29

10.6K 435 4
                                    

Muka dia , mata dia , bibir dia. Semua kelihatan sempurna di mataku buat ketika ini. Ini namanya angin gatal aku dah datang. Ha ha ha! Ngek betul. Tapi aku terasa hati betul dengan Hafiz kerana dia tak minum langsung air kopi yang aku buat. Hu hu hu . Tak jadi nak puji lagi. Cancel !

Dah nak pukul satu pagi dah , Hafiz kata sekejap aje. Ni bukan main lama lagi. Aku dah mula rasa lapar ni. Mata pula dah merah menahan kantuk. Bila diamati semula , muka aku dah serupa dengan zombie Kampung Pisang dah. He he he.

"Fiz , bawa ajelah balik fail-fail tu . Ya? Meeting esok pukul 11 kan? Ada masa nak buat lagi esok." Aku dah mula dengan aktiviti jahat aku , iaitu menyuruh orang menangguhkan kerja. He he he! Aku dah lah lapar , mengantuk pulak tu. Hafiz tu pulak macam tak ada perasaan aje aku tengok. Steady aje. Sejak bila dia memang serius nak terima sahutan papa tu pun aku tak tahu. Hu hu hu.

Aku terfikir semula kejadian subuh tadi. Baru nak ajar dia solat hari ni , tapi bila dah sibuk sangat macam ni. Baik tangguhkan dulu sahajalah. Aku tak sangka Hafiz akan peluk aku begitu erat pagi tadi. Jeti Amer? Aku rasa , Hafiz ingin menyampaikan sesuatu , tetapi aku sahaja yang tak tahu.

Terus aku mencapai telefon bimbit di atas meja seraya menekan-nekan punat-punat maya di atas telefon bimbitku.

'Jetiamer' Kebanyakkan search result yang aku dapat adalah perkataan jet 'aime . Terus aku menaip perkataan jet 'aime pula. Aku tergamam bila membaca maksudnya. Terus mata aku terpacak kat Hafiz. Lama gila.

"Kenapa?" Hafiz bertanya. Aku bagaikan tersedar dari mimpi terus menggeleng. What the fish! Maksud dia aku cinta kamu? Gulp , air liur yang aku telan terasa kesat. Serta -merta jantungku berdetak dengan laju.

Kenapalah aku ni loading sangat? Dan kenapa tiba-tiba aku rasa err , gembira? Ha ha ha! Apa dah jadi dengan aku ni? Gila! Ya , aku dah gila. Hafiz! Ini semua salah kau!

"Oh! Emil? Kenapa?" Aku hanya mendengar sahaja perbualan antara Hafiz dan Emil. Haik? Dah nak pukul satu pun tak membuta lagi ke?

"Bagi aku lima belas minit. Nanti kalau aku dah sampai aku call kau. Okey. Chow." Terus Hafiz memokuskan pandangannya ke skrin komputer. Wah , bukan main khusyuk lagi. Tak nak beritahu aku apa yang dah jadi ke? Kata cinta kat aku. Ha ha ha! Sebenarnya aku masih dalam mood gatal. Maklumlah , lelaki hensem suka kita kan? He he he!

"Siap!" Hafiz terus bangun dari duduk seraya melompat kegembiraan. Betul-betul kanak-kanak istimewa. Ha ha ha. Aku pun pergilah melawat kerja Hafiz. Hurrm boleh tahan. Nampak aje macam kureng dia ni, tapi kerja tip top !

"Fif , jom pergi makan . Kat mcD . Kerja pun dah siap. Tinggal check ayat dengan print aje esok. He he he! Jomlah. Eh? Eh? Eh?" Alahai , comel sangat . Tak boleh tahan. Aku terus aje mengangguk. Hafiz dah tersenyum nakal.

"Sayang kau." Satu brief kiss singgah di pipi aku. Waarggh! Aku malulah! Terus aku menjeling Hafiz. Nak cover yang aku dah suka sebenarnya. He he he.

" He he he. Sorry sorry . Tak buat macam tu lagi. Buat cara lain pulak." Hafiz mengusik. Aku dah tergelak. Tak jadi nak marah. Comellah dia ni.

Selepas aku menyimpan semua data-data yang Hafiz hasilkan tadi ke dalam pendrive , aku terus shutdown komputer.

"Jap , jap." Aku menoleh kebelakang. Mesti ada barang yang tertinggal. Aku terharu bila melihat Hafiz menghirup air kopi yang aku buat tadi hingga habis.

"Dah , jom. Sedap kopi. Nanti buat lagi tau!" Aku tiba-tiba rasa janggal pula dengan perangai Hafiz yang baru ni. Terlalu baik. Biasanya , dia orang pertama yang akan mengutuk apa sahaja mengenai diriku. Rindu pula nak bergaduh dengan Hafiz.

" Umm , ye la." Aku berjalan mengikut Hafiz dari belakang. Tiba-tiba dia menoleh.

" Lain kali kan , jangan jalan kat belakang aku tau. Jalan sebelah aku." Terus Hafiz capai tanganku dan menarikku berdiri di sisinya. Tangan dia besar gila. Dua kali ganda dari tangan aku. Rasa selesa bila dia genggam tangan aku macam ni. Dah dua kali dia berperangai macam ni . Hafiz , siapakah kau sebenarnya?

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now