Bab 1: Violent Brother

9.5K 666 59
                                    

"Kenapa kau datang ke sini hah?! Kau sedar tak,kau tak layak berada di sini lagi! Istana ni bukannya milik kau! Hei betina sial! Aku benci tengok muka kau! Baik kau pergi dari sini sekarang! Pergi!" Satu suara garau menjerkah lantang dari atas tangga.Kakinya laju menuruni anak tangga sehinggakan hentakan kasut mewahnya kedengaran.Ianya adalah abang kandungku,Asrian Elfolyth Elfrian.

Ianya adalah abang kandungku,Asrian Elfolyth Elfrian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ah... Panjang benar namanya untuk disebut.Membelitkan lidah saja.

Aku hanya selamba duduk diatas sofa tanpa sedikitpun rasa gerun.Jerkahannya itu diabaikan aku seratus peratus.Aku menyilangkan kaki dengan gaya berlagak habis.Secawan teh yang masih panas dicapaiku lalu airnya aku hirup.

Pahit.

Tak sedap.

Tetapi aku endahkan.

Aku berhenti menghirup air tersebut tatkala Asrian sudah tegak berdiri di hadapanku dalam keadaan bercekak pinggang.Wajahnya memerah.Nampaknya Asrian semakin menyingga melihatku berkeadaan selamba begini.

"Selama petang kakanda.Duduklah sekali dengan adinda.Temankanlah adinda minum petang."

Sengaja aku mempelawanya walaupun aku tahu yang dia pasti menolak.Nak bukti? Sekejap lagi dia pasti akan...

"Tak! Aku tak ingin langsung duduk bersama kau,apatah lagi minum petang bersama kau! Kau pembawa malang! Pergi dari sini!"

Tengok? Belum sempat aku habis bersuara,dia dah melenting sebegitu.Betul kan apa yang aku cakap tadi? Dia pasti akan menolak punya.

Perlahan-lahan aku letakkan cawan yang dipegangku tadi ke atas piringnya semula.Dengan wajah blur,aku memandang dia.

"Pergi dari sini? Maksud kakanda?" Aku menyoal bodoh.Pura-pura tak memahami.Sengaja ingin menyakitkan hatinya.Macamlah aku tak tahu apa yang dimaksudkannya.

"Oh? Tak faham ya? Biar aku buatkan kau faham!"

Asrian bersuara garang.Tanpa kusangka,tiba-tiba sahaja dia merampas piring tadi dari tanganku.Segala isinya lantas dicurahkan ke tubuhku.Cawan tersebut dihempaskan pula ke lantai.

Pecah berderai ia dibuatnya.

"Arghh!" Ada sesetengah dayang yang menjerit nyaring melihatku diperlakukan sebegitu.Manakala aku pula hanya tunduk membisu,memandang tubuhku sendiri.Basah.

Habis kotor gaun putihku dibuatnya... Sudahlah aku jahit sendiri gaun ini..

Perlahan-lahan aku menepis habuk-habuk teh yang melekat.Ceh.Membazir betul.Kalau tak sedap sekalipun,tak usahlah dibuang.Tak bersyukur langsung.Tak tahu ke dalam dunia ni,ada mereka yang kelaparan sehinggakan batu pun sanggup ditelan?

"Apa ni..? Membazir betul.." Bebelku seraya menepis perlahan serbuk teh yang melekat di rambut biruku.Sia-sia saja aku berdandan cantik-cantik untuk hari ini.

"Hei betina! Kau tak faham bahasa ke hah?! Dah pekak?! Tak tahu nak pergi lagi?! Ke kau ni nak aku guna cara kasar? Kau nak pengawal heret kau keluar baru kau nak keluar?! Begitu?!" Dia menjerkah lagi.

The Cursed ElvesWhere stories live. Discover now