32

12.1K 451 4
                                    


Cuma tinggal dua hari sahaja lagi sebelum majlis penting itu. Hari-hari badan aku lunyai kena belasah dengan makcik kat spa kawan mama tu. Hu hu hu . Hafiz pula semakin sibuk . Mentang-mentang dia dah menang dapatkan tender tu , sampai aku kat rumah ni pun dia dah nampak. Hari-hari bawa balik dokumen-dokumen dari pejabat.

"Kak , oh kak? Yang ni dah siap?" Terkejut aku dengan sapaan Syazana secara tiba-tiba. Aku terus memandang Syazana seraya mengangguk. Jauh sangat aku mengelamun , sampai bunga telur di tangan pun aku tak perasan.

"Ingatkan siapa? Yang sulung ke yang bongsu?" Aku baru aje nak mengelamun lagi , Syazana dah kacau daun. Apahal pulak dengan anak angkat boss ni , tanya benda yang bukan-bukan. Mestilah aku tengah ingatkan laki aku . Habis tu takkan nak ingatkan Haizrill? Ouch! Dah kronik dah angau aku ni. Maklumlah , dah hampir tiga hari kami tak bersapa .

Aku pulang aje dari spa , aku tengok Hafiz masih belum balik dari pejabat. Pulang dari spa memang comfirm tertidur sampai tak sedar diri punya. Kebetulan aku tengah period . Kadang-kadang dari petang aku tidur sampai ke subuh aku tak sedar lagi. Memang boleh jadi saudara beruanglah aku . Asyik tidur aje memanjang.

"Hmph , yang bongsulah tu. Kesian along. Huh." Aku mengangkat kening. Haik? Apa masalah Syazana ni? Macam tak puas hati aje dengan aku. Aku terus buat bodoh aje. Aku memang dah terbiasa dengan layanan yang sebegini rupa dari keluarga papa. Terutama makngah Hafiz. Dia kalau mengutuk , memang tak akan berhenti . Kadang-kadang nak tunggu sampai papa sound baru dia boleh berhenti.

Dan sebab ramai saudara dan makcik-makcik Hafiz membenci akulah , sekarang ni hanya segelintir sahaja sepupu -sepupu Hafiz datang menolong. Alhamdulillah , semua yang datang memang peramah. Tak adalah rasa terhina sangat .

"Fif , kak Yana tengok Fif dah letih sangat dah. Dari petang tadi menghadap bunga telur ni. Pergilah rehat dulu. Benda ni akak dengan kak Faiza boleh tolong habiskan." Wah Kak Yana , terbaiklah. He he he. Kak Faiza pun terangguk-angguk mengiyakan kata-kata Kak Yana.

"Tah , pergilah rehat Fif , tu hah Hafiz dah balik dah pun." Kak Feeza pula menyampuk. Tegak kepalaku mencari kelibat Hafiz.

"Kejap eh kak? Orang nak jumpa Hafiz kejap. Kejap lagi orang tolong akak balik tau." Aku terus bangun seraya berjalan menuju ke arah Hafiz.

"Pergi lama-lama pun tak pa." Kak Yana bersuara. Aku cuma tersenyum aje.

" Hai Fif.." Hafiz terus menarik aku duduk disebelahnya. Aku langsung tidak mengukirkan senyuman. Benci! Suka buat orang tertunggu-tunggu.

" Mr Hong hari ni puji presentation abang superb." Aku tidak memberikan sebarang reaksi. Hatiku masih mendongkol sebab dah banyak hari Hafiz langsung tidak menegur aku. Hurm , mengenai panggilan 'Fif' dan 'abang' itu cuma lakonan ya? Sebab saudara-mara Hafiz ada disini.

"Sayang marah kat abang ke?" Hafiz duduk menghadapku pula. Aku memalingkan wajah. Terus Hafiz tersenyum.

"Marahlah tu. Sayang , pandang abang.." Aku tak nak! Huh! Alangkah bahagianya kalau hari-hari Hafiz selembut ini kan? Hu hu hu.

"Pandanglah.." Hafiz berbisik lagi. Warrgghh! Tak tahan! Romantik sangat . Perlahan-lahan aku memusingkan wajah memandang Hafiz.

"Im sorry okey? Abang terlalu sibuk sejak dapat tender ni. Abang janji , esok abang akan stay dengan sayang satu hari okey?" Aku terpujuk dengan pujukan Hafiz. Aku tidak terus menjawab , bimbang Hafiz akan mengesan yang aku memang perlukan dia.

"Hmm" Sepatah sahaja jawapanku. Itupun lambat-lambat baru aku menjawab. Hafiz tersenyum seraya menguak rambutku yang terjuntai jatuh ke dahi. Satu kucupan hangat singgah di dahiku sebelum jatuh ke kening. Aku menutup mataku buat seketika.

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now