Bab 24: Stranger

4.7K 366 14
                                    

Stranger POV:

Larian diatur laju.Bagaikan angin,aku menyelit di celah-celah orang ramai.Kadang-kala aku menolak mereka supaya mereka ke tepi.Tetapi kali ni aku terkasar pula sampaikan ada yang jatuh tertonggek kerana perbuatanku itu.Sudahlah langsung tak menolongnya bangun,malah boleh pula aku berlari sambil minta maaf?

Aduhai... Apalah nasibku hari ini?

Aku perasan ada banyak mata yang memandang ke arahku dengan pandangan sinis.Namun apakan daya,kerana ingin cepat akhirnya mukaku juga yang terpaksa ditebalkan enam inci.Segala adab sopan terpaksa dibuang ke laut.Biarlah diorang tu nak fikir apa sekalipun,aku sudah tak mahu peduli.

Aku kelam kabut macam ni pun...hanyalah kerana satu sebab.Aku kena cari adik aku secepat mungkin! Nama adik aku tu,Isav Zera.Kata ibu,Isav menghilangkan diri di pasar ketika ibu sedang leka membelek ikan.Mula-mulanya Isav ada je dekat situ,sedang main menguis pasir.Tapi tak lama lepastu,dia hilanglah pulak!

Habis tu,apa lagi? Aku pulaklah yang disuruh pergi mencari! Terbantut habis niat aku nak pergi memburu arnab di hutan pada pagi ni.

Budak kecik tu kan... Haish!

Kau tengoklah... Aku akan cekik-cekik dia bila aku jumpa dia nanti! Kau tunggulah budak! You'll gonna pay for this!

Aku menghentikan larianku di saat aku tiba di pasar.Kedua-dua belah pinggang dicekak.Termengah-mengah aku mencari nafas.Semput kerana terlalu banyak berlari.

Peluh yang merenik di dahi lantas diseka.Anak mata merahku liar memerhati sekeliling,cuba untuk mencari kelibat Isav.Namun malang sekali,orang yang lalu-lalang di situ betul-betul menyerabutkan pandanganku.

Nampaknya...hanya satu jalan saja yang tinggal sekarang.Lantas aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum...

"ISAV! ISAV! MANA KAU HAH?! BAIK KAU MUNCULKAN DIRI KAU SEKARANG! KALAU TAK,NAHASLAH KAU NANTI AKU KERJAKAN! HOI BUDAK! KAU DENGAR TAK?!"

...aku terpekik-pekik seperti orang gila.Apa boleh nak buat? Rasa bengang sudah naik hingga ke atas kepala.Lagipun,aku dah sakit jiwa dengan perangai Isav Zera yang suka menghilangkan diri ni.

Hari tu dah sesat dah si budak ni! Kali ni hilang lagi! Jalan balik ke rumah sendiri pun dia tak ingat.Ah! Bercelaru sungguh!

"ISAV! SI BUDAK DUNGU TAK GUNA! MANA KAU HAH?!" Aku menjerit lagi.Kali ini,jeritan histeriaku itu mulai menakutkan penduduk kota yang lalu-lalang.Masing-masing sudah menjarakkan diri.

"Mak... Saya takut.."

Tiba-tiba telingaku dapat menangkap bisikan salah seorang budak lelaki yang berada di situ.Aku lihat,dia kini sedang menyorok di belakang skirt labuh putih ibunya bersama air mata yang mulai bergenang.

"Mari kita pergi dari sini,nak.Abaikan je lelaki gila tu." Kali ini giliran ibunya pula untuk berbisik.Budak lelaki tadi kemudiannya didukung.Mereka pergi dari situ tanpa menoleh lagi.

Uhuk! Aku terbatuk kecil tatkala ibunya memanggilku 'lelaki gila'.Pergh.Sentap gila...

Aku mulai mengusap pangkal leher di saat aku perasan,semua mata sedang memandang ke arah ku kini.Senyuman paksa kemudiannya diukir untuk menutup rasa malu yang bertandang.

"Err.. Maaf... Maaf ya... Maaf kerana menganggu.." Aku menunduk memohon maaf beberapa kali diatas kekecohanku tadi.Sungguh aku tak berniat untuk membuat mereka takut.

Orang ramai mulai berkelakuan seperti biasa semula.Tetapi entah kenapa,tiba-tiba sahaja tiga orang pemuda Puak Reds datang mengerumuni aku.Tersenyum sinis pulak tu.

Aku terpinga-pinga melihat wajah mereka bertiga.Berparut dan menakutkan.Hodoh benar.Nak kata kenal,tak.Nak kata saudara pun tak jugak.Hmm... Diorang salah orang kut.Baik aku blah.Hatiku mengumam sendirian.

Di saat aku ingin melangkah,tiba-tiba saja salah seorang dari mereka bertiga bertindak ganas.Pergelangan tanganku dicengkamnya,kuat.Aku tersentak diperlakukan seperti itu.Langkahku tadi serta-merta mati.

"Hei budak." Panggil salah seorang dari mereka.

Perlahan-lahan aku menoleh.Wajah mereka dipandang seorang demi seorang.Aku yakin mereka bertiga ini adalah samseng jalanan haprak.

"Huh? Apahal?" Aku akhirnya menyoal bodoh.Langsung tak meronta agar tanganku dilepaskan.

"Hei budak.Kenapa setiap minggu aje,aku asyik nampak muka kau dekat sini? Kau ni cuba nak buat pasar ni macam pasar moyang kau ke hah? Ke kau ni sengaja nak cari publisiti murahan? Terpekik-pekik macam orang gila... Boleh blahlah wei!"

Salah seorang pemuda di situ menyindirku sinis.Mungkin ketua kepada kumpulan samseng itu.Dia juga tiba-tiba bertindak menolak kuat bahu kananku sehinggakan aku hilang keseimbangan diri dan...

Bukkk!

...serta-merta jatuh terduduk diatas tanah.

Berkerut-kerut dahiku menahan rasa sakit.Punggung yang terasa perit digosok laju.Hatiku pula tak henti-henti menyumpah seranah mereka bertiga.Bodoh punya Elves... Tak guna betul!

"Hahaha! Lembik! Hahaha!" Mereka bertiga berdekah-dekah mentertawakan aku di situ,sinis sekali.

Pedih telingaku mendengarnya.Malah,pedih lagi hati aku yang menanggung rasa benci yang membukit ini.Kalau di ikutkan hati,mahu saja aku patah-patahkan tulang diorang ini jadi empat.

Namun begitu,si bodoh macam diorang ni takkan belajar erti menyesal.Tak ada gunanya bertekak dengan diorang.Membazirkan air liur saja.

Perlahan-lahan aku bingkas berdiri.Bajuku yang berhabuk lantas dikibas sehingga debu dan habuk yang melekat jatuh semula di atas tanah.

"Aku tak ada masa nak melayan korang.Pergi matilah." Ucapku, dingin.Langkah kembali dihayun.Isav lebih penting sekarang ni.

"Eh?" Ketiga-tiga pemuda Puak Reds itu kelihatan terpinga-pinga melihatku pergi.Mereka mulai mengejarku dari belakang.

"Woi budak kurang ajar! Kami tak habis lagilah cakap dengan kau! Jangan cuba nak lari..!"

Mendengarkan laungan salah seorang dari mereka itu,lantas aku membuka langkah seribu. Kelam kabut aku meredah setiap makhluk yang menghalang laluanku.Ada beberapa Elves ditolakku agar ke tepi.Dapat aku dengari mereka yang ditolakku menjerit dan memaki hamunku dari jauh.

Argh! Nak buat macam mana lagi?! Aku sedang dikejar samseng jalanan! Terdesak tau tak?! Dahlah samseng-samseng tu terpekik-pekik macam orang gila! Siapa tak takut?!

Aku meneruskan larianku sehingga aku bertemu dengan empat selekoh jalan.Serta-merta larianku mati.Sempat lagi aku menoleh ke belakang untuk beberapa saat.Melihatkan tiga samseng Puak Reds tadi semakin menghampiri,aku akhirnya mengambil keputusan untuk mengambil selekoh kanan.

Sebaik saja aku membelok ke selekoh jalan,tiba-tiba...

GEDEBAKKK!

"Aduh!"

....aku terlanggar seseorang.

Tanpa sengaja,tubuhku jatuh menimpai tubuh insan yang dilanggarku itu.

Dan tanpa sengaja juga,dahiku terhantuk pada batu-batuan jalan yang tajam.Dapat aku rasakan,cecair panas perlahan-lahan menuruni dahiku.Darah,mungkin.

Benda yang terakhir aku lihat adalah...seorang gadis.Samar-samar sahaja wajahnya.Dan selepas itu,hanya kegelapan saja yang mampu kulihat.

Hanya...kegelapan.



to be continued....

The Cursed ElvesWhere stories live. Discover now