12

11.3K 408 4
                                    


"Helo kawan! Lu lupa sama wa ka?" Aku sengaja mengusik Geetha. Geethe tergelak di hujung talian.

"Wa tarak lupa sama lu ma, wa dengan Mia cari lu apa? Lu yang lesap lorh." Geetha tak puas hati dengan aku la ni. Nak juga cakap dialek cina. Hu hu hu.

"Lepak jom! Hari ahad kan. Takkan kau kerja. Kita ajak Mia sekali. Wa ada manyak perkara mahu cerita lorh. Sejak kau dan Mia uruskan construction kat Johor , bukan main liat lagi kau nak telefon aku kan?" Aku mengusik dia lagi. Mana taknya , sampai hari ni kami masing-masing tak dapat berhubung antara satu sama lain. Ye la, dulu aku mana ada telefon bimbit yang siuman. Ada , tapi hanya boleh tengok jam dan main game ular. Ha ha ha! Macam-macam kompenen dia dah rosak sebab aku terendam dalam air. Hu hu hu.

"Ayoyo! Macam tahu-tahu je aku dah balik kat KL. Jom ! Lepak kat Times Square nak? Aku nak cari alat solek akulah! Dah lesap dak Mia pakai!" Aku ketawa. Mia tu memang lain sikit , kalau mekap , boleh jadi geisha dah.

"Jom!" Aku terus menekan punat maya end call . Aku pandang kaki aku yang masih sengal ni. Dah empat hari aku melongo aje kat kat rumah ni tanpa buat apa-apa. Yang si Hafiznya tak habis-habis nak cari pasal dengan aku. Dia siap cakap lagi , "katil aku , katil aku. Sofa tu kau punya." . Memang sengsara bila dapat suami yang macam ni. Ceh!

Nasib baiklah dia terpaksa ikut papa pergi ke luar daerah. Kalau tak , aku ni jadi mangsa buli je laa sepanjang aku bercuti ni. Itupun papa paksa dia dengan mengugut untuk menarik ladang kuda dia. Sayang sangat dengan kuda-kuda dia. Untunglah orang kaya , ada ladang kuda lagi.

Sebelum dia bertolak semalam , bukan main banyak lagi dia sembur minyak wangi Bvlgari Aqva tu kat badan dia. Dari ketiak sampai kasut!Dah lompong dah hidung aku ni menghidu minyak wangi dia . Pakai minyak wangi bukan main mahal lagi. Tengok macam aku ni , minyak wangi yang berharga 5.90 je aku pakai tau? Boleh tuang satu badan , dia boleh? Mestilah tak boleh kan ? He he he~

"Mama , Fif nak keluar kejap jumpa kawan ya?" Aku minta izin dari mama yang kebetulan sedang menolong pasang langsir di bilik anak angkat boss. Grr, sampai hari ni aku tak ingat-ingat nama anak angkat boss.

"Hah? Baguslah tu , tak de laa terperuk aje kat rumah." Wah! Ini petanda baik. Mesti mood mama tengah baik sekarang ni.

"Terima kasih mama." Aku baru aje nak pusing ..

"Pergi naik apa?" Mama tanya seraya memandang aku. Aku kerutkan kening sedikit. Errr..

"Naik skuter Fif tu kot. Sebab yang rosak tempat pijak kaki tu je." Aku sengih.

"Naik skuter lagi? Tak de tak de, pergi bawak kereta si Hafiz tu. Alah , lagipun dia kan tengah outstation dengan papa." Mama buka tawaran yang memang menarik minatku.

"Tapi ma , kan hari ni papa balik?" Aku tanya mama balik. Kebetulan semalam aku sempat telefon Kay-C untuk bertanyakan apa khabar construction yang masih on-going lagi tu. Kay-C kata semua okey , esok ada klien penting dari Singapore nak jumpa dengan boss. Maybe hari ni atau esok boss pulang bersama anak dia yang menjengkelkan tu. Hu hu hu.

"Tah balik ke tidak. Dah jangan risaulah. Kata nak keluar? Nanti lambat pulak." Mama menghalau aku secara baik. Aku hanya mampu mengangguk aje.

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now