Bab 3: Night Monster

7K 580 17
                                    

Lari! Selamatkan diri! Ya! Itu sahaja jalan yang ada! Bagaikan lipas kudung,aku berlari selaju mungkin,meredah semak-samun dan berlukar.Walaupun hanya berlari terjingkit-jingkit,ia sudah memandai kerana aku tak rela dibaham raksasa tersebut! Gaun putih yang semakin kotor dek lumpur yang melekat diabaikan olehku seratus peratus.Apa yang penting sekarang adalah...nyawa aku!

Syuppp! Syuupp! Syupp!

Bunyi semak-samun yang diredah 'sesuatu' dari arah belakang dapat didengari aku dengan jelas.Nampaknya aku dikejar! Ada sesuatu yang mengejar aku tetapi aku tak tahu apakah makhluknya!

Hei! Tolong jangan tanya aku pada saat yang genting ini! Sebaik saja terpandangkan mata misteri tadi,aku terus saja pecut tak ingat dunia! Lebih aku pecut dulu sebelum 'benda' tu muncul dan baham aku!

Warghh! Aku takut! Aku takut!

Sesiapa..! Tolong aku..!

Shrakkk!

Larianku termati di saat hujung gaunku tersangkut pada ranting kayu.Aku terkedu.

Alamak! Tak gunanya! Masa-masa genting ni jugak gaun aku nak tersangkut pada ranting kayu! Oh tuhan! Apakah dugaan ini?!

Kelam-kabut aku menarik gaunku dari terus tersangkut.Ya! Keadaan ini sememangnya mendebarkan hati dan menyesakkan jiwa.Bagaimana jikalau raksasa itu berjaya menangkapku?! Arghh!

Jantung berdegup kencang.Nafas turun naik tanpa henti.Malangnya semakin aku menarik gaunku itu,semakin terkoyak besar pula jadinya! Arghh! Lantaklah! Terkoyak pun terkoyaklah! Apa nak jadi sekalipun,jadilah! Aku tak sanggup dimakan hidup-hidup! Kalau mati sekalipun,aku nak mati dengan tenang! Bukannya di dalam perut raksasa yang buncit tu!

Argh! Memandai betullah kau ni Lycra! Melihat raksasa itu pun tidak pernah tetapi buncit jugak yang kau fikirkan?! Kenapa tak cakap sado je? Hish! Sudah! Dah tak ada masa nak fikir benda tak berfaedah macam ni!

Zapppp!

Dengan sekali rentapan yang kuat,akhirnya gaun aku berjaya dilepaskan dari ranting yang tajan itu! Bagus! Walaupun gaun aku sudah terkoyak teruk,tetapi ianya berbaloi!

"GROAAAARRRRRRR!"

Aku terkedu mendengar ngauman bak gergasi itu.Burung-burung yang berada di pokok,lari bertebaran di ruang angkasa akibat terkejut.Bunyi ngauman yang kuat itu menandakan raksasa tersebut sudah semakin hampir! Kyaaa!

Apa yang nak ditunggu lagi?! Aku tak nak kena makan! Lantas aku membuka langkah seribu batu.Tak tentu arah aku berlari.Langsung tiada hala tuju yang tersendiri.

Shakkk! Shakk!

Oh tuhan! Melalui bunyi rumput yang diredah itu,tanpa berpaling kepala sekalipun,aku sudah dapat tahu yang raksasa tersebut masih mengejarku! Argh! Seramnya...!

Aku mengigit bibir sambil kakiku tangkas berlari.Ada air mata yang bergenang.Tiada suara yang mampu keluar untuk aku meminta tolong..! Aku takut! Terlalu takut sehinggakan terasa lemah lututku kini! Namun segala kudrat tetap jua dikerah.Aku tak mahu mati sebelum tiba masanya!

Semak-samun diredah rakus.Pokok-pokok yang teguh berdiri dielakku seboleh mungkin.Kakiku meluru tanpa hala tuju.Argh! Pedulikan ke mana aku akan pergi! Asalkan aku tak ditelan raksasa itu,sudahlah!

•••••••••••••••••••••••❄•••••••••••••••••••••

Terhenti.Larianku mati tatkala aku bertemu dengan sungai yang boleh dianggap sebagai garisan penamat buat hidupku.Sungai yang kelihatan panjang,lebar dan agak dalam.Ada daratan di seberang sungai itu tetapi ianya memang mustahil untuk aku seberanginya ke sana!

The Cursed ElvesWhere stories live. Discover now