BONUS 1 [THE SECRET]

5.2K 368 18
                                    

24 tahun yang lalu,
Lapan bulan sebelum kelahiran Lycra...

Elfrian tersenyum lebar tatkala dia melangkah masuk ke dalam sebuah kamar. Kamar yang dihiasi dengan warna biru laut itu dipandangnya dengan hati yang berbunga-bunga.Kegembiraan menyelubungi dirinya.Wajahnya juga menunjukkan mimik puas hati.

Mengapa? Mengapa dia berpuas hati? Ini kerana,kamar ini adalah persiapan pertamanya untuk menyambut kelahiran anak keduanya nanti.Lapan bulan akan datang,anaknya bakal lahir! Siapa tak gembira,bukan?

Ah! Sungguh dia berharap,anaknya itu adalah seorang lelaki! Nanti,bolehlah anak tersebut dijadikan teman berlatih buat Asrian! Wah! Semakin difikir pula,semakin tak sabar rasanya untuk menunggu hari keramat itu!

"Kanda..." Satu suara yang tiba-tiba memanggil Elfrian dari arah belakang,membuatkan Elfrian serta-merta menoleh.

Kelihatan isterinya iaitu Queen Atavia,sedang tersenyum ke arahnya kini.Wanita tersebut sedang mengusap lembut bahagian perutnya manakala sebelah lagi tangan digunakan untuk mencekak pinggang.

Senyuman Elfrian tadi terus sahaja mati. Wajahnya tiba-tiba bertukar serius.Lantas dia pergi mendapatkan isterinya itu.

"Ah... Dinda.Mengapa dinda datang ke mari? Bukankah dinda sepatutnya berehat? Anak kita juga perlukan rehat,bukan?" Elfrian berkata seraya merangkul pinggang Atavia dengan sebelah tangan.Perut isterinya kemudian diusap perlahan.

Atavia tersenyum.

"Dinda datang ke sini kerana dinda ingin lihat kamar anak kita.Dinda baru saja bercadang ingin menghias kamar ini seorang diri.Tapi tak sangka pula orang-orang kanda telah menyiapkannya terlebih dahulu.Hmm..." Bicara Atavia,sedikit berjauh hati.Namun begitu,sekeliling kamar itu tetap dipandangnya dengan mata yang bersinar-sinar.Warna biru adalah warna kesukaannya.

Elfrian kelihatan terkedu setelah mendengar bicara Atavia sebentar tadi.Lantas kedua-dua belah bahu isterinya dipegang.Anak mata mereka saling menikam antara satu sama lain.

"Hah?! Apa dinda cakap tadi? Mahu menghias kamar ini seorang diri?! Dinda... Dinda sedar tak yang dinda sedang berbadan dua? Nasib baiklah orang kanda dah siapkan semua persiapan.Kalau tak,entah apa yang jadi pada anak kita.... Haih.." Keluh Elfrian,risau.Dahinya diurut perlahan.Pening sudah kepalanya dengan perangai pelik Atavia ini.

Melihatkan wajah risau Elfrian kini,Atavia akhirnya ketawa kecil.Mana tak lawak,Elfrian berbicara seolah-olah ini merupakan anak pertama mereka! Masakan Elfrian sudah lupakan Asrian pula?

"Mengapa dinda ketawa? Kanda sedang serius ni! Dinda tak boleh terlalu lasak seperti itu! Dinda perlukan rehat yang secukupnya!" Sekali lagi Elfrian bersuara serius.Tegas saja bunyinya.

Atavia hanya mampu tersengih.Dia kemudiannya mengusap pipi kanan Elfrian penuh kasih.

"Kanda... Janganlah risau.Dinda tak apa-apa.Dinda okey! Lagipun,ini bukanlah kali pertama dinda hamil.Malah,kandungan dinda juga sudah berusia 1 bulan...! Tolonglah jangan terlalu serius.Nanti..."

Chup...!

Belum sempat Atavia menghabiskan bicaranya itu,tiba-tiba saja Elfrian bertindak mengucup bibirnya!

Atavia terkedu! Namun begitu,kucupan Elfrian tersebut tetap dibalas kembali.Mereka begitu asyik di dalam dunia mereka sendiri sehinggakan tidak menyedari 5 minit telah berlalu pergi...

Perlahan-lahan,kucupan tersebut akhirnya dileraikan.Pantas Elfrian mendekatkan wajahnya di tepi telinga Atavia.

"Kanda ambil serius kerana kanda sayangkan dinda sangat-sangat... Kanda tak mahu benda buruk terjadi ke atas dinda.. I love you damn much,Atavia.I can't live without you..." Bisik Elfrian,romantis.Pinggang isterinya itu dipeluk erat.Dahinya dilagakan pada pada dahi Atavia.Wajah sang isteri ditatap sedalam mungkin.

The Cursed ElvesOnde histórias criam vida. Descubra agora