Bab 11: Sharing Is Caring

6.3K 528 7
                                    

"Wei Astral! Apa yang kau nak buat dekat Lycra?! Kau nak bawa dia pergi mana?" Ruven melaung nyaring tatkala Astral mengheretku sehingga ke anak tangga.

Langkah Astral serta-merta terhenti.Dia menoleh untuk seketika.Wajahnya masih lagi serius.

"Aku nak bawa dia ke bilik tetamu dan rawat luka dia.Kau tak nampak ke yang dia ni dah luka teruk? Tak kesian ke?"

Bicara Astral membuatkan dahi Ruven berkerut seribu.

"Bilik tetamu? Kau ni dah lupa ke apa,Astral? Kalau Lycra tidur dekat situ,aku pulak nak tidur mana? Aku guna bilik tu kut! Lagipun aku masih nak menetap dekat sini untuk sebulan lagi.Kau ingat,aku nak tidur dekat luar bilik? Dekat sofa? Huh.Jangan haraplah! Tak ingin aku!" Balas Ruven,ego.Nampaknya dia benar-benar tekad dengan keputusannya itu.

Astral mengaru-garu kepala yang tak gatal.Dia memandangku dengan wajah bingung.Tiba-tiba ada senyuman gatal yang terukir.

"Hmm...Kalau bilik tetamu dah penuh,ini bermakna tak salah kan kalau Lycra tinggal sebilik dengan aku? Kan? Boleh kan?"

Mataku serta-merta membulat.

"Apa?!" Aku,Aesar,Ascal dan Ruven menjerit serentak.

"Tak boleh! Lycra tak boleh tinggal sebilik dengan Astral! Tak boleh! Tak bolehhh!" Bantah Ascal habis-habisan. Dia meronta-ronta bagaikan anak kecil tak dapat gula-gula di situ.

"Tidakkk! Jangan Astral! Jangann!" Aesar juga tidak kurang samanya dengan Ascal.Dia juga turut meronta-ronta di situ.

"Kau jangan mengarut Astral! Macam mana kalau ayahanda dan bonda kau tahu tentang hal ni?! Tak ke nahas?! Kau dah gila nak bawa Lycra masuk dalam bilik kau?! Dia tu perempuan dan kau tu lelaki! Macam mana kalau ada apa-apa yang jadi nanti?!" Ruven juga turut membantah.Panjang berjela benar ayatnya itu.

"Hahahahahaha!"

Astral terus sahaja bergelak kejam.

"Aku tak kesah apa yang korang nak cakap sekalipun.Walau apa cara sekalipun,Lycra tetap akan sebilik dengan aku.Hahaha! Selamat malam! Bye-bye!"

Tanpa ku sangka,tiba-tiba saja Astral mendukungku di bahunya,sama seperti awal kami bertemu.Anak tangga didakinya penuh selamba.

Aku terkedu.Tiada suara yang mampu terkeluar.Otak aku blank untuk seketika. Kemudian baru aku sedar yang aku kini...benar-benar dalam bahaya!

"Wargghhhh! Tolong saya! Tolongggg!" Jeritku,nyaring.Aku meronta-ronta ganas namun apakan daya,kekuatan Astral lebih menadingi kekuatanku.

Dia masih selamba menaiki anak tangga seperti tadi.

"Woi Astral! Kau memang dah gilalah! Kau sedar tak apa yang kau sedang buat ni?!"

Ruven bingkas berdiri.Dia terus saja membuka langkah,cuba mengejar Astral dari belakang.Anak tangga didakinya satu per satu.

Aku masih lagi meronta-ronta seperti tadi.Terasa sungguh terdesak untuk melepaskan diri ketika ini! Warghh! Astral memang dah gila!

"Ruven! Tolonggg! Tolong saya! Saya tak nak sebilik dengan Astral! Tolongg!" Pintaku,terdesak meraih simpati.

Ruven yang masih lagi berusaha mengejar dari belakang,dipandangku dengan pandangan meminta belas kasihan.Tolonglah! Tolonglah selamatkan aku dari raksasa ini!

Namun usaha Ruven gagal apabila Astral lebih pantas menculikku masuk ke dalam biliknya. Pintu dihempas lalu dikunci rapat.

Tock! Tock! Tock!

Kedengaran bunyi pintu diketuk laju dari luar.

"Astral! Bukak pintu ni,Astral!"

Jeritan Ruven dari luar di endahkan Astral sepenuhnya. Dia lantas menghempaskan tubuhku keatas katilnya.Tubuhku terlantun-lantun sedikit lantaran katilnya yang empuk.

The Cursed ElvesWhere stories live. Discover now