Bab 4: First Sight Love

7.3K 567 47
                                    

"ARGHH! Hah..hah...hah.. Fuh.. Nasib....baik...tak...mati...tadi.."

Aku bersuara semput tatkala berjaya memautkan diri pada tepian seberang sungai.Nafasku turun naik bagai nak gila.Penat benar bertarung melawan pusaran arus air tadi.Mujurlah aku mengetahui sedikit sebanyak cara untuk berenang. Kalau tak..sudah semestinya aku sudah mati lemas sekarang ni.

Dengan menggunakan tenaga yang berbaki,aku mengesot naik tebing sungai dan terduduk lembik di situ.Mataku liar memerhati kearah seberang sungai.Bayang-bayang raksasa tadi langsung tidak kelihatan.Sudah melarikan diri,mungkin.

Jadi..benarlah cerita dongeng yang disampaikan itu.Raksasa Malam sememangnya wujud dan ia...benar-benar takut kepada cahaya.

Tetapi....bagaimana ia tahu yang aku ni berambut biru sedangkan ia buta? Ataupun..aku ke yang tersalah dengar tadi?

Ah..! Abaikan sajalah.

Nampaknya..,aku tak perlu risau seandainya raksasa itu datang semula kerana ia juga takutkan air.Haih..Malang betul nasib aku kerana bertembung dengannya tadi.Malang juga kerana mulut aku yang terlebih masin kali ini!

Aku menampar mulutku berulang-kali tatkala mengenangkan kecabulan mulutku sebelum ini.Arh! Mulut jahat! Mulut cabul! Mulut terlebih masin! Mulut tak cukup asam! Mulut tak ada insurans! Mulut....

Perbuatanku terhenti untuk seketika. Otakku ligat memikir ayat yang seterusnya.

...Er... Mulut apa lagi ya?

Kepala yang tak gatal digaru ku perlahan.

Arh! Abaikan sajalah ayat itu! Lebih baik aku cari jalan macam mana nak pergi ke seberang semula dan balik rumah sebelum ayahanda dapat tahu aku hilang! Matilah aku nanti kalau Asrian dikerah untuk mencari aku! Dia mesti mengamuk nanti!

Dalam kesakitan aku berdiri.Gaun yang koyak-rabak dipandangku dengan rasa yang bercampur-baur.Daripada kain yang labuh sehingga meleret ke tanah,kini ia hanya tinggal separas lutut sahaja.Sedih.. Sedih benar.. Sudahlah jenis fabrik yang digunakan untuk membuatnya tersangatlah mahal..

Aku mengeluh perlahan.Haih... Tak apalah. Dah tiada rezeki. Lain kali jika aku ada wang,bolehlah aku buatkan satu lagi gaun seperti ini.

Ya.Lain kali,..jika aku ada wang...

Perlahan-lahan aku mengatur langkah yang terjingkit-jingkit.Kakiku melangkah tanpa hala tuju.Aku memeluk bahu,menahan kesejukan angin malam yang menerpa.Takut... Aku tak tahu di manakah aku sedang berada kini.

Aku berseorangan di tempat yang asing... Di hutan yang gelap dan sunyi sepi... Dalam keadaan tercedera... Dan Seluruh tubuhku kesejukan dek gaun yang basah kuyup pulak tu.

Aku memegang kepala yang tiba-tiba berdenyut hebat.Sakit dan pening.. Ya..terlalu pening.Pandanganku pula agak berpinar-pinar.Terasa seekan-ekan dunia berpusing ligat ketika ini.

Dalam kekaburan,tiba-tiba..

Bakk!

"Arghhh!"

...tiba-tiba sahaja kakiku tersadung pada akar kayu! Aku akhirnya terjatuh bergolek-golek diatas tanah tanpa henti sebelum aku..

Splashhhhhh!

...jatuh bergolek ke dalam anak sungai yang langsung tidak disedari kewujudannya di situ.

Pandanganku serta-merta bertukar menjadi kelam.

__________________👑_______________

"Sayang...bangun.."Telingaku dapat menangkap satu suara lembut yang memanggil.

The Cursed ElvesWhere stories live. Discover now