Bab 2: The Way They Judging Me

7.6K 577 47
                                    

Terjingkit-jingkit aku berjalan menyusuri perkampungan Puak Hazels.Penduduk kampung yang lalu-lalang di sebelahku,semuanya menjarakkan diri.Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri.Dan...ada juga sesetengah dari mereka yang berlari masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu.

Aku menghela nafas berat.Sedikit sebanyak,aku sudah terbiasa dengan keadaan ini.

Puak Hazels. Itulah nama puak aku.Ini kerana Puak Hazels memiliki rambut dan mata yang berwarna seperti coklat hazel yang enak dimakan.Sedikit warna perang agak jelas di rambut mereka.Dan juga seekan-ekan ranggup untuk dikunyah.

Err..Enak untuk dimakan? Haha.Taklah.Mana ada orang makan rambut.Aku hanya ibaratkan ia dengan coklat itu sahaja.😅Lagipun...aku sedang lapar sekarang ni.

Maklumlah,aku ni jenis yang suka melantak orangnya.Kalau ada 20 buku roti sekalipun di sini,rasa-rasanya ia masih lagi tak cukup untuk aku.

Pak!

"Auch!" Langkahku mati tatkala belakang kepalaku terasa bagaikan dilontar sesuatu yang keras.Tanganku pantas menempek di tempat yang terasa pedih.Adakah ia batu?

Siapa?! Siapa yang berani baling benda dekat aku ni?!

Mataku pula sudah liar memerhati sekeliling,cuba untuk mencari si perlaku yang melakukan perbuatan bodoh tadi.Hanya pergerakan elf yang lalu-lalang sahaja yang dapat dilihatku.Susah benar untuk aku melihat kerana penyakit rabun Astigmatisme yang aku hadapi sedari kecil.Penglihatanku silau dan hanya beberapa objek saja yang dapat dilihatku dalam satu-satu masa.

"Blekkkk! Kakak raksasa biru yang rabun! Aku dekat sinilah! Hahaha!" Tiba-tiba kedengaran suara halus yang mengejek nakal diriku.Kalau didengar betul-betul,suara itu adalah milik seorang budak lelaki.

Melalui dari arah datangnya suara itu,aku berpaling kearah belakang.Dalam kesamaran,aku dapat melihat sesusuk tubuh yang kecil sedang membuat gaya mengejek ke arahku.Lidahnya dijelirkan dan dia menepuk bontotnya berulang kali sambil mulutnya lantang mengejek aku.

"Nanananana~"

Aku hanya memerhati tingkah lakunya tanpa perasaan.Wajahku blur.Teruknya tingkah-laku budak ini.Apakah dia ingin membuat pertunjukan tayang bontot di sini? Tak rasa malukah?

"Hahaha! Kejarlah kalau berani!" Jeritnya sebelum melarikan diri dengan tawa mengekek.

Aku hanya tegak berdiri di situ,langsung tak berminat untuk mengejarnya.Budak-budak... Tanpa menghiraukannya,aku menyambung semula perjalanan yang terhenti tadi.

Oh ya para pembaca sekalian... Sambil-sambil kita berjalan,apa kata kita berborak sebentar? Memandangkan hari semakin gelap,aku ada kisah yang seram untuk diceritakan pada kalian semua.Berminat untuk mendengar? Kalau begitu,marilah berjalan di sebelahku.

Dahulu...semasa aku kecil,pernah ada seorang dayang menceritakan sebuah cerita dongeng kepadaku.Ianya bertajuk 'Raksasa Malam' yang berkisahkan tentang seekor raksasa kegelapan yang gemar melahap daging manusia.

Daging manusia sahaja? Tidak.Ia juga gemar memakan daging Elf.Terutama sekali bagi Elf betina yang masih lagi tidak berkahwin.

Mengikut cerita dongeng tersebut,raksasa kegelapan ini tinggal di dalam hutan.Sebenarnya raksasa ini buta.Ia mengunakan jejak deria bau dan jejak haba untuk mencari mangsa yang bakal menjadi makan malamnya.Dan...raksasa ini sememangnya pantang dengan bau darah.

Pada waktu pagi pula,Raksasa Malam ini akan bersembunyi di dalam bayang pokok kerana ia tak boleh terkena pada sebarang patulan atau silauan cahaya.Cahaya bulan purnama dan cahaya matahari adalah kelemahan utamanya.Raksasa Malam ini boleh bertukar menjadi debu jika terkena cahaya terik manakala ia akan melarikan diri apabila terkena pantulan cahaya.

The Cursed ElvesWhere stories live. Discover now