Bab 29: Conflict

4.7K 356 28
                                    

Lycra POV:

Setelah selesai makan...

    Aku duduk di kerusi panjang yang terletak di belakang rumah Rafael,bersama lamunan panjang. Rambut ikal mayangku,aku dandan perlahan. Diriku masih lagi terkenangkan Astral,iaitu sang jejaka yang baik hati semalam.

   Dan...aku juga tak lupa tentang abang sadisku,iaitu Asrian.

    Jika dihitung semula, ini hari adalah hari kedua aku hilang dari Kerajaan Puak Hazels.Mungkin Asrian sudah pun dikerah untuk mencariku.Dan berkemungkinan juga dia dalam perjalanan ke sini,untuk mendapatkan aku.

    Hari ini,sudah masuk 2 haribulan Februari. Hari lahir aku yang ke-25 nanti adalah pada 28 Februari nanti. Ini bermakna, aku cuma ada 26 hari lagi untuk hidup.

   Aku tersengih duka.

    Sekarang ni aku sepatutnya berada di Pinggir Kota,menuai segala hasil semaian aku sebelum ini. Aku rindu untuk merasa embun pagi pada kulitku. Aku juga rindukan angin pagi yang acap kali menerpa wajahku pada waktu subuh.

   Kasihan lobak-lobak aku di sana.Mesti mereka haus kerana tiada tuan yang datang menyiram mereka setiap pagi dan petang.Risau pula aku seandainya tubuh mereka digigit ulat mahupun serangga perosak.Kasihan mereka... Mesti mereka juga turut merindui aku kini:-seperti mana aku rindukan mereka.

   Buat seketika,dahiku mulai berkerut seribu.Aku mengaru kepala yang tak gatal. Apa yang aku mengarut tadi? Tubuh? Rindu? Lobak pun mempunyai tubuh ke? Lobak pun boleh rindu ke?

   Hurm... Lantaklah.

    Aku bangun lalu menuju ke arah kolam ikan yang terdapat di situ. Kecil saja saiznya;- bulat tetapi aku yakin banyak ikan yang boleh ditempatkan di situ.Dengan senyuman pudar,aku duduk di tepian kolam dengan kedua-dua belah kaki yang dimasukkan ke dalam air.

   Ikan Koi menderu-deru datang ke arahku. Ada sesetengah darinya datang bergesel pada kakiku dan mengigit-gigit balutan lukaku.Comel sekali karenahnya.

   Aku tersengih suka. Air tersebut,aku kocak dengan hujung jariku.Ikan-ikan tersebut lari bertempiaran sebelum datang membelai kakiku semula.Nampaknya ia tetap mahu bermanja. Terasa bagai kesedihanku sebelum ini,rasa terubat sedikit.

    "Hai awak? Seronoknya main dengan ikan? Tak nak ajak saya sekali?" Tiba-tiba ada suara garau menegurku dari arah belakang.

   Lantas aku menoleh,ingin melihat gerangan siapa.

   Kelihatan Rafael sedang berdiri tegak di situ,tersenyum.Dia datang menghampiriku sambil melipat kedua-dua belah hujung seluarnya hingga paras lutut.Dia kemudiannya melabuhkan punggung di sebelahku.

   Di saat kakinya di masukkan ke dalam air...

  "Wuaah! Sejuknyaa!"

   ...dia tiba-tiba terjerit kecil.

   Rafael berpeluk tubuh dengan mata yang terpejam rapat. Satu badannya mengigil. Mungkin kesejukan air itu telah merenjat seluruh urat sarafnya tadi,tetapi bukan bagi aku.Aku sudah terbiasa dengan kesejukan.

   "Ma..macam mana awak boleh selamba aje celup kaki dalam air ni? Sejuk kut! Nak terkencing saya dibuatnya.Awak ni takde perasaan ke? Tak rasa apa-apa ke? Macam patung je saya tengok awak ni.Hahaha!" Rafael berloyar buruk denganku.Dia ketawa kecil. Mungkin sengaja ingin membuatkan aku bercakap dengannya.

The Cursed ElvesOù les histoires vivent. Découvrez maintenant