25

11.1K 406 3
                                    


Lama gila aku tunggu dia siap! Ceh! Dia kata aku lambat , tapi dia lagi lambat! Betulkan rambutlah, baju tak sesuailah , muka berminyaklah. Macam perempuan!

"Kau dah tidur ke?" Aku yang dah pejam mata nak tidur terus menggeleng.

"Tak adelah , aku nak praktis macam mana nak pengsan aje. Sekejap sangat kau siap. Ya Encik Hafiz?" Hafiz tergelak. Perlahan-lahan aku bangun seraya merapikan kembali rambut yang dah kusut masai. Tekanan aku !

" Ha ha ha! Dah jom-jom kita gerak . Aku dah siap buat senarai ni. Nak tunggu kau jangan harap." Hafiz pulak nak membebel. Tadi dia yang suruh aku siap dulu. Ceh!

"Ye la. Ye la. Whatever ." Aku dah buat suara gedik. Muahaha! Terus aku bangun dan seraya berjalan ke pintu besar.

Sementara menunggu Hafiz memakai kasut dia yang berjenama Nike tu , aku sempat petik -petik buah ceri yang sudah masak.

"Kalau ye pun nak makan tu basuh laa dul." Belum sempat dia habis cakap aku dah sumbat ceri tu masuk ke dalam mulut dia. Ha ha ha! Tersedak Hafiz.

"Woi!Boleh arwah aku la!" Dia memarahi aku. Aku sudah ketawa sakan seraya membuka pintu kereta papa. Papa kata , kereta Hafiz tu bukan boleh masuk banyak-banyak barang sangat , jadi papa syorkan kami bawak Honda CRV milik dia aje. Aku suka kereta tinggi-tinggi ni. He he he!

Destinasi pertama kami adalah butik baju pengantin.Aku masuk dalam butik yang super ekslusif dengan muka jakun. Ha ha ha!

"Selamat datang!" Aku dah Hafiz terangguk-angguk. Kami melabuhkan punggung di sofa berbentuk L di sudut butik itu.

"Hurm , boleh awak keluarkan semua gambar koleksi gaun yang awak ada?" Hafiz memulakan kerja dia. Aku cuma memerhati. Aku tak pernah pulak terfikir yang aku akan masuk ke dalam butik semewah ni. Cerita pasal butik, Ya Allah! Dah berbulan-bulan aku perap baju kurung yang ambil dari butik untuk jahit manik di atasnya! Mati aku , mati. Perlahan-lahan aku menggigit bibir. Hu hu hu.

" Sayang .. kenapa ni?" Hafiz tiba-tiba aje mengeluarkan ayat yang boleh menggelikan tekak. Ha ha ha! Oh! Aku tahu , mesti dia tak nak orang butik ni tahu hubungan sebenar kami.

" Oh , tak ada apa-apa. Sayang , apa kata kita ambil tema ala-ala barat . You kata you nak buat dinner aje hari tu kan?" Aku terus checkmate Hafiz dengan membiarkan tangan aku meraba dada dia yang sasa tu. He he he! Wah! Jantung dia macam dah nak keluar dah. Berkesanlah cara ni! Nak buat lagilah lepas ni!

"Err . Err. I cak.. kap macam tu eh ?" Hafiz tergagap-gagap. Aku dah nak ketawa. Aku tahan aje sambil memandang wajah dia yang dah bertukar merah tu. Wah! Pertama kali aku jadi se-daring ni. Cayalah Fif!

"Tapi sayang , I rasakan , kita patut tukar baju dua kali. Kita ambil tema ala-ala secret garden wedding. Boleh kita main uchak uchak. He he he! Kan sayang..?" Tangan Hafiz dah menjalar ke pinggang aku. Uiks! Balas dendam nampak? Ha ha ha! Jantung aku pulak yang buat kerja lebih masa sekarang ni. Secret garden wedding ? Tak pernah dengar pun? Nampak sangat reka. Ceh!

"Tapi , I rasa , macam nak ambil tema mirror . Keliling kita cermin. Nampak ekslusif kan sayang?" Aku memanjangkan tanganku memanjat leher dia. Ha ha ha! Tak tentu arah dah dia. Nak lawan dengan aku, ceh. He he he!

"You , I nak nampak simple but nice tau. I lebih suka tema perkahwinan dalam taman ni. Nampak sweet aje. Okey? Lagipun , kita boleh padankan dengan dua style baju. Yang pertama , I nak cari sepasang baju tradisional kita. Lepas tu , masa acara nak potong kek , baru kita buat ala-ala barat. Setuju sayang..?" Hafiz balas dendam , dia membiarkan tangannya menggosok-gosok lengan aku yang terdedah kerana aku cuma mengenakan baju-t dan skirt labuh berbunga-bunga.

Kami macam tak pedulikan pekerja butik yang berada di hadapan kami dan dari tadi asyik cuba mencelah tetapi tak berjaya . Ha ha ha! Dah lepas sesi berbalas-balas dendam baru kami belek-belek baju-baju di dalam album gambar milik butik itu.

Lama kami lepak kat butik ekslusif tu , tapi tak ada pilih apa-apa pun. Semua pilihan tak menepati cita rasa kami masing-masing. Jadi kami cari butik lain. Sampai butik kelima barulah aku dan Hafiz betul-betul berkenan dengan rekaan dan warna baju-baju yang akan kami pakai.

Lepas ni , kami akan lepak di Big Apple . Hafiz kata , ada kawan dia buka syarikat event management . Walaupun tak besar , tapi khidmat dia memuaskan. Aku cuma menurut. Bengkeklah aku kena bincang pasal majlis ni kat Big Apple nanti. Aduh.

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now