7

15.5K 511 16
                                    

"Hoii!" Jerit seseorang. Aku terkejut yang teramat seraya buka langkah dan tarik dia masuk kat dalam kolam renang kat sebelah kolam ikan kap. Aku tak perasan dia tarik rambut aku sekali!
'Gedebush!' Dua -dua basah. Hah! Padan muka dia dan aku. Hu hu hu.

"Apa ni?!!" Jeritku apabila dia pegang pinggang aku. Aku dah lah tak pandai berenang!! Lemas jugak aku ni karang. Aku terpaksa melompat untuk dapatkan bekalan oksigen.

"Apa? Kau tak pandai berenang? Ha ha ha! Padan muka. Padan muka. Padan muka!" Dia ejek aku. Ohh, ejek aku ya? Meh sini!
Aku paut bahu dia dan terus melonjakkan badan aku keatas seraya me'landing'kan kaki aku kat atas bahu dia. Padan muka menggelupur hang kat dalam tu aku kerjakan! He he he. Terus aku melompat dan memaut palang besi kat gigi kolam. Fuh, aku selamat.
Aku tengok dia batuk-batuk. Ha ha ha. Sejuk ya?

"Padan muka. Padan muka. Padan muka!" Aku ejek dia balik.

"Senyaplah!" Aku ketawa je tengok dia. Terketap-ketap gigi kita orang menahan sejuk.Embun dah turun dah pun.
Aku tinggalkan dia yang sedang merangkak nak panjat palang besi tu. Sebaik sahaja aku buka pintu , Si Hafiz dan tolak aku sampai aku terjelepuk. Dia ni kan!!! Grrr... Aku benci betullah!!

"Hafiz!!!" Aku jerit lagi bila aku tengok barang aku dah pun bersepah kat lantai.Siap kau.

"Padan muka kau gemok!" Dia jerit dari atas tangga. Apa? Gemuk? Ini sudah melampau! Aku kejar dia sampai atas dan terus capai tangan dia dan back flip kan badan dia. Hah! Padan muka! Dia mengerang sambil pegang bahu dia. He he he.

Aku turun bawah balik nak kemas baju aku yang dah bersepah. Depan pintu pulak tu. Aku tengok jam tangan aku dah pecah dah. Lepas satu , satu. Macam jatuh ditimpa gajah nasib aku ni. Hu hu hu.

"Nampak? Kan abang dah cakap?" Aku terdengar seseorang bercakap ketika ingin keluar dari tandas di dapur. Aku mematikan niatku untuk membuka pintu.

"Tapi bang , Sarah masih tak dapat terima budak tu lah abang. Yang Sarah pelik tu , Haizrill pun boleh terpikat dengan dia." Aku terkejut sedikit. Kenapa pulaklah nama aku disebut kat sini.

"Mereka terperangkap. Bukan salah siapa-siapa. Tu anak awak yang salah. Entah bila dia nak ubah perangai dia. Bawa balik perempuan. Kalau saya ada barulah dia nak tunjuk baik sikit." Papa merungut tentang Hafiz. Aku angguk je tanda setuju.

"Saya pula? Awaklah yang tegur dia. Dia anak awak. Awak bapak dia"

"Tengok tu. Patutlah Hafiz tak takut dengan awak. Dahl ah, daripada kita berbalah macam ni , baik awak buatkan saya Nescafe , susah betul saya nak rasa awak punya air tangan kebelakangan ni. Awak tak habis-habis dengan aktiviti awak . Persatuan sana , persatuan sini." Papa ni memang kuat membebel. Desis hatiku. Perlahan-lahan aku menolak daun pintu dan terus menyusup keluar dari dapur.

Sebelum masuk ke dalam bilik aku sempat tengok bilik Fif dan Hafiz.Jauh di sudut hatiku , aku berdoa agar mereka tidak bersama. Aku akan minta Hafiz lepaskan Fif. Aku masih tak tahu adakah aku mencintai Fif ataupun Alia. Yang pasti , hatiku terlalu ingin memiliki Fif. Aku akan merebut dia dari Hafiz, abang aku sendiri.

"Hacchoo!" Aku dan Hafiz bersambut-sambut bersin. Macam pertandingan pula. Hu hu hu. Hari ahad memang membosankan. Dia pula boleh jadi menyibuk kat depan televisyen . Aku yang dapat dululah televisyen ni! Aku ambil alat kawalan jauh dan menukar siaran HBO ke KBS World . Biasa petang-petang macam ni ada cerita The Princess Man. Cerita korea yang memang sedih sampai boleh buat air hidung aku mengalir. Hu hu hu.

Tapi sekarang yang membuat air hidung aku terbantut untuk mengalir adalah Hafiz yang asyik tukar ke siaran HBO! Hish! Bila kau kan ada televisyen yang lekat kat dinding tu? Pergilah tengok televisyen kau yang super canggih tu!! Jerit hatiku memberontak.

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now