23

10.9K 412 0
                                    

Sebaik sahaja kaki aku ingin melangkah masuk ke dalam kamar Hafiz aku terdengar lagu Pujaan Hati yang didendangkan oleh Kangen Band. Sempat aku menghayati liriknya.

hei pujaan hati apa kabarmu
ku harap kau baik-baik saja
pujaan hati andai kau tahu
ku sangat mencintai dirimu

hei pujaan hati setiap malam
aku berdoa kepada sang Tuhan
berharap cintaku jadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan
hei pujaan hati, pujaan hati
pujaan hati, pujaan hati

mengapa kau tak membalas cintaku
mengapa engkau abaikan rasaku
ataukah mungkin hatimu membeku
hingga kau tak pernah pedulikan aku
cobalah mengerti keadaanku
dan cobalah pahami keinginanku
ku ingin engkau menjadi milikku
lengkapi jalan cerita hidupku
hei pujaan hati, pujaan hati
hei pujaan hati setiap malam
aku berdoa kepada sang Tuhan
berharap cintaku jadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan
Haii Hafiz? Takkan tertekan dengan Melinda kot? Sampai dengar lagu jiwang bagai. Nak kata dia frust dengan Melinda , dia lagi suka aku buli Melinda macam tadi? Oh! Aku tahu , dia clash dengan awek dia yang lain tu kot.

"Bila masa kau layan lagu Indon ni? Biasanya , lagu omputeh je kau nyanyi." Aku mengusik Hafiz yang sedang berbaring dekat atas katil.

"Lambat kau balik?" Dia nak ubah topiklah tu! Aku tak puas hati, aku nak korek juga rahsia dia. Errr , dulu aku tak macam ni pun.. Aku pun runsinglah dengan diri aku sendiri sejak kebelakangan ni.

"Jawablah pertanyaan aku.." Aku menghenyakkan tubuh ke sofa. Hafiz ni memang kejam tahap cipan! Adakah dia boleh suruh perempuan yang seayu dan sebaik aku ni tidur atas sofa? Hu hu hu. Papalah ni , suruh aku tidur sebilik dengan dia. Konon-kononnya nak biar aku dengan dia ada zuriat. Ha ha ha! Tak hingin aku dengan buaya antarabangsa ni.

"Tak ada apa-apa , tiba-tiba rasa nak nyanyi lagu tu. Alah! Kau mana faham , kau ni dah lah loading. Nak memahamkan kau , boleh buat orang sakit jiwa kau tahu tak?" Eh dia ni , naik hangin pulak. Apsal? Datang bulan apa?

"Suka hati kaulah nak cakap apa. Tak kuasa aku nak layan kau. Ceh!" Aku terus capai tuala mandi aku seraya masuk ke dalam bilik air.

Tengah aku sedap membersihkan badan , aku terfikir. Alang-alang Hafiz nak buat majlis perkahwinan kami , aku naklah jugak merealisasikan impian aku . He he he! Dapat pakai macam Cinderella pun jadilah! Apalah aku ni! Betul-betul materialistik! Takkan dia nak punya. Hu hu hu. Hafiz tukan kanak-kanak istimewa. Ha ha ha! Apalah aku ni , dari tadi asyik kutuk Hafiz aje. Bertan-tan dosa aku buat hari ni.

Sebaik sahaja aku keluar dari bilik air , aku tengok Hafiz dah pun tertidur . Aku mengeluh. Alaa , baru nak bincang dengan dia pasal resepsi tu nanti. Ngekk lah dia ni. Aku mengomel di dalam hati.

Aku terkaku bila terlihat parut di lengan kirinya. Aku terkejut. Parut yang sama ! Desis hatiku. Ya Allah , orang yang aku cari depan mata aku?! Fuhh! Fif ,kau kena tenang. Kadang-kadang mimpi tu permainan tidur. Mungkin ianya kebetulan? Aku terangguk-angguk sendiri.

Mata aku tak lepas dari memandang parut itu. Walaupun tak sebesar mana , tapi tetap mencacatkan tangan Hafiz yang putih bersih macam anak cina tu. Geram pulak aku tengok tangan dia . Gigit boleh? He he he!

Aku terus menyedarkan diriku . Aku yang masih dengan tuala dikepala cepat-cepat melangkah ke sofa. Penat betul aku berperang dengan habuk hari ni. He he he! Baru beberapa bulan tinggalkan rumah tu , dah terus dah berhabuk. Lepas ni ,aku kena selalu bersihkan rumah tulah nampaknya. Nak harapkan Kak Kiah , jangan haraplah. Sebab dia pun busy dengan direct selling dia. Rantai Zhulian bergayut-gayut kat leher. Aku yang tengok ni pulak yang mengah bila rantai tu ke kiri ke kanan , ke depan ke belakang. Ha ha ha! Maklumlah , badan Kak Kiah kan comel aje.

Sebaik sahaja kepala aku mencecah bantal yang tak berapa nak empuk kat atas sofa ni , terus aku teringat balik mimpi yang pernah aku dapat sebelum bernikah dengan Hafiz. Benarkan dia orang itu? Benarkah dia jodoh aku yang sebenar-benarnya? Soalan itu berlegar di dalam ruang fikiranku sepanjang malam. Mesti bengkek muka aku esok ni. Mana taknya , dah pukul 3 pagi aku tak dapat tidur lagi. Kacau-bilau hidup aku hanya kerana seorang Hafiz. Nasib baik ada seorang aje , kalau banyak . Waahh , lagi botak aku dibuatnya.

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now