36

24.1K 565 64
                                    


Sebaik sahaja sesi 'melalak' atau dengan kata lainnya karaoke , semua saudara -mara Hafiz pulang dengan kami ke Villa . Esok baru mereka balik ke rumah masing-masing. Tak terkecuali makngah Hafiz yang bermulut laser. He he he!

Aku rasa ralat kerana Haizrill langsung tidak muncul di hari penting aku. Mungkin dia malas nak menghadap muka Hafiz kut?

Sesekali kedengaran Hafiz menguap.Aku pun turut join dia menguap. Ha ha ha. Lama pula nak sampai rumah ni. Papa ! bawalah laju sikit! He he he.

Aku bersyukur sangat doaku dimakbulkan ! 'Gelombang' tu langsung tidak menyerang sepanjang majlis. Cerita pasal majlis , naik bengkek aku bila terdengar hampir separuh dari tetamu perempuan memuji -muji Hafiz. Yang paling tak seronoknya , ada yang dengki sebab aku pengantin perempuannya. Ha ha ha! Apalah , dia dah jadi suami aku dah nak dekat 3 bulan dah. Sibuk je! Kan? He he he!

"Mengantuk ke? Tidur dululah. Nanti abang pandai-pandailah kendong Fif naik atas." Aku terus memandang Hafiz. 'Abang?'

"Abang..?" Hafiz mengangguk seraya tersenyum .

"Yup , abang . Kenapa?" Aku dah nak tergelak. Hafiz terus pandang ke luar tingkap. Alaa! Merajuk ke?! Ala ala. Main -main ajelah!

"Merajuk ke?" Aku berbisik di tepi telinga Hafiz. Dia tidak menjawab. Cuma membatukan diri.

"Janganlah merajuk. Main-main ajelah." Masih tiada respon. Hish! Terpaksa guna cara terakhir.

"Abang , tak nak merajuk eh?" Terus Hafiz memandang aku seraya tersenyum sampai telinga. Comel!

" Okey sayang. Tak merajuk lagi dah. He he he!" Aku tersengih. Terus tangganku dia genggam.

"Tidurlah." Aku menggeleng. Dah tak mengantuk tiba-tiba.

" Tak naklah." Aku membalas genggaman Hafiz.

"Degil." Aku hanya mengangguk. Bibir ni tak habis-habis nak senyum .

"You are my superman ." Hafiz tergelak perlahan.

"Im no superman , but I'll always be your man ." Aku tersenyum lagi. Haihh! Tak boleh berhenti dari tersenyum.

Kami jalan bergandingan naik ke tingkat atas. Semua hadiah yang habis dipunggah keluar dari kereta tadi kami biarkan di ruang tamu. Esok ajelah aku buka ya? Sekarang ni memang dah letih sangat. Hafiz pun macam dah tak larat. Maklumlah , dia paling banyak bergerak tadi. Aku kat dalam gaun ni mana boleh gerak sangat.

Masuk-masuk aje ke dalam bilik , aku menuju ke bilik air , manakala Hafiz terus menerpa katil. Penat sangatlah tu. Aku perlu bersihkan alat solek yang bertepek di muka ni dulu baru boleh tidur.

Lepas aku dah buka gaun , baru aku perasan yang aku terlupa nak ambil baju! Argh! Tak pe, Hafiz dah tidur kan? Aku keluar bersama tuala tersarung dibadan. Sebaik sahaja aku membuka pintu , aku melihat Hafiz dihadapan pintu . Aku hampir menjerit tapi tak jadi sebab tergelincir kebelakang.

Hafiz cepat-cepat menyambut tubuhku .Tangannya memaut kemas pinggangku. Manakala tangan kananku memaut erat leher Hafiz. Tangan kiriku memegang dada Hafiz yang sedikit terdedah kerana Hafiz sudah membuka butang-butang kemejanya. Arrghh! Suasana yang menakut dan mendebarkan!

Hafiz merenung tanganku yang berada di dada dia. Aku pulak yang dah tergigil-gigil. Ha ha ha! Dia menarik pinggangku . Serentak aku berdiri tegak.

"Fif.." Hafiz memanggil namaku. Okey , cara panggilan dia memang menggetarkan. Ha ha ha!

Aku menolak tubuh Hafiz perlahan seraya melepaskan diri , keluar dari bilik air. Dahlah aku tengah berkemban aje. Malu aku. Hu hu hu.

Ketika mengambil baju dari dalam almari , aku dipeluk dari belakang. Desah nafas Hafiz kedengaran tidak teratur.

"Abang suka tengok tangan sayang.." Meremang bulu roma aku bila Hafiz berbisik macam ni. Ya Allah!

"Abang okey ke tak ni?" Hafiz cuma berdehem tanda mengiyakan.

" Abang okey.." Satu kucupan singgah di leher. Lagi tegak bulu roma aku naik! Haish! Hafiz ni dah lain macam ni!

"Hafiz!" Terus Hafiz bagaikan tersedar. Dia melepaskan pelukan. Aku dah menarik nafas lega.

"Sorry Fif. Abang tak sengaja." Dia terus naik ke atas katil dan menarik selimut sehingga separas bahu. Aku terus membawa baju tidurku ke dalam bilik air. Jantung aku , tak usah cerita lagi. Memang tak nak bersara dari buat kerja lebih masa agaknya.

Selepas membersihkan badan , aku terus memanjat katil. Siap letak bantal peluk kat tengah-tengah lagi. He he he! Tak sampai beberapa minit berbaring , mataku dah kuyu.

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now