17

11.6K 431 1
                                    


Sebaik sahaja tiba di Incheon International Airport , kami terus bergegas mencari tandas. Tak tahan dengan kesejukkan yang mula mencengkam.

Hanya aku seorang sahaja yang terkial-kial memakai baju sejuk yang Hafiz beli. Bila siap pakai baju sejuk , baru aku perasan yang aku tak beli selendang. Ha ha ha! Baru nak ikut stail korea. Hu hu hu.

" Dah siap?" terkejut aku bila tengok Hafiz muncul di muka pintu tandas. Aku cepat-cepat mengangguk. Sempat lagi aku betulkan topi yang tersarung di kepala.

Aku menyaingi Hafiz yang dah macam warga korea dengan kot panjang warna hitam dan seluar bewarna khaki ikut bentuk kaki dia yang sekeping tu. Separuh muka dia terlindung dengan selendang kotak-kotak bulu biri-biri yang juga bewarna khaki. Pandainya dia bergaya. Ha ha ha! Cuci mata sekejap tak apa kan? He he he .

_________________________

Kami cepat-cepat letak beg kat dalam bilik hotel. Duduk hotel memanglah best , tapi yang tak bestnya , aku kena duduk sebilik dengan Hafiz. Puas aku dengan Hafiz memberontak , tapi papa buat dunno je. Tekanan aku. Hu hu hu.

Kami melawat banyak tempat seperti, Terusan Chonggae , Istana Kyongbuk. Singgah solat kejap kat Seoul Muslim Mosque dekat-dekat dengan jalan Itaewon. Lepas solat , kami pergi memenuhkan perut dekat kedai menjual nasi beryani. Tu je satu-satunya kedai Islam yang ada kat sepanjang jalan Itaewon ni. Err, baru tiga tempat rupa-rupanya aku rasa macam banyak sangat. Ha ha ha. Esok aku sambung jalan lagi. Tapi cuma berdua sahaja dengan Hafiz. Sebab mama kata badan dia tak berapa sihat. Mungkin sebab perubahan cuaca. Papa tetap kekal gagah dengan muka James Bondnya . Sayangnya esok papa tak dapat join juga sebab kena tinjau urusan syarikat. Sebenarnya tu lah tujuan asal papa ke sini.

Banyak-banyak tempat yang aku lawati hari ni , Aku memang terpegun gila tengok Istana Kyongbuk. Yang paling best masa aku dapat pegang Hanbok ( pakaian tradisional korea) . He he he. Tak dapat pakai , tengok pun jadilah.

" Lepas ni kita pergi Pulau Nami." Papa senyum kat aku dan mama yang duduk di tempat penumpang dalam teksi ni. Sekali lagi , Hafiz kena lenyek dengan aku. He he he.

Sebaik sahaja tiba di Pulau Nami , aku terpegun lagi. Ha ha ha! Berapa banyak kali mahu terpegun? Hu hu hu. Terus aku menuju ke signboard besar yang bertulis dua bahasa yang aku tak faham. Ha ha ha! Aku cuma faham Welcome! Nami Island! . Orang kat sini , memang susah tahap cipan nak faham bahasa English. Kadang-kadang rasa ada hikmah juga negara kita kena jajah dengan British. Hu hu hu. Mana tak nya , kalau kita tak kena jajah dengan British , mesti kita tidak akan dapat menguasai bahasa English seperti sekarang. Ada betul? He he he.

Tiba-tiba sahaja angin kuat menyapa kedatangan kami. Menggeletar aku. Hafiz selamatlah dengan selendang bulu biri-biri dia tu. Aku ni? Aduh duh duh. Ada topi pun masih tak selamat. Ha ha ha.

Aktiviti utama kami kat Pulau Nami adalah bergambar. Ha ha ha ! Selain dari mencuci mata tengok patung-patung pelakon yang berlakon dalam drama Winter Sonata , kami sempat mencuci mata tengok pelancong-pelancong dari err, aku tak tahu , yang pastinya omputeh . Ramai-ramai datang serbu ambil gambar kat tempat kami ambil gambar. Ceh! Sibuk aje.

Pendek kata , Pulau Nami memang indah. Cantik sangat! Tapi sayang , pokok banyak togel sebab musim sejuk. He he he! Kalau musim panas mesti lagi indah. Nak datang sekali lagi boleh tak papa? Ha ha ha!
Oleh kerana dah terlalu penat , kita orang semua balik ke hotel dengan secepat mungkin. Dan yang pastinya , perkara pertama yang aku buat sebaik sahaja membuka pintu bilik adalah merampas katil yang super lembut! He he he! Hafiz takkan boleh rampas katil ni dari aku!
Dia menggeleng aje. Lantaklah! He he he. Aku buka mata sikit. Nak tengok dia tidur kat mana. Tiba-tiba dia pandang aku. Lama. Aku buat-buat tidur. Aku buka mata semula setelah tengok dia dah berjalan ke sofa dan renung sofa tu pula. He he he, sebenarnya , sofa tu dah penuh dengan barangan yang aku dan dia beli di sepanjang jalan Itaewon tadi. Takkan nak nikmati seorang je , aku kenalah juga ingat kawan-kawan aku. Ha ha ha.

Sebenarnya bukan duit aku pun , semua boss support . Aku tolong pilih aje. He he he. Pilih punya pilih , sampai dah nak dekat 5 plastik untuk aku seorang aje.Boss boleh senyum aje. He he he, terbaiklah boss!

"Arrhh! Sakai kepala akulah!" Dia menggaru-garu kepala dia. Aku dah menahan ketawa. Baru aje ketawa aku nak meletus , dia dah pandang aku. Terus aku pura-pura tidur semula.

Tiba-tiba aje aku rasa ada tangan melingkar di pinggangku. Spontan mata aku terbeliak. Aku baru nak angkat kaki aku nak tendang dia. Tiba-tiba dia tarik aku dalam pelukan. Lagi terbeliak mata aku, macam nak keluar dah bebola mata ni. Hu hu hu.

"Apa kau buat ni?!" Aku terus tendang kaki dia sekuat hati. Dia mengerang sambil ketawa. Gila!

"Kecut kau. Hi hi hi!!" Betul tak center laki aku ni. Hu hu hu.

"Blah arr!" Aku terus bangun dari katil dan berjalan keluar balkoni.
Warrgghh! Terlalu sejuk! Tapi bengang dengan Hafiz punya pasal terpaksalah aku tahan.

"Nak menyorok le tu..." Tiba-tiba aje ade suara kat belakang kepala aku. Aku terus hayunkan kepala aku kebelakang. Pukk!

"Arrggh! Aku punya nose!" Hafiz menyeringai. Aku ketawa sakan. Siapa suruh menggatal. Mulalah datang penyakit gatal dia tu. Huh!

" Sakitlah weh!" Dalam sakit Hafiz sempat tutup sliding door kat belakang dia.Mungkin tak nak suhu suam-suam kuku kat dalam bilik jadi sejuk macam kat luar ni.

"Siapa suruh menggedik?!" Aku dah malas nak duduk kat luar ni , aku terus berjalan ke pintu .

'Krakk , krakk.' Eh , kenapa ni?

"Hafiz! Kenapa pintu ni tak nak buka?!" Aku pula yang menyeringai. Hafiz yang masih mengurut-urut hidung dia cepat-cepat mencuba nasib untuk membuka pintu tu pula. Sah memang tak boleh!! Argh! Apa lagi selepas ni? Aku nak tidur laa.

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now