24

10.9K 428 0
                                    

Sebaik sahaja aku terjaga ,aku terus mengambil telefon bimbitku yang dah selamat masuk bawah sofa. Terbeliak aku bila melihat angka yang tertera di skrin telefon bimbitku. Wahh! Terbaiklah aku , pukul sebelah baru aku nak bangun? Betul-betul ada tokoh jadi anak dara pemalas. Ha ha ha!

Sepatutnya lepas aje solat subuh tadi , aku nak tolong bibik masak. Tapi mata ni dah tak dapat diselamatkan dah lagi. Tu yang terus k.o tu.

Aku tengok katil dah siap berkemas. Wah , rajin Hafiz pagi ni? Aku duduk dulu di atas sofa sebelum bangun. Terhuyung -hayang aku berjalan masuk ke bilik air.

Lepas bersihkan badan , aku cepat-cepat turun ke bawah. Aku sempat menangkap kelibat Hafiz yang sedang tertawa tengok kartun Doraemon. Kan aku dah cakap? Dia ni memang istimewa. Ha ha ha! Papa pun sama , badan aje kat meja makan. Mata dia dari tadi sibuk terarah kat skrin televisyen. Kejap -kejap dia tertawa.

Aku menggeleng aje. Terus aku ke dapur mencari mama. Hari minggu macam ni , takkan mama nak keluar kot?

"Mama mana pa?"

"Mama kamu tengah berkebun kat luar sana tu. Fif belum makan kan? Dah pergilah sarapan dulu." Aku hanya mengangguk sambil menarik kerusi jati yang besar tu sebelum melabuhkan punggung.

" Kenapa sejak kebelakangan ni papa tengok Fif macam tak sihat aje? Kerap sangat sakit kepala." Papa memulakan perbualan. Aku terus mengangkat bahu. Aku tengok Hafiz dah matikan televisyen .

"Entahlah pa , dulu tak macam ni. Kalau maigrin pun , tak kerap macam ni." Aku juga sedang gusar ni. Apa sebenarnya dah jadi dengan badan aku ya? Hurrmm.

"Fiz tak bawak Fif pergi buat medical check up ke?" Aku menggelengkan kepala.

"Alah pa , ni perkara biasa aje. Tak payah risaulah . Fif yakin tak ada apa-apa." Aku sengaja menenangkan perasaan papa. Hafiz pula dah menarik kerusi dihadapanku dan seraya membaca surat khabar. Siap berdehem lagi.

"Hari tu doktor yang handle Fif ada tanya , Fif ada pernah terhentak ke , kemalangan ke yang melibatkan kepala. Papa kata tak ada pulak. Ye lah , sepanjang Fif kerja dengan papa , tak ada pulak Fif kemalangan kan? Tu yang papa pelik." Aku terdiam. Terhentak? Ya , doktor tu ada tanya aku juga.Nak kata terhentak , banyak kali jugaklah Fakhri jadikan aku ni bola keranjang dia. Hu hu hu.

Cerita pasal Fakhri , dah lama aku tak jumpa dia . Aman sikit hidup aku. Tapi yang tak amannya , dia asyik nak menambahkan hutang aje. Yang along tu , tak reti-reti nak cari dia. Apsal cari aku?! Hatiku memberontak tiba-tiba.

"Hurrm , doktor tu pun ada tanya jugak kat Fif. Tapi Fif cakap tak adalah , macam yang boss cakap , Fif mana ada kemalangan . Cuma ada sekali tu je tangan Fif retak. Tu pun jatuh tangga aje." Aku dapat lihat Hafiz memandangku dari hujung mata.

Papa mengangguk-angguk. Hafiz yang tadinya konon-konon baca surat khabar terus melipat surat khabar tu dah ditolak ke tengah meja.

"Fif , hari ni kita shopping cari barang majlis kahwin nak?" Terkejut cipan aku bila Hafiz bertanya dengan nada lembut macam tu. Aku pandang dia dengan pandangan pelik.

"Apa? Dah tak nak sudah. Cancel cancel!" alaa , merajuk pulak budak ni. Pelangkung kang? Ha ha ha!

" Ye lah , yelah . nak pergi pukul berapa?" Aku tanya dia. Dia tengok jam kat tangan dia. Haihh? Hari tak kerja pun nak pakai jam ke? Kenapalah laki aku ni pelik. Ha ha ha !

"Apa kata kamu gerak sekarang? Hari ni papa kasi kebebasan sedikit. Kamu nak balik pukul berapa pun suka hatilah. Okey?" Aku dengan Hafiz dah saling memandang. Terbit senyuman dari bibir Hafiz yang merah itu. Buat seketika aku terpegun. Patut pun ramai perempuan nak dekat dia ni. Dia ni kacak.. Isk! Tak tak , tu pandangan orang lain. Bukan aku.

" Apalagi , jomlah siap!" Hafiz dah bangun. Aku menyusul belakang dia.

"Nanti!" Dia brek emergency . Penyek hidung aku terlanggar belakang badan dia. Ha ha ha! Nampak sangat tipu!

"Apsal kau berhenti tak kasik signal hah?" Aku marah Hafiz sambil gosok-gosok hidung. Hafiz tergelak.

"Sorry sorry. Aku sebenarnya nak cakap , kau naiklah atas dulu , kejap lagi aku datang. Aku nak buat list barang-barang yang nak dibeli. Kena bincang dengan mama kejap. Aku lelaki siap sekejap aje , kau perempuan siap bukan main lama lagi." Aku menjengilkan mata. Malas nak gaduh dengan dia terus aku naik ke bilik dia.

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now