Bab 8: Puak Blues

7.1K 570 17
                                    

Teragak-agak aku berjalan menuju kearah sofa.Entah kenapa seakan-akan terasa kedudukan sofa itu terlalu jauh daripadaku walhal ianya cuma beberapa tapak dariku sahaja.Mungkin kerana tempat ini terlalu asing.. Ya..mungkin.

Aku perlahan-lahan mengambil tempat di sofa tunggal yang kebetulannya berada di sebelah kanan Astral yang sedang nyenyak tidur.

Bagaikan magnet,mataku masih sempat lagi mencuri pandang kearah wajah kacaknya.Tiba-tiba saja jantungku berdegup kencang.Ada sesuatu yang menarik perhatianku tentang dirinya tetapi aku tak tahu apakah ia..

Entah kenapa di mataku,Astral...nampak terlalu comel apabila tidur.. Macam bayi yang ketiduran kerana keletihan.. Comel.. Pertama kali aku melihat seorang jejaka dalam jarak yang sedekat ini...

Toink..! Toink..! Toink..!

Tiba-tiba aku dapat merasakan bahuku di cuit seseorang dari arah kiri.Lantas aku berpaling.Terbuntang mataku tatkala aku terlihatkan dua ekor kembar tadi,sedang tersengih bak kerang luput tarikh kepadaku.

Janggal.Terkedip-kedip sebelah mataku dibuatnya.Tambah-tambah lagi kembar yang berbaju hitam yang mencuit bahuku sebentar tadi.Apa namanya tadi? Ascal? Err...Walaupun dia tampak mesra,tetapi bagiku dialah yang lebih menakutkan dari yang lain.

"Hello! Selamat berkenalan! Nama saya Ascal Deldrach Eleashor,putera kedua bongsu dalam keluarga! Yang sebelah saya ni kakanda Aesar Darfin Eleashor.Dia ni abang nombor dua saya! Ohya! Lupa nak tanya! Nama awak apa? Dah lama ke awak kawan dengan Astral? Dan...kenapa tangan awak berikat?" Penuh ramah Ascal berbicara.Sempat lagi dia memperkenalkan sang jejaka berbaju putih yang berada disebelahnya itu.

Sang jejaka putih yang bernama Aesar Darfin tersebut hanya menyorok malu dibelakang Ascal.Pipinya berona merah,sama merah seperti matanya juga.Perlakuannya tampak comel tapi perlakuan mereka kini buatkan aku tertanya-tanya,...kenapa abangnya bersikap pemalu manakala adiknya pula bersikap peramah?

Dan aku pula...benar-benar rasa kekok sekarang.Sudah lama aku tidak dilayan sebegini baik sehinggakan...aku benar-benar rasa janggal.Lagipun..apa yang harus aku jawab tentang tanganku yang di ikat ini?

Akhirnya agar tidak mahu dianggap sombong,aku pun menjawablah dalam keterpaksaan.

"Err... Ya.. Selamat berkenalan juga.. Nama saya..Lycra Elfrian.. Saya dengan Astral sebenarnya bukannya seorang kawan.. Tadi kebetulan kami terserempak dan masatu saya sedang diculik.. Dialah yang selamatkan saya dari penculik tadi..dan sebab itulah tangan saya terikat.."Bohongku perlahan.Aku kemudiannya tunduk memandang lantai.

Sungguh! Aku benar-benar rasa sungguh bersalah ketika ini! Penculik apanya?! Astral lah penculik tu sebenarnya! Dialah yang culik aku ke sini! Pada asalnya aku cuma meminta bantuannya untuk menumpangkan aku balik ke Pinggir Kota,tetapi ini pulak jadinya! Dibawanya aku ke istana dia yang entah apa-apa ni!

Arghh! Mahu saja mulutku menceritakan kisah sebenarnya, tetapi demi menjaga air muka Astral,nampaknya inilah jalan yang ada...!

"Wahhh! Nama awak Lycra ya? Lycra...kalau tak silap..ia bermaksud kapas,bukan? Apakah awak ni selembut kapas? Umur awak berapa? Tempat tinggal awak mana? Kenapa rambut awak warna biru terang? Awak guna posyen ke? Ke awak ni anak campuran?" Tiba-tiba sahaja Aesar dan Ascal menyoalku serentak.

Aku hanya terkebil-kebil memandang wajah mereka berdua silih berganti.Entah kenapa mereka seekan-ekan terlalu teruja melihatku sedangkan penduduk Puak Hazels pasti lari berduyun-duyun jika melihatku.

Erkkk! Sudahlah jarak dua orang kembar ini terlalu dekat...

...sampaikan aku sudah naik rimas! Tak pernah ada Elf lain yang seperamah dan seberani mereka seperti ini! Aku dilanda rasa janggal yang tidak terhitung banyaknya! Terlalu janggal!

The Cursed Elvesحيث تعيش القصص. اكتشف الآن