27

10.6K 445 10
                                    


Bau ni . Bvglari Aqva. Takkanlah.. Cepat-cepat aku membuka mata. Isk! Macam mana aku boleh tidur sambil dipeluk oleh si mamat buaya ni!

"Hey, hey , hey. Bangunlah . Dah pukul 6.30. Bilanya aku nak solat kalau kau asyik nak peluk aku macam ni." Aku menolak dada Hafiz dengan jari telunjukku. Menggigil-gigil aku kerana berdebar. Ha ha ha! Apsal pulak aku nak berdebar ni?

"Apa..?" Hafiz mengeratkan lagi pelukan. Hui! Melampau ni. Aku menolak lagi dada bidang Hafiz tu.
" Aku nak bangun solatlah . Lepaslah." Aku dah mengalah . Pagi-pagi macam ni memang sejuk. Dahlah pakai penghawa dingin , hujan renyai-renyai pulak kat luar tu. Memang boleh beku!

Hafiz membuka matanya perlahan-lahan. Mula-mula dia senyum tengok aku. Tiba-tiba..

"Arrgghhh!!! Arrghhhh!! Apa kau dah buat kat aku?!! Arghhh!" Aku terkejut beruk.Apahal dengan dia ni? Syndrome down ke? Ha ha ha!

"Apa hal? Apa hal?" Tiba-tiba sahaja pintu bilik kami ditolak dari luar.

Aku dan Hafiz saling berpandangan. Terus kami menolak antara satu sama lain. Dah dua-dua jatuh atas lantai. Aduh , punggung aku. Hafiz ni memang dah kena sampuk pagi-pagi ni tau!

" Oh! Papa kacau ke..?" Papa dah buat muka James Bond lagi. Muka aku dah merona merah. Aku pandang Hafiz dengan pandangan tidak puas hati .

"Kamu ni Hafiz kenapa jerit-jerit pagi-pagi buta ni? Buang tebiat apa?" Mama condemned Hafiz. Aku dah nak tertawa. Papa dah sengih-sengih dari tadi . Mesti papa fikir benda lain ni...

" Sorry , sorry . Tak sengaja." Hafiz dah menggaru-garu kepala dia.

"Dah , termenung apa lagi? Pergi solat Hafiz." Mama mengarah. Hafiz cepat-cepat bangun dan terus berlari masuk ke tandas.

Lepas aje mama tutup pintu , terus dia keluar dari tandas. Ceh , auta lebih! Aku terus bangun sambil mencapai tuala mandi di tepi bilik air.

" Err , sorry pasal tadi . Aku ingatkan Melinda. Aku mengigau rupa-rupanya." Aku dah jeling dia seratus enam puluh darjah. Ceh! Pagi-pagi lagi nak buat aku marah. Dah papa dan mama fikir lain. Hu hu hu .

Aku tak memberi sebarang jawapan. Aku terus masuk ke dalam bilik air. Belum sempat aku menutup bilik air , pintu tu ditolak dari luar.

"Fif , aku tahu kau loading . Tapi aku rasa aku kena cakap jugak hari ni . Aku sebenarnya .. Sebenarnya .. Aku.."

"Aku ape!?" Terkejut Hafiz. Siap melompat kebelakang lagi. Ha ha ha! Comellah!

"Aku tak tahu nak cakap macam mane , tapi aku rasa aku dah.."

"Hafiz!"

"Jet'aime!" Aku mengangkat kening. Apa yang dia cuba lakukan ni?

"Hah? Jeti amer?" Aku dah ketawa sakan. Apa masalah Hafiz pagi-pagi ni? Dia nak pergi ajak aku memancing ke sampai pergi jeti?

"Ya Allah! Kenapa bini aku betul-betul loading ni?!!" Aku dah mengangkat kening. Hah? Loading?

"Apa yang kau cuba sampaikan sebenarnya hah? Hafiz?!" Aku dah menghadap Hafiz. Senang face to face .

"Kau pernah rasa macam ni tak?" Hafiz terus memelukku. Aku tergamam. Kedua-dua belah tanganku melekap ke dada Hafiz yang bidang tu.

'Dup , dap, dup , dap.' Laju sangat denyutan jantung dia. Sama seperti aku. Lagi laju bila mata kami bertembung.

"Pernah rasa macam ni?" Bisik Hafiz perlahan. Aku hanya mampu mengangguk.

"Tahu apa perasaan ni..?" Dia tanya aku.

"Tak." Hafiz dah gigit bibir kuat-kuat. Aku tersengih. Ha ha ha! Aku taknak lah nak terus jump into conclusion . Kan?

" Hadoii.." Terus Hafiz peluk aku kuat-kuat.

"Hey ,hey. Aku lemaslah." Aku mula menolak tubuh Hafiz.

"Stay still ." Aku terdiam. Aku terus membiarkan dia memeluk aku . Boleh sesak nafas. Dia macam nak balas dendam aje.

"Lepas ni , kau boleh ajar aku solat kan?" Aku terkejut dengan pertanyaannya yang secara tiba-tiba tu.

"Boleh tak?" Dia tanya lagi. Aku terus angguk. Hafiz dah leraikan pelukannya.

"Tak dengar jawapan pun..?" Hafiz memandang tepat ke dalam mataku. Aku dah melarikan wajah.

"Iya , boleh . Kau serius ke ni?" Hafiz mengangguk. Terus aku peluk dia . Wahh! Alhamdulillah dia nak berubah!

Haik? Apsal badan Hafiz kaku je ni? Aku lepaskan pelukan dan terus tatap wajah dia. Ha ha ha! Dah merah dah muka dia aku buat. Hi hi hi! Comel!

" Kita start lepas habis kerja nanti okey?" Hafiz hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Mandilah dulu." Dia menolak lembut bahu aku masuk ke dalam bilik air. Ini kali kedua dia bercakap dengan aku sebegini lembut. Memang boleh cair tau.

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now