13

10.6K 408 0
                                    


"Hey hey hey. Apa sudah jadi sama lu punya kaki hah?" Kurang nasi punya kawan. Nasib baik aku tak ada heart attack , kalau tak aku dah arwah dah ni. Walaupun kaki aku ni dikira dah baik , tapi aku tetap jalan macam kura-kura. Mana taknya , berasa sengal apabila aku menapak. Lagi-lagi bila pakai kasut yang bertumit sedikit ni. Kasut biasa aku dah putus! Hu hu hu.

"Ayoyo! Lu tak reti beri salam sama wa eh?" Aku marah balik Geetha. Geetha sengih aje. Mia tiba-tiba tepuk bahu aku. Nasib baik aku dah perasan kehadiran dia awal-awal , kalau tak sah-sah aku masuk hospital kerana diserang lemah jantung.

"Hoi kawan! Rindu kat kau lah! Kau tak rindu kat aku ke.." Mia dah peluk-peluk aku . Mia ni memang terlebih manja. Tapi aku sayang dia. Antara dia dan Geetha , dia lebih bersifat peramah dan mudah bergaul. Manakala Geetha pula , jenis yang memahami dan sentiasa warm aje.

Kami terus menuju ke Starbucks yang berada di luar Berjaya Times Square dan mengambil tempat duduk yang betul-betul bertentangan dengan Carlo Rino punya kedai. Waahhh , bilalah aku boleh membeli-belah dengan sukanya di Carlo Rino. Takkan dapatlah jawabnya.

"Kau nak apa?" Mia tanya seraya bangun bersama Geetha. Aku memikir-mikir , apa yang aku nak? Entah. Hu hu hu.

"Mana-mana pun boleh." Mia terus mengangguk. Aku duduk diam je kat situ sehinggalah aku terlihat kelibat anak angkat boss. Sekali lagi aku terlupa nama dia. Ha ha ha. Apa dia buat disini? Bukankah dia bekerja di Melaka?
Lama aku mengelamun sambil tengok kedai Carlo Rino. Siap bayangkan yang aku dah ada dalam kedai tu sambil membeli-belah lagi. Ha ha ha ! Dapat tengok pun jadilah.

"Hoi! Termenung!" Geetha ni kan? Memang patut dia ni isi borang penampar percuma dari Nurafifah Alia Aqilla . Hu hu hu. Kita perlu menapis bakat-bakat mengejutkan orang macam dia ni supaya penyakit heart attack semakin berkurang. He he he! Apalah yang aku merepek ni?

"Jadi? Macam mana hidup? Macam biasa?" Tanya Mia yang sudah pun menyedut airnya hingga separuh. Dahaga benar nampak gayanya.

" Hidup aku berubah 360 darjah tau." Kedua-dua kawan aku menjongket kening.

"Aku dah kahwin." Ujarku lagi. Geetha dah tersedak.

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now