Bab 12: Mysterious Room

6.4K 485 10
                                    

Tak lama kemudian, Astral keluar dari bilik tadi bersama dengan sebuah kotak rawatan dan juga semangkuk air ditangannya.Mataku automatik terperasankan sesuatu yang tampak berlainan pada dirinya kali ini.

Bajunya.Ya.Dia sudah menukarkan bajunya kepada baju kemeja yang berwarna putih.Butang bajunya yang dibiarkan terbuka di bahagian dada membuatkan Astral...tampak lebih kacak..

Terserlah sedikit badannya yang tegap dan sasa..

Warna kulitnya yang sedikit keperangan menyerlahkan lagi kemaskulinannya...

Bau aroma wangian dari tubuhnya yang menusuk hidung..

..Benar-benar memikat hati.

Eh...?!

Apa..?! Apa yang aku fikirkan ni?!

Lantas aku menekup mata.Ish! Kenapa dengan mata aku ni?! Gatal betul!

"Kenapa Lycra? Ada sesuatu yang menakutkan kamu ke?" Soalan Astral menyentakkan aku.Serta-merta aku berhenti menekup mata seperti tadi.Pipiku terasa berbahang.

Kelihatan Astral sudahpun berdiri tegak dihadapanku.Keningnya bertaut rapat.Matanya melilau memerhati sekeliling.

"Setahu beta...tiada apa yang perlu ditakutkan di sini.Kamar beta bersih.. Tiada labah-labah mahupun serangga yang berkeliaran di sini." Ucapnya seraya duduk bersila diatas lantai,menghadap diriku.Tapak kakiku yang tertusuk kaca,dibeleknya.

Dia kemudiannya menekup mulut dengan wajah tak percaya.Tangannya terketar-ketar tanpa henti.Mungkin terkejut melihat lukaku itu.Perlahan-lahan dia mendongak memandang wajahku.

"Lycra.. A-apa yang mereka sudah lakukan pada kamu..?"

Diam.Aku langsung tidak membalas kata-katanya.Pandanganku dilontarkan kearah lain.Ada rasa sebak yang menerpa.

Biarlah....

Biarlah aku tidak membuka mulut asalkan nama abangku,Asrian tidak tercemar.

"Lycra...tolong jawab soalan beta!" Desaknya,dengan suara yang semakin meninggi.Lututku digoncangnya perlahan.Sayu saja suaranya.

Diam.Aku masih tekad untuk mendiamkan diri.Tika ini...aku tidak sanggup untuk memandang wajah Astral.

Aku tidak mahu dia ketahui apa yang aku tahu...

...Dan aku tak mahu dia terlalu rapat denganku!

Sumpahan itu! Ya! Sumpahan yang bodoh itu! Bagaimana jikalau Astral mati kerana sumpahanku?!

"Lycra.. Tolong jawab soalan beta.. Tolong...jangan pendam masalah kamu seorang diri.. Tolonglah... Beta sengsara lihat kamu sebegini..." Rayunya seraya menyembamkan wajah dilututku.Tak lama kemudian,esakan kecil tiba-tiba kedengaran.

Aku terkedu melihatnya.

Mengapa...?

Mengapa Astral menangis?

Hatiku tersentuh.Pedih jiwaku melihat dirinya.Serta-merta aku terkenangkan diriku yang dahulu.Ya.Lycra kecil yang selalunya menangisi nasibnya,namun tiada sesiapa yang datang memujuk.

"Astral... Kenapa ni?" Kepalanya diusapku,perlahan.

Namun esakan Astral masih lagi tidak berhenti.

Aku mengemam bibir.

Apakah aku harus memberitahu kebenarannya? Untuk membuat Astral berhenti menangis?

"Astral... Sebenarnya,saya yang terpijak sendiri kaca ni.. Petang tadi saya ada datang melawat istana..tetapi Asrian halau saya.. Saya buat tak endah dan kutip serpihan kaca dari cawan yang dia pecahkan.. Dia marah dan paksa saya berdiri.Masa tulah saya terpijak kaca tu. Astral...tolonglah berhenti menangis.. Awak buat saya rasa bersalah.." Penuh cemas aku memberitahu kebenarannya.

The Cursed ElvesWhere stories live. Discover now