9

13.2K 484 7
                                    


"Macam mana doktor?" Papa tanya doktor muda tu . Aku pula duduk berteleku di atas kerusi hospital. Apa yang aku rasa tadi? Satu perasaan yang aku tak pernah rasa sebelum ni.

Sekali lagi buat ke kesekian kalinya aku mengusap dada aku. Aku seolah-olah tenggelam di dalam dunia aku sendiri. Arrh! Kenapalah kejadian tadi asyik masuk dalam 'pawagam' otak aku ni?! Aku membuang pandang ke arah wad 305 , tampak suram. Aku cepat-cepat bangun dan menghampiri doktor .

"Macam mana dengan dia?" Aku tanya doktor tu. Aku perasan , lama papa pandang aku. Eih! Aku tanya pasal bini aku pun tak boleh ka? Hu hu hu.

"Keadaan dia tak teruk. Cuma dia terlalu penat. Saya cuma ingin tahu satu hal sahaja , adakah dia pernah kemalangan atau terjatuh kat mana-mana yang melibatkan kepala dia?" Doktor tu tanya. Papa pandang aku , aku pandang papa. Kami masing-masing mengangkat bahu tanda tidak tahu . Doktor itu mengangguk.

"Masa saya rawat Puan Afifah tadi , saya ada tanya dia pasal benda ni .Tapi dia cakap tak ada. Terlalu awal untuk membuat apa-apa spekulasi." Ujar doktor itu. Aku mengangguk. Dia dah okey kan? Dah , aku malas nak ambil pusing.

"Papa , Fiz balik dulu." Papa pandang aku dengan renungan tajam. Sah-sah dia tak benarkan. "Nak naik apa?" Nada dia seolah-olah menyindir. Aku senyum.

"Teksi kan ada" aku menjawab dengan muka sempoi aje. He he he.

"Fif?" Papa tanya lagi.

"Alaa, dah ramai sangat jaga dia kat sini. Biarkan Fiz tidur dengan aman kat rumah tu papa oii." Papa hanya mengeluh. Dia mengangguk juga akhirnya. Aku senyum lebar sampai telinga. Nampak sangat bohong , he he he. Aku terus lari menghilangkan diri.

Sebaik sahaja keluar dari hospital , terus aku mencari teksi. Ada satu!Cepat-cepat aku rebut . Aku sempat pejamkan mata sepanjang perjalanan.
Hari ni satu hari aku tak rehat. Macam- macam hal jadi. Tiba-tiba fikiranku menerawang ke kejadian di pejabat siang tadi. Tak dapat dinafikan , telatah Fif memang comel.
Fif.. Nama yang selalu meniti di bibir Alia tiap-tiap kali bercakap dengan aku. Fif yang ni telah memberi rasa asing di dalam hati ini. Hatiku bermonolog sendiri.

Bila aku teringat muka Fif yang kemerah-merahan bila tengok aktor korea siang tadi aku sudah tersenyum . Tak tahu dia boleh segan sampai macam tu . Sumpah comel!
Hish! Kenapa dengan aku ni?! Aku menggeleng-geleng.

"Bagaimana kalau aku dah jatuh cinta dengan dia?" Aku tanya diri aku sendiri. Pantas kepala aku menggeleng laju.

"Tak , tak , aku cuma rindukan arwah Lia. Ya. Tu dia." Aku menjawab soalan aku sendiri. "Tapi kalau betul?" Aku masih ada rasa was-was.

"Tidak!!!" Aku menjerit tiba-tiba. Pemandu teksi tu dah pandang semacam kat aku. He he he. Adoiiyaii! Kenapalah aku tak boleh kawal diri aku ni! Buat jatuh maruah je. Hu hu hu.

"Sorry sorry" Aku senyum sambil tayang gigi aku yang cantik sebaris ni. Tak ada sesiapa nak puji biar aku puji sendiri. He he he!

*****

"Asalamualaikum?" Aku cepat-cepat bangun bila dengar suara boss. Nasib baik kaki ni terseliuh sahaja. Kalau tak menganga aku nak menghabiskan kerja aku yang tak terhabis tu. Hu hu hu.

" Wa'alaikumsalam." Aku menyalami tangan mama yang berdiri di sebelah boss. Tiba-tiba aku rasa macam perempuan melayu terakhir pula bila cakap lembut-lembut macam ni . Ha ha ha! Apalah! Perasan!

"Macam mana? Ada okey sikit tak?" Boss tanya . Aku hanya mengangguk. Tapi rasa sengal tu tetap ada.

"Okeylah sikit dari tadi. Dapat MC seminggu , tapi kalau saya cuti seminggu nanti siapa nak siapkan kerja yang yang tak berapa nak banyak tu?" Aku tanya boss. Aku buat muka kesian. Mesti boss faham yang aku nak kerja dalam masa terdekat ni. He he he. Maklumlah aku kan pencinta wang terkenal?

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now