18

11K 406 2
                                    


Sekali lagi kejadian menggeletar di luar kawasan sejuk berlaku. Aku dan Hafiz terketar-ketar memeluk tubuh. Hafiz ni cukup suka buat masalah! Tangan dia memang tak ada tuah. Kerana dia , kami dah terkunci kat luar macam ni.

"A.. aku. Perlu berkongsi haba." Aku 'terkezut' . Apa hal dengan mamat ni? Otak aku dah fikir benda lain.

"Apa kau cakap ni?"

"Aku rasa kita perlu berkongsi haba. Alaa , tak apa . Dah halal dah.."

"Tengkorak kau! Jangan dekat dengan aku , aku terajang kau."

"Alaa , janganlah macam ni . Kita perlu berkongsi haba demi masa depan yang lebih cerah!" Apa yang dia melalut ni? Masa depan? Tak hingin aku nak ada anak dengan kau. Ha ha ha!

"Kau okey ke tak ni Hafiz?"

"Mestilah aku okey. Aku gagah lagi ni. Alaa , lagipun tembok balkonikan tinggi. Tak ada sesiapa akan nampaklah , jangan risau.."

Hafiz ketawa nakal. Meremang bulu roma aku. Dia ni sakit jiwa ke? Ya Allah! Laki aku sakit jiwa! Hu hu hu.

Tiba-tiba aje Hafiz bangun menghampiri aku. Aku dah bersedia nak buat serangan balas kalau dia buat benda yang bukan-bukan. Aku pantas mengundur ke sudut balkoni.

Serentak aku sudah berada dalam pelukan dia. Aku rasa aku perlu buat serangan balas sekarang...

"Kau ni , takkan kau nak mati kesejukkan! Aku ni dah lah gentlemen , tak larat aku nak tengok seorang gadis yang lagi lemah kesejukkan macam ni.. Waah! Sekali lagi aku perlu jadi watak utama dalam kartun Ouran Highschool. Wohohoho!" Apa ke-sengal sangat laki aku ni? Aduh duh duh! Betul berotak kanak-kanak. Siapa tak kenal watak Suoh Tamaki dalam Anime Ouran Highschool Host Club? Watak yang paling sengal. Ha ha ha!

" Gentlemen ke 'gentel'men?"

"Ohoo! Ini satu sikap yang tidak sopan terhadap tuan muda Hafiz!" Aku rasa nak muntah dengar. Kalau sesiapa kat tempat aku pasti akan menganggap Hafiz ni seorang yang gedik dan gatal. Double G ! . Ha ha ha!

"Tapi , kau tak rasa ke sekarang ni adalah masa yang amat sesuai untuk berkongsi haba?" Aku terus siku perut Hafiz yang dah jadi kerusi aku. Waah , selesa betullah duduk kat atas pangku dia yang tak ada isi ni. Ha ha ha! Tulang je lebih.

"Cubalah kalau berani." Aku mencabar dia. Dia ketawa.

"Okey." Berderau darah bila dia beri persetujuan. Aku baru nak memprotes kepala dia dah ada kat bahu aku. Daripada rasa nak bunuh orang tadi , terus rasa nak tengok muka si Hafiz ni lama-lama. Ha ha ha! Angin gatal lagi.

"Aku mengantuk. Tidurlah , esok mesti papa dapat jumpa kita punya okey?" Aku terbisu tiba-tiba. Sah! Laki aku memang ada penyakit spilt personality. Kadang-kadang jadi baik , kadang-kadang jadi jahat. Mana satu sebenarnya diri dia yang sebenarnya? Aku menyandar di dada Hafiz dan terus memejamkan mata. Hafiz menumpang bahu aku untuk meletakkan kepalanya.

*******

'Tuk , tuk , tuk.' Aku terdengar pintu diketuk. Perlahan-lahan aku membuka mata yang kelat.

"Papa.. Thank goodness !" Aku tersenyum tengok papa yang tengah buka pintu untuk kami. Aku baru aje nak bangun , tapi si gemuk ni belum bangun tidur pula. Penat sangatlah kot. Maklumlah , semalam suara dia aje yang nak conquer telinga aku ni. Ni mesti penat jalan campur penat jerit campur penat risau. Ha ha ha! Seronok betul kenakan dia semalam.

"Apa yang kamu buat kat luar berdua-duaan macam ni? Papa rasa kamu masih lagi bergaduh.. Tapi semalam.. ada jadi apa-apa ke..? Hafiz , you better tell me the truth . Siap duduk berpangku-pangku macam ni.. Wahh.. So sweet."Aku rasa nada suara papa lebih kepada menyindir. Ha ha ha!

"Papa , janganlah fikir yang bukan-bukan di pagi yang hening lagi indah campur kesejukkan yang penuh lemak berkrim ni. Kita orang terperangkaplah kat luar ni. Jadi kita orang terpaksalah berkongsi haba macam ni. Kalau tak , memang dah.. ' arwah banyak berjasa' dah kami ni." Papa ketawa perlahan. Tak nak kejutkan Fif. Aku menggeleng-geleng.

" Waktu breakfast dah lepas , jadi kalau kau orang lapar , tu hah , mama kamu dah letak dapur mini dengan maggi depan pintu kamu tu hah. Periuk dengan sudu dua batang aje ade. Pandai-pandailah kamu nak hidup. Papa ingat , papa nak ajak kamu tinjau-tinjau syarikat. Tiba-tiba tengok kamu berdua tengah berasmaradana kat sini. Tak nak kacau line. He he he. Ingat.. perjanjian kita... Zuriat.. Muahaha!" Papa sudah buat muka James Bond dia sambil gelak jahat. Ha ha ha! Aku daripada nak mengeluh jadi nak ketawa tiba-tiba.

" Ye la. Ye la. Baik papa pergi cepat. Nanti , nanti mama macam mana? Kata tak sihat semalam?" Aku terus membayangkan wajah mama yang pucat semalam. Dalam sakit boleh lagi dia join Fif membeli-belah sesuka hati.

"Mama kamu dah okey dah , dia tengah mekap , papa ajak dia tinjau-tinjau syarikat." Papa ni asalkan boleh aje. Ha ha ha!

" Ye la."

"Dahlah , papa gerak dulu. Jangan lupa sarapan dulu kalau nak keluar. Kat sini bukan senang nak cari makanan halal. Kedai nasi beryani tu je lah satu .Yang kat jalan Itaewon tu." Aku angguk-angguk tanda setuju. Papa terus keluar dari bilik. Aku rasa kaki aku dah kebas dah ni. Yang si Fif ni , tak sedar-sedar ke dah pagi?

"Fif , Fif , bangun. Dah pagi.." Cubaan pertama , tiada reaksi. Aku cuba sekali lagi.

"Fif , oh Fif , bangun weh. Dah pagilah derr.." Tak berjaya juga.

"Fif! Bangun ! Dah pagi weh! Subuh dah terlepas dah." Aku rasa lepas dia terdengar subuh terlepas , terus tegak kepala dia. Hah. Bangun pun.Alhamdulillah , masih bernyawa. Muahaha!

" Apa? Subuh dah habis?!!" Terus dia bangun masuk ke dalam bilik meninggalkan aku yang terkial-kial nak bangun kerana kaki yang kebas. Adeh deh deh.

"Weh , tolonglah aku ni." Aku sedikit terjerit. Fif berundur setapak sambil pandang aku . Lama. Tiba-tiba dia tepuk kepala dia. Ha ha ha! Nampak sangat loading! Lepas dia tepuk kepala dia baru dia bangunkan aku.

"Terima kasih." Aku jalan terhincut-hincut ke dalam rumah. Aku tengok Fif dah menghilang. Alih -alih dengar bunyi pancuran dari dalam bilik air aje. Semalam masing-masing tak membersihkan diri lepas balik dari mencuci mata. Masing-masing sibuk nak rehat. Last last tak dapat jugak tidur kat atas katil. Yang paling tak seronoknya , aku pula yang jadi katil. Hu hu hu.

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now