10

13.7K 470 9
                                    


Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam ruangan pejabat , mataku terus melilau mencari meja Fif. Jumpa! Terus aku menyusup ke meja Fif yang nyata terlindung dari penglihatan staf-staf lain.Lepas aku letak dokumen tu , terus aku menyusup ke pantri pula.

Lama aku perhatikan meja Fif baru aku masuk ke dalam bilik papa. Aku masih belum dikurniakan satu bilik lagi sebab papa anggap aku ni masih tak pandai buat kerja lagi. Hu hu hu. Aku harap papa akan ubah fikiran setelah aku menunjukkan ke'bengongan' aku. Ho ho ho!

"Hah! Mari-mari! Duduk kat sini , buat balik draf yang papa ajar semalam. Kalau salah lagi siap kamu." Papa ugut aku dengan muka James Bond dia lagi. Aku buat muka bengkek. Alaa setakat draf , kacang tanah laa!

"Ye la. Ye la. Kalau salah jangan salahkan Fiz tau." Aku sengaja mengusik papa. "Cubalah kalau kamu nak nyawa iPad kamu ni panjang lagi." iPad? Ya tak ya! Mana iPad aku ya? Aku memandang kearah boss yang dah tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Ni hah!" Papa tayangkan iPad tu kat aku. Aku ternganga!"Papa!" Baru je aku nak rampas papa dah ugut nak baling. Aku mengeluh. Terangkat-angkat kening aku tanda tak puas hati.

"Dah , papa nak pergi mesyuarat. Siapkan! Papa tahu , papa balik je dah siap." Papa terus keluar dari bilik dia sambil gelak jahat. Why ? why? Why? Aku dapat papa macam ni , hu hu hu.Terus aku tengok kertas-kertas yang berselerakkan di atas meja mini yang dikelilingi sofa. Nak tak nak , kena aku siapkan. Tiba-tiba otak aku beri aku satu idea baik punya... He he he. Aku terus keluarkan telefon bimbit aku .
'Pa , kalau Fiz berjaya siapkan draf ni sebelum papa habis mesyuarat Fiz nak out awal. Tau?! Okey? Babai!' Aku dah tersengih seraya menekan punat maya send. Aku mematah-matahkan jari- jemariku sebelum memulakan kerja. Otak aku dah fikir nak cuti je. He he he.

"Siap pun!" Aku tengok jam. Wah , catatan masa yang baik! Aku siapkan draf ni dalam masa 1 jam 23 minit sahaja. Aku bangga! Ha ha ha! Cepat-cepat aku letak draf-draf tadi kat atas meja papa dan terus capai beg galas aku. Aku terus cabut bila terdengar suara-suara papa ketawa bersama beberapa orang veteran lain. Fuh , nasib baik papa tak perasan. Kalau tak terderalah otak aku buat hari ni.Aku memandu keretaku ke destinasi yang tidak pasti. Nak balik rumah , belum masa makan tengahari lagi. Buat niaya je telinga aku nanti kena membebel dengan mama. Maklumlah mama dengan papakan satu kapal. Aku berhenti di bahu jalan sambil fikir aku nak kemana.

"Macam rasa nak buli oranglah hari ni.. He he he." Aku dah tersengih nakal.

****

'Tet , tet , tet, tet ,' Aku dah bosan main Angry Bird. Tak ada satu pun perkara yang berfaedah yang boleh aku buat. Nak pergi jogging , kalau papa tahu ni mati aku. Ha ha ha boleh jadi nak jogging dengan kaki yang macam ni? Memang cari nahas.

"Asalamualaikum.."

" Ya Allah aku dah mati! Err... Ha ha ha. Sorry .." Aku dah garu-garu kepala kau yang tak berapa nak gatal ni sambil ketawa tak ada nada. Terus telefon yang aku dapat dengan hantaran dulu. Alaa Samsung Corby 2 je. Hu hu hu.Aku tengok Adam Haizrill datang hampiri aku . Cepat-cepat aku bangun siap betulkan rambut lagi .
Dia senyum. Ada terselit riak risau dari wajahnya yang lembut itu.

"Macam mana boleh jatuh?" Dia tanya sambil melabuhkan punggungnya di atas katil. Aku mengangkat bahu.

"Dah nak jatuh , jatuh jugak." Ujarku dalam nada berjenaka.

"Macam mana awak tahu?" Aku tanya dia.

"Pagi tadi saya balik rumah kejap ambil barang tertinggal. Saya tanya bibik. Kenapa awak tak bawak motor awak. Tu yang bibik bagitahu semua kat saya." Dia menerangkan semuanya. Aku terangguk-angguk
.
"Jadi , macam mana hidup?" Dia tanya aku. Aku tersenyum.

"Im annoyed with your brother." Dia pula yang tersenyum. Nak adakan pertandingan senyum apa? Ha ha ha!

" Kenapa?" "Sebab dia memang menyakitkan hati." Satu keluhan terbit dari bibir comel aku ni. Comellah sangat. He he he.

"Ye ke? Ada macam cipan tak?" Aku tergelak. Ha ha ha!

"Ada! Ada!" Comel sungguh ini mamat bila ketawa. Macam-macam cerita kartun dia buat untuk hiburkan hati aku.

****

"Kurang jeruk punya gemok. Dia boleh bersekongkol dengan si Zrill kutuk aku habis-habisan?" Aku mengepal mencakar-cakar dinding hospital dengan kuku yang tak panjang ni. Kalau aku tahu nak jadi macam ni , tak jadi aku potong kuku selasa hari tu.
Boleh buat cakar muka si Zrill ke , tunjuk perasaan kat dinding ke? Ha ha ha! Macam nyah pun ada!

"Apa? Dia pernah terkencing kat dalam seluar mase kecil-kecil dulu?!Ha ha ha!" Si gemuk ni ketawa macam nak mampus lagi. Grrr... Bila masa aku kencing dalam seluar!! Err.. ada rasanya.. Tapi sekali je laa! Nasib baiklah kau adik aku, kalau kau bukan adik aku. Aku dah gulai kau hidup-hidup. Grrr..

"'Terkencit' pun pernah??" Aduh duh duh duh. Maruahku sudah tercalar. Rahsia yang paling besar dalam hidup aku dah pun terbongkar... Aku tak nak hidup lagi.. Eh , tak boleh-tak boleh , nanti scandal scandal aku bunuh diri pulak kang.

"Ha ha ha! Tak boleh blah. Nak tempat strategik jugak. Terlebih strategik pun ada. Boleh jadi terkencit kat mall." Terangkat-angkat kening aku . Bibir aku dari merah menyala dah jadi putih dah aku gigit. Betul-betul mencabar keimanan aku gemuk ni. Patutnya isteri jaga maruah suami . Ni , dia sendiri ketawakan suami yang mulia macam aku ni. Hu hu hu.
Tiba-tiba aku terasa badan aku terdorong kehadapan. Ada orang tolak!

"Apa kamu buat terhendap-hendap ni Hafiz?" Terus aku jadi patung lilin yang sedang membongkok sambil pandang ke Fif dengan muka yang tiada perasaan. Sumpah aku malu! Ha ha ha!
Muka aku dah transform jadi tomato dah. Hu hu hu. Aku tengok muka Fif , dia bukan nak minta maaf. Jeling lagi ada. Huissh! Mencabar keimanan sungguh.

"Yang kamu membongkok kat situ macam cacai angkat najis tu kenapa?" Serentak bergema bilik tu dengan tawa manusia-manusia yang ada hati tapi tak ada pankreas. Hu hu hu! Aku sedih. Terus aku menegakkan pinggang dan berdiri di sudut bilik. Sebenarnya aku rasa terpinggir sebab mama , papa dan Fif pinggirkan aku. Hu hu hu.

Kalau si Zrill nak pinggirkan aku , aku tak apa lagi suka. Aku pun malas nak layan dia. Lagi-lagi lepas dia dah pecahkan rahsia negara aku ni. Marah. Marah! Tiba-tiba hidung aku menangkap bau harum ayam masak lemak cili api.

Huuuu, sedapnya . Nak jugak! Aku hampiri mama , tangan aku baru je nak cuit sikit ayam tu . Mama lebih pantas , terus dia lepuk tangan aku yang putih melepak macam anak cina ni . Ha ha ha! Angin perasan aku dah mai dah.

"Epp! Ni untuk Fif aje. Jangan mengada-ngada." Sayuuu hati ... sayulah lagi.. tiba-tiba je lagu tu berkumandang. Kecur air liur aku tengok ayam masak lemak cili api tu. Mama tahu tak mama dah membuat anak mama yang comel lagi kacak ni kempunan? Kalau aku cakap ni depan-depan sah, sah papa yang jawab. Dia akan jawab macam ni,

"Tampar nak?" hu hu hu.Aku terus keluar dari wad sambil buat muka kempunan. Perut aku dah bunyi lagu heavymetal dah ni. Sikit lagi terus jadi opera mini pulak. Ha ha ha.

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now