Bab 18: Backstabber

5.7K 420 46
                                    

Astral POV:

Aku tersentak apabila Lycra tiba-tiba sahaja menepis sudu yang dipegangku.Terpelanting sudah sudu tadi entah ke mana,begitu juga dengan isinya yang tumpah berterabur diatas bajuku.Ah.. Habis baju kemeja putihku dicemari dengan sisa keju dan rempah ratus.Nasib baiklah aku tak pakai baju yang mewah untuk malam ni.Kalau tak,entah apalah yang jadi.

Berkemungkinan besar aku akan marah kerana mood aku tak berapa nak baik sekarang ni.Ditambah lagi dengan muka ayahanda yang masam tika ini,lebih mematikan selera aku.

Tanpa mengangkat wajah pun aku perasan,kesemua ahli kerabatku sedang memerhati.Mereka langsung tak bersuara.Malah,mereka juga turut tak jadi menyuap makanan ke mulut.

"Pffftt! Ahahaha!" Gelak ketawa yang sinis,jelas kedengaran di cuping telinga.Lantas aku mengangkat wajah,mencari gerangan siapa. Argh! Sakit pula hatiku apabila aku mendapati Ruven sedang enak mentertawakan aku.

Hrhh... Helaan kasar terbit di bibir tanpa aku sedari. Wajah Lycra yang kelihatan bingung,menjadi tatapan mataku.

"Kenapa ni,Lycra? Ada apa-apa ke yang tak kena dengan makanan beta? Ke kamu ni demam? Tak sihat? Nak muntah?" Soalku bertalu-talu seraya melekapkan belakang telapak tangan di dahinya.

Wajah Lycra yang putih tadi tiba-tiba saja berona merah.Mungkin malu denganku.Namun begitu,si gadis tetap berwajah bingung seperti tadi.Perlahan-lahan dia menurunkan tapak tanganku dari terus memegang dahinya.

"Astral.. Kenapa..awak nak makan ulat? Awak tak geli ke? Tak jijik ke? Saya yang tengok pun takut!"

Jawapan yang diberikan Lycra membuatkan dahiku berkerut seribu.Hairan benar.Err...? Ulat? Sejak...bila aku makan ulat?

"Lycra... Apa yang kamu cakapkan ini? Beta tak fahamlah.Ulat? Sejak bila pula beta nak makan ulat? Kamu ni.. Haih.. " Balasku bersama keluhan kecil.Sisa makanan yang melekap di baju,ditepis perlahan sehingga jatuh.

"Astral.. Cuba awak tengok makanan tu! Takkan awak tak nampak kut? Makanan yang terhidang di hadapan mata ni adalah ulat! Ulat! Sebab itulah saya halang awak dari makan! Saya tak nak awak sakit perut!" Tiba-tiba saja Lycra bersuara dengan nada yang sedikit tinggi.Sempat juga dia menundingkan jari kearah pingganku yang berada diatas meja.

Aku pula yang tersentak jadinya.Perhatianku kini tertumpu pada pingganku.Sekali lagi,dahiku berkerut seribu.Hairan.Ya.Aku benar-benar hairan.Lantas aku memandang wajah Lycra semula.

"Makanan ni? Ulat? Biar betik?" Soalku,penuh tanda.Diangkat sedikit pingganku itu agar isinya dapat dilihat Lycra.

"Ya! Makanan tu adalah ulat!" Lycra mengangguk laju.Manakala aku pula...

Pakkk!

...sudah menepuk dahi sebelum meraup wajah.Oh tuhan.. Berikanlah aku sedikit kesabaran.. Sesungguhnya aku dah rasa bengang tika ini... Terasa bagai bila-bila saja kemarahanku bakal terletus.

"Haha! Lycra sayang.. Itu bukannya ulat...tapi itu adalah makaroni goreng yang ditaburi keju..! Hahaha!" Bonda menjawab bagi pihakku bersama tawa palsu.Serentak,ruang makanan di situ mulai dipenuhi dengan gelak ketawa lucu,membuatkan seluruh wajah Lycra berwajah merah.Rasa-rasanya,dia malu.

"Dinda.. Peliknya gadis ni.. Patutkah makaroni goreng ini dipanggilnya ulat? Ish.. Beta hairan.. Dari manakah gadis ini datang? Macam bukan orang dari sini saja? Kekampungan betul.Teruknya citarasa Astral memilih kawan... Memalukan sahaja.." Dapat aku dengar secara jelas,ayahanda berbisik sinis pada bonda.Nampaknya dia sedang memperlekehkan Lycra dan juga diriku.

"Iyalah kan... Dinda pun perasan.." Pedih hatiku apabila aku terdengar pula bisikan balas bonda.Rasa perit dan marah menyerang jiwaku secara bertubi-tubi.

The Cursed ElvesWhere stories live. Discover now