21

11.6K 430 0
                                    


Semua dah tidur kepenatan. Aku seorang aje yang duduk tuam Fif dari tadi. Nak tidur tak sampai hati. Fif pulak dari tadi asyik meracau. Naik risau aku dibuatnya. Dah nak dekat malam baru aku berhenti menuam Fif kerana dia dah lebih tenang dan badan dia tak adalah panas lagi macam tadi.

Lepas aku cilok roti gardenia dan milo kat dapur , cepat-cepat aku naik atas balik. Mana tahu Fif dah sedar ke? Nanti dia lapar , boleh celup-celup roti kat dalam milo. Aku pun buat lebih ni. Memang boleh join sangatlah! He he he!

Lama-lama aku jadi mengantuk tunggu dia sedar . Penat naik kapal terbang tak habis lagi ni. Aku meletakkan kepalaku di atas katil. Lama aku merenung telefon bimbitku. Aku belek semula mesej antara aku dan Melinda . Satu persatu aku buang . Last last semua aku buang. Ha ha ha!

Perkara terakhir yang aku lakukan sebelum terlelap adalah menukar wallpaper Melinda ke gambar aku sendiri yang kelihatan smart dengan baju-t bersama topi ala-ala Bruno Mars he he he.

******

Walaupun agak payah untuk membuka mata , aku tetap gagahkan apabila teringat perkara terakhir terjadi , aku rasa macam aku dah pengsan. Tetapi macam aku tertidur? Err, otak aku pun dah tak center . Hu hu hu.

Aku pusingkan kepalaku ke kiri. Sekujur tubuh yang sedang tertidur dalam keadaan duduk itu ku tenung. Bagaikan mimpi dia boleh ada kat sini. He he he. Mesti dia penat. Aku tak boleh biarkan perasaan ni merebak lagi. Aku mesti mencari cara untuk hentikannya.

Aku tak pasti kenapa aku perlu mengakhiri hubungan ini sedangkan , aku tidak melihat apa pun yang salah kalau aku teruskan. Cuma perbezaan taraf membuat aku sedar yang aku tidak sepatutnya mendekati keluarga ini. Boss terlalu baik , rasa macam tak sanggup pula tiba-tiba Ha ha ha! Fif ,jangan beranganlah .

Aku terus alihkan pandangan ke arah jam. Ya Allah! Dah malam! Tertinggal solat lagi. Perlahan-lahan aku bangun. Mana boleh bangun mengejut. Nanti kena balik serangan migraine kang , merana aku. Hu hu hu.

Aku mengelap rambut yang basah seraya membuka pintu bilik mandi. Terkejut aku bila tengok Hafiz berdiri di hadapan pintu dengan muka zombie tak dapat otak. Ha ha ha.

"Apsal?"Aku tanya dia. Belum sempat aku meneruskan langkah ke sejadah , nak solat dia dah tarik tangan aku.

"Apa ni?"Aku rasa macam nak marah pula. Mungkin aku dah terbiasa hidup dengan perangai yang berjaga-jaga macam ni. Tangan kasar itu mengusap kepalaku. Mula-mula muka dia berkerut-kerut. Lepas tu terus jadi tenang macam biasa. Apa masalah dia? Ha ha ha!

"Hmm. Dah okey pun. Jangan jatuh sakit lagi tau?!"Tiba-tiba aje dia peluk aku. Tergamam aku. Eisshh! Badan dah lah bau kambing. Masam!

"Pergi mandi boleh tak Tengku Hafifi Hafiz?"Aku marah dia. Dia ketawa aje lalu melepaskan pelukannya. Tengoklah. Macam mana aku nak tinggalkan dia kalau dia selalu buat aku rasa tak keruan macam ni?

*******

Sebulan lagi berlalu. Aku ni nama aje nak pergi buat medical check up. Tapi tak buat pun . Hu hu hu. Tak sempat! Kerja banyak sangat setelah aku bertukar boss. Iaitu Tengku Hafifi Hafiz , suami aku sendiri.Bukan semakin senang kerja aku , semakin susah adalah.

Dengan perangai Hafiz yang asyik main-main dengan kerja sudah cukup buat aku rasa macam nak pancung dia. He he he.

Tetapi sejak kebelakangan ini , perangai dia dah berubah sedikitlah . Koleksi teman wanita dia dah semakin berkurangan. Dah jarang keluar rumah. Kalau keluar pun setakat pergi berfoya-foya dengan Emil. Kawan baik dia .

Emil tu dahlah kacak , menawan , peramah , bersopan-santun. Wah! Memang boleh sangat jadi lelaki idaman Malayalah. Jauh berbeza dengan Hafiz yang asyik nak menyakitkan hati aku je tu.

' Pang!' pintu pejabatku dibuka. Eceh! Pintu pejabat. He he he.Terima kasih ke papa kerana sudi menghadiahkan pejabat yang sekangkang kera ni. Jadilah daripada tak ada kan?

"Fif! Aku dah buat keputusan. Aku akan berubah! Aku akan mendapatkan tender dalam masa seminggu ni!"Terkejut cipan aku. Dia ni terlebih makan ajinomoto ke?

"Apa masalah kau ni?"Aku tanya dia sambil mengangkat kening sebelah.

"Aku dah buat azam ni! Kau kenalah sokong! Muahaha!"

" Otak kau ni center ke tak hari ni?"Aku tanya dia sambil buat muka bengkek. He he he! Mana taknya , termasuk kali ni dah empat kali dia cakap dia nak berubah. Tapi hasilnya langsung tak nampak. Dah tiga kali aku meroyan sebab tengok dia langsung tak buat kerja lain selain dari membaca komik Doraemon kat dalam bilik dia sambil makan biskut Marie.

Kejap lagi , aku akan meroyan buat kali yang keempat kut. Tengok gayanya macam tulah. Hafiz ni bukan boleh pakai. Orang pergi kerja bawa dokumen , dia pergi kerja bawa segala species komik. Mana aku tak hangin. Bila aku mengadu dengan papa , papa pun tolong join ketawa baca komik Doraemon. Anak beranak sama aje. Hu hu hu.

"Aku betul-betul ni. Sebagai orang yang bertanggungjawab , aku rasa , aku sepatutnya melakukan tugas yang diberi dengan penuh integrit.. Hey! Aku tengah bercakap kau duduk ketawa!"Aku dah ketawa sakan. Ha ha ha! Padan muka.

"Dah , dah pergi masuk bilik kau. Kalau aku tengok kau tak buat kerja ,aku meroyan lagi kejap lagi. Ada faham? Cepat!!"Hafiz baru aje nak melawan aku dah jengilkan mata. Ha ha ha! Dia terus keluar dari bilik aku.

Tidak lama selepas Hafiz menghilangkan diri , aku pula keluar dari bilik tu. Penat menghadap komputer . Masa untuk bergosip bersama Geetha dan Mia. He he he.

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now