Bab 30: I Love You

4.3K 359 9
                                    

Astral POV:

Aku mengetap gigi,cuba untuk menahan rasa marah yang mengila.Hati aku pedih! Pedih melihat Lycra bercium dengan lelaki lain sebentar tadi.Kini anak mataku tajam memerhati Lycra yang sedang teresak-esak menangis di tepi kolam.Aku tak sangka si gadis yang dianggap 'suci' itu rupa-rupanya...

....seorang penipu.

"Astral... Semuanya tak macam yang awak fikirkan..." Penuh hiba Lycra menjelaskan. Dia datang merapati diriku,cuba untuk memegang lenganku.

Namun aku lebih cepat menepis tangannya itu.Lycra seolah tersentak. Tetapi hatiku yang pedih ini sudah tidak mahu mengambil peduli.Terasa bagai dadaku kini terbakar hebat.

"Cukuplah tu Lycra. Tak perlulah awak tipu saya lagi. Saya dah nampak semuanya.Awak sedang berhangat asmara dengan dia kan? So,go on.Teruskan kembali apa yang korang sedang buat." Aku berbicara duka. Sengaja aku mengukirkan senyuman plastik,seolah-olah merelakan segalanya.

Aku kemudiannya membuang pandang ke arah kolam. Lelaki yang ditumbukku tadi nampaknya mulai memanjat tebing,cuba menyelamatkan diri dari lemas. Lelaki jahanam itu dipandangku penuh benci.

"Selamat tinggal Lycra.Selepas ni,lebih baik kita jangan berjumpa lagi."

Baru aku ingin menapak pergi,tiba-tiba saja Lycra meraih pergelangan tanganku dari belakang.Aku langsung tak menoleh. Ada setitis air mataku menitis jatuh ke pipi.

"Let me go,Lycra."

"No Astral! Awak dah salah faham! Saya teranaiya! Please..! Jangan tinggalkan saya di sini.. Lelaki tu gatal.Tolong bawa saya pergi.." Teresak-esak Lycra berbicara.Terasa dia memeluk kejap tubuhku dari belakang.Dapat aku rasakan belakang baju kemejaku basah dengan air matanya.

Aku hanya diam. Otakku ligat memikirkan keputusan yang bakal aku ambil.Jika benarlah lelaki yang ditumbukku itu tadi adalah lelaki gatal,jadi bukanlah satu pilihan wajar untuk aku tinggalkan Lycra di sini. Tetapi...jikalau kata-kata Lycra tadi hanyalah pembohongan semata-mata,ini bermakna aku sendiri yang akan menyesal seumur hidup.

Argh.. Hati aku mulai berbelah-bahagi.Perlukah aku menolongnya ataupun meninggalkannya di sini?

"Astral.. Please don't leave me! Saya tak nak duduk di sini..! Kasihanilah saya.Saya tak tahu jalan untuk pulang... Saya juga tak kenal sesiapa di sini... Kalau awak tinggalkan saya,saya akan mati sesat.." Lycra mulai merayu.Pelukan di belakangku semakin diperketatkannya.Tangisannya juga semakin kuat.

Sedikit sebanyak hatiku tersentuh mendengar rayuannya itu. Aku ni bukanlah lelaki yang berhati batu yang suka memarah orang. Bukan juga lelaki sadis yang tiada sifat belas ihsan. Aku cumalah Elf yang biasa. Berhati ais. Jika dipujuk,lama-lama cair juga.

Perlahan-lahan aku merenggangkan pelukan Lycra itu lalu berpaling menghadap dirinya.Sang gadis kini tertunduk bersama esak tangis. Aku hanya diam merenung wajahnya.

"Astral, saya minta maaf... Tolong jangan tinggalkan saya..." Dia masih lagi merayu.Air matanya lebat membasahi pipi.

Pak!

Tanpa sepatah kata lagi,aku terus saja menarik Lycra ke dalam dakapanku.Tubuhnya dipelukku seperti tiada lagi hari esok.Si gadis nampaknya agak terkaku dengan tindakanku itu.

"Lycra... Saya dah kata jangan cuba larikan diri dari saya,tapi awak degil. Awak lari jugak! Now,tengok apa dah jadi? Awak menangis dekat saya.Awak merayu dekat saya. Awak ingat saya ni jahat sangat ke nak tinggalkan awak,hah?" Ucapku,separuh marah. Lantas pelukan itu dileraikan olehku. Lycra hanya membalas bicaraku dengan esak tangis.

"Saya cintakan awak. Perlu ke saya ulangnya sebanyak dua kali?" Bicaraku lagi,sebak.Kini air mata Lycra dikesatku dengan ibu jari.Tak sanggup aku melihat air matanya itu lagi.

The Cursed ElvesWhere stories live. Discover now