Bab 19: Totally Mad

5K 395 15
                                    

Lycra POV:

Astral mengheretku sehinggalah kami tiba dihadapan pintu biliknya.Sang jejaka berwajah berang.Sekalipun dia tidak menoleh memandang diriku.Namun aku tetap dapat lihat,seluruh wajahnya kini berwarna merah tomato.Nampaknya dia marah sangat-sangat..

Tapi,dia marahkan siapa? Akukah? Ke...ahli keluarganya?

Kachaakk!

Astral memulas kasar tombol pintu biliknya.Ditariknya tombol pintu bilik tersebut sekuat hati.Namun malang sekali ia masih tak terbuka.Tak cukup lagi,Astral menendang pintu itu pula!

Aku tersentak! Wajah berang Astral dipandangku dengan tanda tanya.Mak aih! Ganasnya mamat gatal ni! Dah kenapa dia ni? Tiba-tiba je? Kini mataku melirik kearah pintu semula.Ah..ia masih lagi tidak terbuka.Sia-sia saja Astral tendang pintu tu.

"Hrhhhh!"

Astral merengus kasar.Rambutnya diraup kasar ke belakang.Nafasnya berombak kencang.Ish.Marah betul si mamat ni... Takut pulak aku tengok.

"Er.. Astral... Bukan ke awak kena pulas tombol pintu tu dan tolak ia dalam masa yang sama? Saya pernah tengok awak buat-"

"Diamlah!" Belum sempat aku menghabiskan bicaraku,tiba-tiba sahaja Astral memintasnya terlebih dahulu.

Aku terkedu untuk seketika.

Auch! Sekarang ni,jujur aku cakap,aku rasa sakit hati sesangat.Iyelah.Ada ke patut teguranku dibalas dengan kedinginan bak ais? Argh! Kejam betul!

Hmph!

Lantas aku mengembungkan kedua-dua belah pipiku.Astral yang sedang memulas tombol pintu,dipandangku besar kecil.Ish! Geramnya! Kalau bolehlah kan..,aku nak gigit tangan Astral sekarang dan larikan diri sejauh mungkin!

"Masuk!" Arah Astral tatkala dia berjaya membuka pintu biliknya itu.

Hish! Garang benar! Dia ni nak cetuskan perang ketiga dengan aku ke apa ni? Kalau iya,aku turutkan saja! Bila Astral dah benci aku,bolehlah aku balik ke Pinggir Kota dan mati dengan aman! Huh!

"Yelah! Yelah! Saya masuklah ni! Sabarlah sikit.Nak marah-marah ni kenapa?" Aku membalas dingin.Tak suka apabila diarah itu ini.Namun kakiku tetap melangkah masuk ke dalam biliknya.

Astral mengikuti langkahku dari belakang.Pintu bilik kemudiannya ditutup rapat dari dalam.Oh ya.Tak lupa juga,Astral juga turut menguncinya.Takut aku larilah tu.

Tiba-tiba Astral merentap kasar lenganku.Tak sakit.. Tapi aku terkejut! Serta-merta mendongak memandang Astral dengan tanda tanya.Anak mata kami bertembung menjadi satu.

"Beta nak pergi bersiram! Jangan berani nak larikan diri,faham?! Pergi tidur! Kamu tidur dekat atas katil,beta tidur dekat lantai!" Arahnya,tegas.Seperti tadi,dia masih bersikap dingin.Lenganku dilepaskannya sebelum dia berlalu pergi,menuju kearah bilik air.

Aku tunduk menikus.Bibirku mencebik geram.Arh! Kenapa Astral tiba-tiba jadi garang sebegini? Apa dosa aku? Dia marah aku sebab aku tepis sudu dia ke tadi? Ke sebab aku tak tersengaja telah kotorkan baju dia? Ataupun kerana aku bersikap pelik di meja makan tadi?

Argh! Pedulikanlah!

Semuanya salah Astral juga! Dia yang paksa aku ke situ.Ada ke aku mintak ingin makan malam bersamanya? Tak kan? Yang dia gatal sangat nak heret aku ke situ kenapa?

Huh! Mengenangkan semuanya,aku bertambah geram! Sakit hati aku! Tak pernah aku rasa sakit hati macam ni seumur hidup aku!

Sebiji bantal yang terletak kemas diatas katil lantas dicapaiku.Aku menghempaskannya ke lantai.Kuat sekali sehinggakan bunyi dentuman terhasil! Ah! Tak lupa juga dengan selimut tebal yang terdapat si situ.Blekkk! Astral tak guna! Jangan haraplah aku nak tidur atas katil! Si gatal tu..sememangnya tak boleh dipercayai sama sekali!

"Alright then! Saya masuk tidur dulu! Goodnight!" Jeritku seraya merebahkan diri diatas lantai.Selimut ditarik lalu aku mengulungkan diriku seperti kepompong.Perlahan-lahan aku memejamkan mata.

Oh tuhan..

Mengapa disebalik kegeraman yang melanda...kenapa tiba-tiba saja hatiku terasa sayu? Mengapa mataku terasa panas? Dan mengapa...ada air mata yang berlinangan di tubir mataku?

Aku sedihkah?

Memikirkan perasaanku kini..berapa saat telah berlalu...

...dan aku akhirnya lena dibuai mimpi.

____________________________________

Astral POV:

Aku menepuk dahiku berulang kali dengan rasa bebal yang bertimpa-timpa.Hatiku ligat menyumpah diriku sendiri! Sebenarnya aku marahkan Ruven! Peristiwa di taman bunga itu sememangnya tak boleh dimaafkan! Sesedap hati je dia kutuk Lycra macam-macam!

Kalau korang perasan,aku cuba berlagak toya dan selamba ketika di meja makan.Ruven dan aku berlagak biasa tika itu,padahal aku tahu dalam hati sudah berbakul kata kesat yang dipendam.Lakonanku itu cuba dilakukan sebaik mungkin gara-gara aku tak mahu ahli keluarga yang lain tahu mengenai pergaduhan kami.

Namun begitu,tindakan Ruven yang biadap mentertawakan Lycra,membuatkan rasa marahku tak dapat ditahan lagi!

Hati aku panas! Terlalu panas! Lycra milik aku! Dan milik aku tak sepatutnya diperlekehkan seperti itu!

Aku terlalu marah sehinggakan..

..aku tak sedar bahawa aku telah melepaskan kemarahanku pada Lycra seketika tadi!

Argh! Kau tak guna Astral! Betul-betul tak guna! Kau tak sepatutnya marah Lycra! Dia tak bersalah dalam hal ini!

Bukk!

Dinding yang keras ditumbukku sekuat hati! Berlubang ia dibuatnya! Darah merah mulai meleleh turun.Namun rasa sakit di buku limaku,tidak sesakit rasa di hatiku kini!

Damn..!

Entah kenapa,aku rasa aku sudah mulai bencikan kau...Ruven! Si tak guna!

Kerana kau...

....aku termarahkan Lycra!

Ruven Larvas! Kau sememangnya sepupu tak guna!



→to be continued...

The Cursed ElvesKde žijí příběhy. Začni objevovat