Bab 25: Rafael Autllex

4.4K 376 12
                                    

Stranger POV:

"Awak! Bangun awak!"

Aku tersedar dari pengsanku di saat satu suara halus kedengaran. Peliknya... Aku rasa,suara itu bukannya milik Isav mahupun suara ibuku.

Adakah itu...suara bidadari? Dan aku ni...dah mati ke?

Dengan rasa ingin tahu, perlahan-lahan aku mencelikkan mata.Semuanya tampak kabur untuk seketika sebelum...wajah seorang gadis jelita menghiasi ruang mataku kini.

Nampaknya sang gadis itu sedang meriba kepalaku bersama senyuman tipis.

"Fuh! Nasib baik awak okey... Saya ingat awak dah mati ke apa tadi..." Sang gadis menghela nafas lega.Dia mengusap dadanya berulang kali sebelum memandang diriku kembali.

Manakala aku pula hanya mampu tergamam melihat rupa parasnya itu.

Rambutnya panjang hingga separas tulang belikat dan berwarna biru muda... Alis matanya pula lentik.Bibirnya berwarna merah jambu,seekan-ekan enak untuk dimakan.Kulitnya juga putih seperti salji..

Bidadari dari kayangan mana ni?

What the heck?! Aku ni dah mati betul-betul ke?!

Aku terus saja mengosok mataku berulang kali dengan rasa tak percaya.Namun begitu,wajah gadis tadi tetap ada.Apakah aku sedang bertemu dengan bidadari syurga? Ke aku yang berhalusinasi ni?

"Awak ni...bidadari ke?" Aku akhirnya menyoal dungu. Hanya persoalan itu yang berlegar-legar di dalam kepalaku kini.

Perlahan-lahan aku mengubah posisiku kepada posisi duduk. Wajah gadis itu, aku renung bersama kerutan di dahi. Si gadis nampaknya sudah tersipu-sipu malu di situ.

"Err... Bi..bidadari? Pfft! Takdelah! Saya ni cuma Elf biasa-biasa aje,sama macam awak. Erm... Awak. Saya nak tanya sesuatu ni. Awak okey ke? Dahi awak berdarah tu." Si gadis membalas risau.Sempat lagi dia menundingkan jari telunjuknya ke arah dahiku,menunjukkan tempat di mana lukaku berada.

Aku agak terpinga-pinga mendengar bicaranya. Dahi aku berdarah? Betul ke? Lantas aku meraba dahiku sendiri.

"Aduh..." Aku berdecit sakit di saat tersentuh lukaku sendiri. Pedihnya terasa hingga ke otak! Mahu saja aku menjerit dan meraung sakit sekarang ni! Namun memikirkan semula bahawa ada seorang gadis sedang bersamaku kini,aku terpaksa control maco.

Baru saja aku ingin membuka mulut, tiba-tiba saja...

"Abang?"

...kedengaran satu suara halus memanggil diriku. Serentak itu,sesusuk tubuh kecil muncul di sebalik belakang gadis tadi. Ianya adalah seorang budak.

Dan budak itu adalah adik aku,Isav Zera. Wajah Isav nampaknya comot dengan kesan aiskrim,seekan-ekan seluruh wajahnya ditempek aiskrim.Aduh! Memalukan sungguh adik aku ni.

"Zera?! Kau dekat sini rupa-rupanya?!" Separuh menjerit aku memanggil namanya. Hatiku dirasuk berang. Geram!

Isav kelihatan tersentak mendengar jeritanku itu. Matanya mulai berkaca-kaca lalu...

"Huwaa! Abang! Maafkan saya! Saya janji takkan buat lagi! Huawaa!"

.... Isav tiba-tiba datang menerpa ke arahku bersama esak tangis. Tubuhku dipeluknya, erat sekali. Dia meraung dengan wajah yang disembamkan di dadaku.

Aku terkedu.Namun begitu, belakang Isav tetap di tepukku,cuba untuk memujuknya agar berhenti menangis. Banyak mata yang memandang...buatkan aku rasa tak senang.

Mesti dorang tu ingat aku ni abang yang sadis sebab buat adik sendiri menangis.Urgh... Tak guna.

"Sudahlah menangis tu,Zera. Kau tak malu ke? Orang asyik pandang kita aje dari tadi." Marahku perlahan.Namun begitu,Zera masih enggan berhenti menangis,membuatkan aku sakit kepala dengan karenahnya.

"Erm.. Awak ni, abang Isav ke?" Tiba-tiba si gadis yang berada di hadapanku kini, menyoal ramah.

Aku hanya mampu tersengih malu. Malu dengan perangai crying baby adik aku tu.

"Ah. Iya,iya. Dia ni adik saya. Emm... Macam mana awak tahu nama dia? Awak ke yang tolong jagakan adik saya masa saya takde tadi?" Aku menyoal segan.

Si gadis terus saja mengangguk, tanda mengiyakan.

"Sebenarnya,saya terjumpa dia tadi.Sesat katanya. Jadi saya ingat nak tanya orang,kalau-kalau ada ternampak ibu Isav ke tak. Tak sangka pulak kita bertemu dekat sini. Apa-apa pun, nama saya Lycra Elfrian.Berumur 24 tahun. Selamat berkenalan!" Sang gadis yang bernama Lycra itu menghulurkan tangan kanannya,ingin berjabat tangan.

"Ah ya! Selamat berkenalan juga,Lycra! Nama saya pula, Rafael Autllex Darwien. Awak boleh panggil saya,Rafael.Umur saya,25 tahun.Terima kasih sebab tolong adik saya." Balasku seraya menyambut jabatan tangannya itu. Aku tersengih suka..

Jadi,nama gadis cantik ni,Lycra lah ya? Wah.. Cantiknya nama tu.Secantik orangnya juga! Hatiku mengumam sendiri.

Kami berdua perlahan-lahan melepaskan jabatan tangan tadi secara serentak.Lycra bingkas berdiri lalu mengibas habuk-habuk yang melekat di bajunya. Manakala aku pula terus saja mendukung Isav di belakang dengan gaya piggy back sebelum berdiri tegak. Adik aku tu,masih lagi tak berhenti menangis aje dari tadi.Menyampah pulak aku rasanya.

"Umm... Saya rasa,saya patut pergi sekarang.Selamat tinggal."

Lycra nampaknya sudahpun berura-ura ingin berlalu pergi.Baru saja setapak dia melangkah,aku cepat-cepat meraih pergelangan tangannya terlebih dahulu.

Lycra serta-merta menoleh ke arahku dengan wajah yang terpinga-pinga.

"Kenapa Rafael?" Dia menyoal hairan.

"Urm. Lycra. Apa kata awak singgah sekejap ke rumah saya? Kita makan tengahari,nak? Mak saya masak sedap. " Pelawaku,agak segan untuk bersuara.Pipi yang tak gatal,di garuku perlahan.

"Hurmm..." Lycra nampaknya seolah-olah berfikir panjang sebelum dia...

"Okey awak.Saya on aje."

....bersetuju dengan pelawaanku itu.



~to be continued...

The Cursed ElvesOù les histoires vivent. Découvrez maintenant