini ialah Fif. Macam bunyi wisel pun ada. Sedih tak sedih? Hu hu hu . Cerita pasal Mr Haizrill, aku pernah terlihat dia sekali je. Dan sekali tulah aku terus jatuh cee..ciinn..ta. Tapi aku pun tak pastilah, mungkin aku suka dia sebab dia nampak macam baik dan kacak tahap gaban. Hu hu hu.

Aku dengar cerita, dia kena uruskan satu syarikat bapa dia kat Selayang dan jauh gila nak mati dari pajabat aku ni yang terletak kat Petaling Jaya. Kalau dia datang pun setakat tinjau-tinjau perkembangan syarikat. Dan tiap-tiap kali dia datang, aku mesti tak ada! Tekanan aku. Boss kata dia cuma sleeping partner je kat sini. Tu sebab penglibatan dia kat syarikat ni kurang. Tapi, Mr Haizrill ni ada berapa ayah? Kat sana syarikat bapa dia, kalau nak kata, syarikat tu under syarikat boss, nama tak sama. Jauh berbeza. Hish! Aku pening. Tunggulah aku tak sibuk baru aku menyiasat.
"Hah, lupa nak cakap, hari ni awak ikut saya ke site. Maklumlah awakkan setiausaha dan bodyguard saya, so takkan asyik nak tinggal kat pejabat je kan? Jom. Jom." Aku terpinga-pinga. Selepas 30 saat meloading , barulah otak aku dapat mengakses apa yang boss cakap tadi. Setelah proses semua butir-butir bicara boss tadi baru lah aku faham apa yang boss cuba sampaikan. Oh, dia nak aku ikut kan? Apalah keloading sangat aku ni?!

"Oh, okey." Cerita pasal macam mana aku boleh pulun dua-dua jawatan ni memang menarik. Terima kasih beribu-ribu juta rupiah kat pakcik pencuri yang dah berbahagia bersama sel-sel penjara sekarang ni. Boleh jadi dia culik boss depan mata aku? Nasib baik aku ada tali pinggang hitam , terus aku rembat lelaki tu. Masa tu boss dah pengsan. Aku bawa boss pergi hospital. Entah macam mana, aku ingat semuanya dah berakhir masa aku hantar boss kat hospital. Aku jalani hidup aku yang susah ni macam biasa.

Tiba-tiba satu hari, rumah teres aku yang dah uzur tu didatangi oleh tiga orang pemuda pakai baju hitam. Aku ingatkan tu lintah darat. Jadi dia orang panggil aku keluar, aku tak keluar pun. Takut! Lepas dia orang balik, aku terus keluar. Aku tengok mereka tinggalkan kad boss kat peti surat aku. Ada pesanan tawaran kerja untuk aku kat situ.

Pada mulanya aku tak naklah percaya, mana tahu semua tu hanya perangkap ke? Tapi disebabkan aku dah tak tahan rumah aku asyik kena ketuk dengan lintah darat je, aku terus beranikan diri telefon nombor tu.
Tak sampai beberapa minit aku temuduga, aku dah secara rasminya bergelar setiausaha dan bodyguard boss. Aku terkejut juga. Aku ingat lagi masa aku temu duga tu, boss asyik terpanggil aku Alia je. Aku pun tak tahu kenapa. Nak kata dia tahu nama penuh aku , dia tahu nama aku Aqilla je. Okey , okey lupakan perkara yang lepas. Nak tahu kenapa aku boleh berhutang dengan lintah darat,nantilah aku terangkan perkara yang sebenar-sebenarnya kat semua ya?

Tiba-tiba aku rasa jalan aku kena block. Aku mengeluh. Aku pandang atas. Orang yang langgar aku tu tinggi sangat. Tiba-tiba aku rasa kerdil pula. Tapi its okay bak kata orang kecil-kecil cili padi. He he he.

"Tak tahu pandang depan ke? Ke mata kat belakang kepala?" Dia sound aku. Eihh mamat ni, aku lipat kang. Aku pandang je muka dia. Kenapa macam familiar je ek? Err, entah.
"Kau yang tak pandang depan nak marah orang pula." Aku buat muka bodoh depan dia. Dia pandang kat aku. Err, aku rasa dia pandang kat aku kut sebab dia pakai sunglass . Gaya macam orang kaya. Tiba-tiba aku tengok boss datang ke arah aku. Dan yang paling mengejutkan aku, boss duduk tak duduk pergi tepuk belakang badan laki yang tak tahu adab sebagai manusia ni.

"Hafiz. Buat apa kat sini?" Boss tanya dia. Tapi dia langsung tak pandang muka boss. Dia buka cermin mata dia dan pandang tepat kearah muka aku. Apa kes ni? Buat seketika aku dapat lihat muka dia yang macam nak makan orang tadi berubah jadi muka sedih. Hishh! Kenapa? Muka aku ada macam orang Somalia apa? Aku jeling 360 darjah kat dia. Bukan nak minta maaf, jerkah-jerkah orang lagi ada.

"Tak ada apa-apa pa. Mel kata nak jumpa sekejap , tu yang datang ni. Siapa perempuan kolot ni pa?" Barulah dia pandang boss sambil panggil aku perempuan kolot. Nanti? Perempuan kolot? Ini sudah mencabar kewibawaaan aku ni. Aku rasa ada lagi perkataan yang boleh mengecutkan gall bladder aku. Biar aku ingatkan semula. Pa? Papa? Anak boss ke!? Hancur harapan aku nak lipat-lipat dia. Hu hu hu .

"Oh, dia setiausaha papa. Hafiz, jangan rendahkan martabat orang sesuka hati lain kali.Mel ada kat back room pergilah jumpa tunang kamu tu. " Boss tegur dia cara baik. Aku angguk-angguk tanda setuju. Dia gigit bibir. Haii abang? Terancam nampak?

"Fif, saya lupa nak bawa briefcase saya lah. Tolong ambil kat atas meja saya ya?" Boss arah aku. Aku tahu, ni mesti dia tak nak panjangkan cerita. Aku angguk je , aku terus blah sambil jeling itu mamat.
"Fiz, control diri kamu. Papa tahu. Lets keep our mouth shut." Apalah yang anak beranak ni bincangkan. Aku pun pening. Aku terus jalan ke arah lif.
Mana pula beg bimbit boss ni. Cari punya cari baru jumpa. Rupa-rupanya boss letak kat dalam almari besar tahap cipan dia. Haih boss ni, tahulah dia tu perfectionist , takkan sampai nak nampakkan bilik kemas kena simpan beg bimbit dalam almari.

Lepas keluarkan beg bimbit boss, aku terus keluar dari bilik boss seraya bergegas ke bawah semula. Macam ni lah hidup makan gaji. Penat dan hari-hari aktiviti utama adalah membusukkan tapak kaki. Hu hu hu.

Baru saja aku nak masuk ke lif, aku tengok Hafiz dah tercongok kat dalam lif. Tiba-tiba rasa panas pula bila dia tekan butang nak tutup pintu lif. Aku cepat-cepat tahan pintu lift tu dari tertutup. Fuhh, nasib baik sempat. Aku masih boleh sabar lagi bila dia pandang aku dengan pandangan sinis. Tapi aku paling tak boleh sabar bila dia pegang tengkuk aku. Hish! Naik bulu roma akulah!

Aku pun tunjukkanlah kebolehan aku dalam tae kwan do.

'Bum!' Aku tepuk-tepuk tangan aku sambil betulkan balik rambut yang dah macam siamang. Mamat tu dah tergolek kat lantai lif. Padan muka! Aku tengok dia mengerang tanpa ada sebarang perasaan simpati. He he he. Tu lah , siapa suruh sentuh lagi?

'Ting Tong!' Bunyi tu cukup buat aku lega. Aku cepat-cepat keluar tinggalkan dia yang sedang terbaring sambil pegang pinggang. Belum sampai beberapa langkah aku berjalan keluar, aku terdengar seorang perempuan menjerit.

"OMG sayang! Apa dah jadi? Siapa buat ni kat you?!" Suara nyaring perempuan tadi buat telinga aku bingit. Hish! Aku senyum je, aku yang buat! Kenapa? Nak join?

"Hey perempuan! You will pay for this." Aku berhenti sekejap. Aku pandang belakang.

"So what?" Aku dengan bangganya mengatakan aku bangga dengan diri aku sekarang ni. He he he. Buat pertama kalinya aku bercakap dalam bahasa inggeris penuh dengan style . Hu hu hu. Aku dengar suara dia tersekat-sekat. Hai abang? Sakit sangat ke? Senaklah tu. Terkekeh aku ketawa.

Sampai je kat luar banggunan pejabat aku, aku tengok ada sebuah Lamborghini tersadai di sebelah kereta mewah Pagani Zonda . Boss buka tingkap sedikit. Dia lambai-lambai kat aku. Aku angguk dan terus jalan kat kereta Lamborghini tu. Ni namanya kereta orang kaya-kaya. Dapat naik pun dah kira bangga. Hu hu hu.

×××××××××××××××××××××××××
Lets promote 🌸

tajuk ; Adra Medina
by ; nrixxh

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now