Bab 16: No Choice

5.9K 445 41
                                    

Astral POV.

Perlahan saja kakiku melangkah menuruni anak tangga.Tangan Lycra digenggamku sekemas mungkin,takut seandainya dia cuba untuk melarikan diri.Sempat juga aku meramas tapak tangannya untuk beberapa kali.Baru aku sedar,tapak tangannya terasa kasar semacam.

Adakah selama ini...Lycra hidup dalam kesusahan? Ataupun...adakah dia dipaksa menjadi kuli kepada Puak Hazels itu? Ataupun...dia dijadikan hamba kepada mereka?

Pelbagai andaian negatif menerjah masuk mindaku.Simpati pula rasanya.Entah mengapa aku merasakan yang aku perlu melindungi dirinya.Melindungi dia dari keperitan dunia.

Lantas aku menoleh ke arah belakang,memandang Lycra yang hanya tunduk melihat anak tangga.Wajahnya seekan-ekan dirundung sedih.Namun begitu pipinya berona merah.Mungkin dia malu.Entah kenapa kini,dia kelihatan sangat comel di mataku.

Aku memfokuskan kembali tumpuanku kearah anak tangga.Sebenarnya tak banyak pun anak tangga yang ada dekat sini.Cuma aku saja yang tak ingin tergesa-gesa turun.Lagipun aku harus bertimbang rasa dengan Lycra.Kakinya terluka,jadi susah untuk dia berjalan.

"Baiklah... Kita dah sampai ruang tamu semula..." Ucapku,riang.Anak tangga yang terakhir dilangkah bersama senyuman suka.

Namun Lycra langsung tidak bersuara.Malah,langsung tidak mengangkat wajahnya.Sedikit sebanyak,aku berkecil hati.Kenapa tiba-tiba sahaja ni?

"Lycra.. Kamu tak sihat ke..?" Soalku,risau.Pipi Lycra dipegangku.Haba panas menerjah permukaan kulitku.

"Saya.....saya tak apa-apa!" Tiba-tiba saja Lycra bersuara separuh menjerit.Dia menepis laju tanganku dari terus memegang wajahya.

Aku tersentak.Dada kiriku digosok perlahan.Terasa jantungku berdetak laju. Hish...macam nak terlompat keluar je jantung aku tadi! Di luar sedar, aku menjauhkan diriku darinya.Pandanganku dihalakan kearah lain.Berkecil hati.Apakah keprihatinan aku tadi harus dibalas dengan jeritan?

Tiba-tiba, aku dapat merasakan hujung lengan bajuku ditarik seseorang.Perlahan-lahan aku menoleh.Lycra yang kini tersipu-sipu malu,menjadi santapan mataku.

"M-maafkan saya... Selama ni....tak pernah ada sesiapa yang berani nak pegang tangan saya,kecuali awak dan Asrian... Jadi..saya gementar dan pada masa yang sama.....saya malu..." Terangnya tanpa kupinta.Jari runcingnya dimain-mainkan.Dia tunduk memandang lantai.

Bicaranya itu membuatkan aku terkedu.Lycra...tidak pernah menyentuh sesiapa selain abangnya dan aku? Ya Tuhan! Betapa sucinya gadis ini!

Di luar sedar,bibirku mengukir senyuman lebar.Lantas aku meraih tapak tangannya semula sebelum mengenggamnya penuh erat.Pipi Lycra yang berona merah,benar-benar mengusik tangkai hatiku.

"Beta gembira apabila beta dapat tahu bahawa beta adalah jejaka asing pertama yang memegang tangan kamu.Marilah...kita menjamu selera.Beta dah lapar sangat ni.. Lagipun,beta sudah tak sabar ingin perkenalkan kamu kepada bonda dan ayahanda beta.Is it okay,my princess?"

Aku lihat,mata Lycra tiba-tiba sahaja membutang ketika ini.

"Hah?! Apa..? Jumpa dengan bonda dan ayahanda awak?! Biar betik?! Tak naklah! Nanti apa pulak kata diaorang nanti.Dahlah saya pakai selekeh macam ni.Malulah!" Bantahnya kalut,dalam nada separuh menjerit.

"Hahaha!" Ketawa kecil terletus dari bibirku.

"Haha! Janganlah kamu risau! Bonda dan ayahanda beta,dua-duanya peramah.Malah,diaorang itu penyayang orangnya.Beta yakin,kamu pasti suka.Marilah." Aku cuba menarik Lycra agar mengikuti langkahku namun sang gadis langsung tidak berganjak.

"Tapi Astral...! Saya....saya takut!" Ucap Lycra,gelisah.Dia terkial-kial untuk melepaskan diri dariku.Tidak kurangnya juga bersama rontaan kecil.

Gelak ketawaku semakin menjadi-jadi.

"Hahaha! Tak adanya tapi-tapi! Bonda dan ayahanda beta bukannya makan orang.Cepat...! Ikut beta..!" Aku mengakhiri kata-kataku dengan menarik Lycra ke dewan makan.


_________________👑________________

Lycra POV.

Astral menarikku secara paksa hingga ke hadapan pintu dewan makan.Wajahku masam.Aku tak suka diperlakukan seperti ini. Dah rasa macam barang dagangan lah pulak.

"Baiklah.Kita dah sampai." Astral bersuara seraya membuka pintu utama dewan makan yang bercorakkan berlian itu.

Aku tergamam tatkala suasana yang indah menyapa ruang mataku.Dewan makan yang luas ini,dihiasi dengan langsir biru separa merah.Warna kedaulatan antara dua puak.Puak Blues dan Puak Reds.Alas meja makan yang berwarna merah jambu pula,membangkitkan suasana romantik.Disertai juga dengan lilin yang bercahaya malap.

Alunan muzik,indah kedengaran di cuping telinga.Mewah.Semuanya tampak mewah.Namun apa yang menghairankan aku ketika ini adalah,dewan makan tersebut nampaknya kosong.Tiada bayang sesiapa pun yang kelihatan.

Keadaan ini membuatkan aku terasa seperti telah diperbodohkan.Aku betul-betul bencikan perasaan ini.

"Kenapa...tiada sesiapa pun dekat sini?" Soalku,curiga.Wajah Astral ditenungku.

Astral hanya mengukir senyuman manis.Mata biru violetnya bersinar indah.

"Sayangku,Lycra... Memanglah tak ada orang... Tak ada majlis pun yang berlangsung hari ini.Sini dewan makan aras bawah.Tempat untuk beta dan keluarga bersantap,berada di aras teratas." Terangnya berserta jari yang menunding kearah satu sudut.

Anak mataku mengerling tepat kearah sudut yang ditundingkan Astal.Baru aku sedar,ada tingkat nombor dua di situ.Okey...baru aku faham...kenapa tak ada orang dekat sini.Keluarga Astral gunakan tingkat atas.Jadi dewan bawah ini hanya dibiarkan sepi.

"Jadi? Apa tunggu lagi,Lycra? Marilah...beta ingin perkenalkan kamu kepada...bonda dan ayahanda beta.Tak sabar pula rasanya." Untuk kesekian kalinya,Astral menarik tanganku,memaksa diriku mengikut setiap langkahnya sekali lagi.

Aku hanya mampu mengeluh perlahan.Hatiku berdebar-debar.Andaian negatif menerjah minda.Takut seandainya bonda serta ayahanda Astral memandangku dengan pandangan jelik.Ditambah lagi apabila pasangan kembar (Aesar&Ascal) dan juga sang jejaka sombong (Areavin) yang sudah semestinya turut berada di situ.

Memikirkan hal ini,jantungku tiba-tiba berdetak cemas.

Bagaimanakah pandangan mereka terhadapku nanti? Sudahlah aku berpakaian selekeh sekarang.Pakaian yang dipinjamkan Astral pulak tu.Mesti mereka akan berandaian negatif nanti.

Dan...bagaimana jikalau aku terbuat sesuatu perkara yang bakal memalukan diriku sendiri?

Arghh! Terlalu banyaknya kemungkinan! Kusut pulak otak aku jadinya!








to be continued..

The Cursed ElvesWhere stories live. Discover now