Bab 9: Unbelievable

6.8K 542 32
                                    

Tajam.Pandangan Astral dan Ascal bertembung menjadi satu.Masing-masing kelihatan bengis.Astral nampaknya enggan melepaskan tangan Ascal,iaitu abangnya yang bernombor 3 itu.Seekan-ekan pertelingkahan yang dasyat bakal berlaku diantara dua adik-beradik ini.

Terkedu aku melihat mereka berkeadaan seperti ini. Terasa bagaikan air liur terlekat di celah kerongkong.Terasa seram sejuk pun ada.Adakah mereka ingin bergaduh? Oh! Tolonglah! Jangan!

Tiba-tiba...

"Kyaaa~! Astral garang dah bangun! Wahh..! Marah nampak? Kenapa Astral? Kenapa marah sangat ni? Astral tak bagi kakanda sentuh Lycra ya? Kenapa Astral? Astral ada hati pada Lycra ya? Kyaaa~! Romantiknya!"

Tiba-tiba saja Ascal bersuara gedik.Dia meronta-ronta manja apabila tangannya digengam Astral sebegitu.Pipinya berona merah jambu,tampak seekan-ekan malu.Seronok sangat nampaknya..

Kini wajah Astral juga turut berubah warna menjadi merah.Dia tunduk memandang lantai namun tangannya masih erat memegang tangan Ascal.Asap panas keluar dari telinganya.Malu sangat,mungkin?

Errk! Aku hampir-hampir sahaja jatuh terbongkang diatas lantai lantaran terkejut melihat reaksi mereka sebegitu.Aduhai...Aku ingat apalah tadi...

"Wahh! Jadi betullah apa yang Ascal cakap?! Astral ada hati dekat Lycra ya?! Wahhhh! Iri hatinya! Astral sukakan Lycra?! Ini tak adil! Kakanda pun mahukan Lycra!" Sampuk Aesar pula dengan rasa tak puas hati.Tubuh Astral dicapai lalu digoncang laju.Tak lama kemudian, kepala lelaki itu diselekehnya.

"Hahaha! Blekk! Jangan haraplah aku nak bagi Lycra dekat korang! Dia ni aku yang punya.. Aku yang jumpak dia dulu.. Kalau kau nak,kau kena langkah mayat akulah jawabnya.." Astral menjelirkan lidahnya dengan gaya kanak-kanak mengejek.Dia kemudiannya menarik tubuhku ke dalam dakapannya.Ditariknya belakang kepalaku sehingga wajahku tersembam di dadanya.

Mereka sibuk benar berperang mulut sehinggakan aku hampir nak lemas! Oh tuhan! Aku dah rasa nak pitam! Oksigen! Oksigen! Tolong! Astral peluk aku terlalu kuat! Tolong! Sesiapa!

Aku meronta-ronta mencari udara sebelum tiba-tiba..

"Aesar! Ascal! Astral! Korang boleh diam tak?!"

...jerkahan dari atas tangga menghentikan pertengkaran mereka.Aku terlepas dari pelukan itu.Tersemput-semput aku mencari udara.Nampaknya masing-masing sudah kecut perut.Mana taknya,orang yang menjerkah itu adalah Areavin,abang sulung mereka.

Di tangan Areavin,tergenggamnya sebatang berus cat kecil.Elf lelaki itu mengetap gigi sebelum memandangku dengan pandangan tajam.Mata unggu cairnya benar-benar menakutkan aku.

Astral pula hanya selamba mendongak melihat kearah tangga di tingkat atas.Dia tersengih bak kerang busuk.

"Yo Areavin! Kau melukis lagi ke? Kali ni apa pulak? Bunga? Ataupun permandangan? Boleh aku tengok nanti?" Soalnya selamba.Langsung tak rasa bersalah membahasakan 'kau,aku' dengan abangnya itu.

Wajah ketat Areavin kian mengendur apabila disoal sebegitu.Dia kemudiannya mengaru-garu kepala dengan menggunakan berus catnya itu.Habis rambutnya tercalit dengan warna putih.Pipinya perlahan-lahan bertukar kepada warna merah.

"Su-suka hatilah aku nak lukis apa sekalipun! I-itu bukan hal kau! Jangan harap aku nak bagi kau tengok lukisan aku lagi! Macamlah aku tak tahu mulut longkang kau tu! Sudahlah kau tu buta seni! Bulat dengan bujur pun tak tahu nak beza!" Laung Areavin,penuh dengan nada geram.Berus cat itu kemudiannya dilempar ke bawah dan tanpa sengaja mengena tepat pada kepala Astral.

Maka dengan itu,dia pun pergi menghaibkan diri.

"Adoi!" Astral mengaduh sakit.Kepala digosok laju.Wajahnya bengis.Dia menbuang pandang semula kearah tangga tingkat atas namun Areavin sudah tiada di situ.

The Cursed ElvesWhere stories live. Discover now