Bab 23: Lost

5K 411 18
                                    

Lycra POV:

Aku terpinga-pinga.

Mataku langsung tidak berkelip memandang sekeliling Kota Puak Blues yang agak janggal buat diriku.Kepala yang tak gatal digaru perlahan.Sungguh aku buntu melihat persekitaran Kota Puak Blues ini.Ianya begitu asing...

Terlalu asing..!

Aku dapat rasakan bahawa diriku kini bagaikan rusa masuk kampung.Sesat di kawasan yang tak sepatutnya aku harus berada.Betul tak?

Aku menyusuri lautan penduduk Puak Blues yang sibuk dengan tugasan masing-masing.Barangkali ingin ke tempat kerja.Elves yang melalui jalan itu terlalu ramai sehinggakan aku terpaksa menyelit di celah-celah mereka.Kadang-kala ada sesetengah dari mereka berlanggaran bahu denganku.Kadang-kadang juga,ada di antara mereka yang terpijak kakiku tanpa sengaja.Sakit jugalah..tapi aku biarkan sahaja.

Kota ini terlalu sesak.Rasa nak bernafas pun sukar.Malah,kereta kuda yang ingin lalu di sini pun terpaksa memperlahankan pergerakannya.

Setelah berapa minit berjalan,akhirnya berjaya jugak aku melepasi lautan Elves tadi..! Fuh! Peluh yang merenik di dahi,lantas diseka.Haih.. Penatlah berjalan ni... Sudahlah masa dikejar Ascal tadi,aku sudah habiskan separuh tenaga yang ada untuk melarikan diri.Habis kaki aku pulak yang rasa sakit..

Aha! Kebetulan pula mataku kini terpandangkan kerusi panjang yang terletak di tepi jalan,kira-kira dua meter di sebelah kananku.Malah,ia juga terletak di bawah pokok sakura yang rendang! Haha! Kebetulan pula! Kebetulan!

Aku pun apa lagi... Peluang di depan mata,takkan tak nak ambil? Lantas aku melepaskan lelah di kerusi panjang tersebut dengan gaya santai.Wah... Selesanya bila duduk di bawah redupan pokok! Sejuk!

Erm... Tapikan...

Kenapa aku terasa macam diperhatikan ek? Hati aku jugak rasa tak senang..

Masakan aku kini sedang diekori? Memikirkan perkara ini,hatiku mulai dipagut risau.Lantas aku meliarkan pandanganku ke sekeliling,cuba untuk mencari gerangan siapa.Namun,aku tak nampak apa-apa yang mencurigakan selain penduduk kota yang lalu-lalang.Tiada siapa yang boleh aku curigakan kerana mereka semuanya tampak seperti orang baik sahaja.

Oh ya,lupa nak cakap.Penyakit Astigmatisme yang aku hadapi...selalunya menyerang di kala waktu senja ataupun di dalam gelap.Jadi bila hari terang-benderang macam sekarang ni,aku boleh melihat sikit-sikit.

Em..

Baru aku perasan kini...

...penduduk di sini semuanya berambut biru gelap.Aku hampir tidak menyedarinya jikalau cahaya matahari tidak menyinari rambut mereka.Sukar untuk aku percayai semua ini,namun itulah kebenarannya.Warna rambut mereka,hampir sama seperti warna rambutku.Wajah mereka juga manis setiap masa,tak seperti Puak Hazels yang sentiasa menayangkan wajah jijik kepadaku.

Oh ya! Kelihatan di tepi jalan pula,ada juga beberapa jejaka Elves yang berambut merah di situ.

Lebih tepat lagi,Puak Reds...

Mereka tampaknya mesra berlepak dan berbual di tepi jalan bersama-sama dengan Puak Blues.Dari paras rupa mereka,rasa-rasanya mereka berumur dalam lingkungan 20 tahun keatas.Sekali-sekala,gelak ketawa mereka membuatkan hatiku bengkak.

Bukan kerana mereka sedang mentertawakan aku tetapi...sebenarnya aku ni dilamun cemburu..

Iyalah kan..

Sejak kecil,aku tak punyai kawan.Ibarat kera sumbang,aku sentiasa menyendirikan diri.Bukan kerana aku sombong... Bukan juga kerana aku degil... Bukan juga kerana aku nakal... Tetapi kerana para gadis dari Puak Hazels takut kepadaku.Malah,mereka juga jijik untuk mendekatiku.

The Cursed ElvesWhere stories live. Discover now